Tiap kali balik kampung misi mencari ulam ke pasar besar Teluk Intan lah ana dan suami. Kali ini kami dapat ulam pucuk cabang tiga, atau ada orang panggil pucuk tenggek burung. Seikat RM1 sahaja harganya. Pucuk ulam raja pula ana petik-petik sahaja belakang  rumah mak. Dua-dua ulam ni ana bawa balik ke rumah, sebab mak dah masak macam-macam masa kami kat kampung. 

Sampai rumah, banyak pula pucuk ulam raja, ana bagi je pada jiran, Zura. Rupanya Zura kata pucuk ulam raja ni sedap masak dengan ayam buat rendang, masak dengan ikan masak lemak pun sodap kata Zura. Orang negori ni pandai sangat kan bab masak memasak sayur kampung kan. Macam-macam menu yang ana pelajari dari Zura, Yati jiran lama di Ukay dahulu dan juga kakak angkat ana, kak Emy. Semua ni orang negori macam-macam menu depa pandai masak dari bahan-bahan alami ni. 



Bawa balik sini ulam-ulaman ni, ana buat kan sambal nyor. Sambal nyor ni macam kerabu lah juga. Bawang merah, cili merah atau kalau suka pedas buh laa cili api. Bakar belacan dan tumbuk bersama bawang dan cili tadi. Gaulkan dengan kelapa parut , buh la garam dan perahkan asam limau. Perghh!! Padu sedap makan dengan ulam-ulaman tadi. Selera sungguh lah dapat makan menu-menu macam ni.  Sekarang ni ana mula tanam ulam-ulaman belakang rumah. In Shaa Allah ada rezeki senang nak makan ulam. 

Setakad ni ada pokok ulam raja, pucuk ketereh atau pokok ulam gajus dan yang terbaharu suami tanam pokok ulam kacang botol atau kacang kelisa melilit pada pagar. Seronok nanti kalau ada rezeki nak makan ulam-ulaman segar petik dari belakang rumah jer kan. 

Balik hari tu, wancu mak saudara ana ada juga kirimkan ikan pekasam. Haa! Kena sangat lah tu, makan ulam sambal nyor pekena pula dengan pekasam. Inilah selera kami orang kampung. Dah makin berusia ni menu-menu sebegini lah yang menambat selera ana. Nampak sangat dah tua kan haha 😏😏

16 Comments

  1. Saya suka pekasam. Sambal nyor tu rasa macam belum pernah makan.
    Hehe orang tua ke yang suka makan lauk begini?

    ReplyDelete
  2. macam kerabu eh. yelakan cara masak tu sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang kerabu MAR cuma kak ana tak gaulkan sekali macamkerabu

      Delete
  3. shida lagi suka kerabu yg mix dgn kerisik tu :)

    ReplyDelete
  4. sedap tu ulaman sambal nyor campur pegaga r puccuk paku

    ReplyDelete
  5. Sambal nyor tu... wallah enak sungguh! Aromanya saja dah cukup menggoda! Rindu pulak nak balik kampung... mak suka sambal nyor, berteman pula ikan kering!

    ReplyDelete
  6. untung kalau boleh tanam, kan kak? nak makan, petik je.

    Terima kasih ya kak singgah blog saya. Salam kenal :)

    ReplyDelete
  7. Makan ulaman ni macam ada satu kepuasan.Bagi yang suka ulam.Lagilah kalau petik terus makan,rasa segarnya tu..nikmat sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya PC dah kian meninggi usia ni menu macam ni pulak yang sedap di selera kak ana :)

      Delete
  8. Sedapnyaa sambal nyor, lama tak makan.

    ReplyDelete