Hujung minggu kalau dapat keluar sekejap pun jadi lah kan beriadah bersama keluarga. Hidup pasca Covid dengan norma-norma baharu kehidupan ni melatih kita untuk bijak dalam mengurus masa dan lokasi sebelum keluar ke mana-mana. Yang perlu di utama kan dan dirancang sebelum keluar rumah ada lokasi sesuatu tempat yang nak di tuju. Kalau tempat awam yang sesak dan padat, harus lah di elakkan sama sekali jika tiada keperluan.



 
Masa juga kena rancang elok-elok, untuk kita umat Islam ni, sebelum keluar untuk jarak jauh pastikan niat musafir agar dapat melakukan solat jamak kerana banyak masjid dan surau masih di terhad kepada pengunjung. Begitu juga elakkan dari waktu-waktu puncak supaya kurang sesak dan perlu menunggu lama. Persiapan nak keluar rumah juga perlu ada sanitizer, facemask, bawa air dari rumah dan sebagainya. Inilah dia yang perlu kita ambil berat sebelum keluar hujung minggu. 

Taman riadah Eco Grandeur, Puncak Alam


Dragon Fly park Eco Grandeur Puncak Alam


Plan asal minggu lepas nak ke pantai Jeram, Selangor tapi bila kawan Kak Long pergi sehari sebelum nya bagitau ramai pengunjung kat sana, terus jadi malas pula nak pergi. Kami lencung kan perjalanan ke Puncak Alam sahaja. Suami ajak ke Eco Grandeur lepak petang sana. Selalunya kami ke Eco Grandeur Lab tepi jalan Persiaran Mokhtar Dahari tu lepak sambil anak-anak suka bergambar sana kerana banyak props ada. 




Kali ini suami ajak try masuk ke dalam kawasan perumahan di Eco Grandeur tu sebab jambatan dan laluan masuknya dah di buka kepada orang awam. Selalu kami lalu lalang jer kat sini teringin nak masuk jambatan lawa putih yang tersergam indah nun. Sampai ke jambatan rupanya ada taman rekreasi dan riadah kat sini. Tak ramai pengunjung mungkin kerana ia tidak di ketahui awam kan. Kawasan ni mungkin juga untuk penghuni cuma ia terbuka kepada orang awam pada waktu entri ini di terbitkan lah, akan datang ana tak pasti. 




Kawasan padang luas di penuhi dengan kehijauan saujana mata memandang. Di tengah-tengah terdapat sebuah maze dengan monumen binaan kerangka putih yang cantik yang pada ana ia merupakan satu lokasi yang cantik untuk bergambar. Satu pemandangan yang cukup menenangkan dengan hanya paduan dua warna hijau alam dan pokok-pokok lanskap serta seni binaan berwarna putih. Cantik kan. 




Ada sebuah tasik kecil dan wakaf berbentuk dome untuk riadah, laluan trek joging atau berbasikal juga ada di sini. Boleh lah bawa anak-anak kayuh basikal. Kawasan yang luas, terbuka dan tak sesak macam ni sesuai untuk bawa anak-anak bermain dan berlari. In Shaa Allah. Cuma perlu lah kita sebagai ibu ayah ni mengawasi pergerakan dan keselamatan mereka. Lokasi ini dikenali sebagai Dragon Fly Park, Eco Grandeur. Jom lah ana kongsikan beberapa keping foto yang sempat ana rakam kan disini petang itu untuk tatapan semua. Hujung minggu kalau berada di lokasi berdekatan, boleh lah ke sini pula kan, posing-posing atau bawa anak-anak riadah. 













Untuk datang ke sini korang perlu melalui Persiaran Mokhtar Dahari kalau dari hala Shah Alam. Selepas kampus UiTM Puncak Alam , ia de selah kiri ada simpang trafik light masuk ke jambatan,  nak senang waze jer lah kan 😊😊

10 Comments

  1. Cantiknya, port baik untuk ambil gambar kenangan ni

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. suka warna hijau alam dan putih sahaja kat sini cantik kan :)

      Delete
  3. Cantik. Kalau lalu ke sana nanti bolehlah singgah.

    ReplyDelete
  4. Cantik tempat ni... Boleh la singgah nanti bila pergi area sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah dan posing2 kat sini nanti naa :)

      Delete