Sambal gesek belimbing buluh
Dah beransur habis dah buah belimbing buluh pokok belakang rumah ana berbuah. Alhamdulillah merata dapat berkongsi dengan jiran dan kawan-kawan merasa sama-sama. Sekarang ni pun musim hujan jatuh gugur banyak juga. Lepas ni ana dan suami akan cantas semula dahan-dahan dan dapat lah keluar bunga dan buah baharu nanti, in shaa allah. Last-last ni ana petik dan simpan dalam petiais, adalah dalam satu tapis kecil ni.
Bila buntu tak tahu nak masak apa, ambil je goreng dengan ikan bilis pun sedap. Dan dua hari lepas ana buatkan sambal gesek belimbing buluh. Licin semangkuk, anak-anak pun suka. Dapat resepi dari internet , mudah sangat nak buat. Jom ana kongsikan semula dengan pembaca, mana tahu nanti ada belimbing buluh boleh try kan.
sambal gesek belimbing buluh |
Resepi sambal gesek belimbing buluh
buah belimbing buluh |
Bahan-bahan sambal gesek belimbing buluh
Belimbing buluh
Ikan bilis -kopek bersih
Bawang merah
Belacan kalau suka
Cili api - ikut pedas masing-masing
Garam
Minyak untuk menggoreng
Cara buat sambal gesek belimbing buluh
Ada dua cara tapi dua-dua pun mudah dan sedap kejadiannya. Kaedah pertama :
- Goreng ikan bilis, belimbing buluh, bawang merah, belacan dan cili api seketika dalam minyak dan kemudian tumbuk atau blend sebati, rasakan dengan garam. Dah siap. Kaedah kedua :
- Terbalikkan sahaja prosesnya, tumbuk ikan bilis, belimbing buluh, cili api , belacan dan bawang tak perlu terlalu lumat. Pastu panas kan minyak tuang ke dalam sambal gesek kita , gaul rata dan rasakan dengan garam.
Cumanya masa tumbuk tu kena tumbuk cili api dengan bawang dahulu, pastu masukkan ikan bilis tumbuk lagi last baharu masukkan belimbing buluh sebabnya belimbing ni berair, takut terpercik kat mata, naya aih!! Sedap dapat makan dengan ulam-ulaman. Selamat mencuba naa :)
14 Comments
kecur air liur kita baca kak ana oii hahaha
ReplyDeletesedap Kolinnnn :)
DeleteMak selalu buat style no 2 tu. Tapi guna ikan bilis je. Kali ni boleh bagi idea kat mak letak belimbing buluh 😉
ReplyDeletehaa kalau ada belimbing buluh buh Sha sedappp :)
DeleteSEDAP TU MKN DENGAN NASI PANAS
ReplyDeletei ye kan PI :)
DeleteSedapnye
ReplyDeletekann Wak :)
DeleteWow,sedap tu.. Saya biasanya makan belimbing buluh masak lemak
ReplyDeletehaah CB itu menu wajib tu hehe :)
Deletesedap ni.. kalau makan nasi laju je bila ada sambal gesek.. betul2 tambah selera
ReplyDeletekann HH
Deletetu dia.. seapnya makan dgn nasi panas uii
ReplyDeletekann mama :)
Delete