Baru-baru ni sepupu ana, Nurul ada lah beri seketol cheddar cheese pada ana masa kami genthering Geng Piknik group whatsapp sepupu-sepupu perempuan. Sebuku cheddar cheese yang dah siap slices banyak jugalah kepingannya dalam 30 keping lebih ada rasanya. Anak-anak suka sangat lah dapat cheese sebanyak ni, depa memang suka makan cheese. Berminggu juga nak menghabiskannya. Macam-macam menu kami buat samapai jemu jelak lah hadap cheese hari-hari. Ada yang sempat ana ambil gambar menunya ada yang lupa atau dah ter delete pun. Mana yang ada ana kongsikan disini beberapa menu sedap dengan menggunakan cheddar cheese yang kami buat sendiri. 



5 menu makanan menggunakan cheddar cheese 

Sebenarnya nak katakan resepi pun tak juga lah kan semua pun cadangan menu-menu yang menggunakan cheddar cheese ni mudah sangat nak di sajikan. Masukkan sahaja kepingan cheddar cheese ni di antara menu masakan yang ada sebagai penambah kesedapan. Dan menu-menu ini juga adalah menu masakan barat lah pastinya, kerana kita orang Melayu ni kebanyakan menu tidak berasas kan cheese. Makan belacan je katakan, 😍😍 . Boleh lah korang layan menu-menu ana ni sebagai pencetus inspirasi untuk menyediakan menu dengan cheddar cheese bila ada stok di rumah nanti. 

Homemade burger cheese 




Semua orang pandai buat burger di rumah kan. Lebih sedap lagi kalau dapat sediakan patty nya sendiri. Pasti lagi sedap dan gebu tebal je patty nya nanti. Tapi kalau tak sempat boleh sahaja korang gunakan daging atau ayam burger ready made tu. Kalau ikut resepi ana, panaskan roti burger , gril kan daging burger, alaskan dengan sayur salad , timun dan tomato, letakkan mayo dan atasnya baru letak sekeping cheddar cheese. Baru lah letakkan patty dan  sos cili . Baharulah enak cheese di atas sayuran dan mayo campur dengan kepedasan patty dan cili sos. Ikutlah citarasa masing-masing kan. 

Resepi Pasta Mac & Cheese 




Kami menggunakan pasta spiral kerana ana kurang menggemari macaroni. Didihkan air dan masukkan garam dan sedikit minyak masak. Masukkan pasta dan didih hingga berwarna putih dan lembut, ketepikan. Untuk sos pasta Mac & Cheese nya, kami menggunakan sosej ayam dan cendawan butang dalam tin. Tumiskan bawang putih dan bawang holland yang di dadu. Masukkan sosej yang di hiris nipis dan juga cendawan butang juga di hiris. Masukkan susu segar atau plain milk dan masukkan kepingan cheddar cheese yang di koyak-koyakkan terlebih dahulu agar cepat men cair. Masak hingga pekat dan mendidih, rasakan dengan garam dan lada sulah. Bolehlah di makan bersama pasta tadi. 

Resepi Roti gulung sosej cheese 

Bahan-bahan 

Roti Gardenia 
Sebiji telur 
Kepingan Cheddar Cheese 
Beberapa batang sosej ( hotdog ) 
Margerin
Minyak untuk menggoreng
Lada sulah
Serbuk roti ( kalau tak ada pun okay jer )



Cara buat roti gulung sosej cheese


1. Roti Gardenia tu korang lenyetkan dahulu dengan kitchen roller sampai agak nipis. 

2. Sapukan margerin. 

3. Alaskan dengan sekeping cheddar cheese.

4. Letakkan sosej dan gulung rapat-rapat . 

5. Dadarkan sebiji telur dan taburkan sedikit lada sulah jika suka. Tak perlu letak garam kerana margerin dan cheese dah ada rasa masin disitu. 

6. Celup kan gulungan roti dan basahkan betul-betul agar ia tidak terbuka bila di goreng nanti. Golekkan di atas serbuk roti. 

7. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali leper dan boleh lah goreng gulungan roti. Balik-balikkan sebab roti ni cepat garing boleh jadi hitam nanti , dah tak hensem kan. 

8. Angkat dan toskan minyak di atas kitchen tissue . Boleh lah nak makan macam tu atau pun letakkan mayo dan sos cili. 

Resepi Cheezy wedges 



Kalau nak senang beli sahaja potato wedges ready made di pasaraya. Kalau rajin boleh lah buat sendiri wedges di rumah. Mudah juga nak buat wedges di rumah. 

BAHAN-BAHAN

4 biji kentang – Kalau tak nak kupas kulit pun tak mengapa. Tapi, pastikan ianya dibasuh bersih ya.

Serbuk rempah kari ayam atau mix herbs 

Lada sulah

Garam

Tepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna Bestari)

Cara-cara Buat Wedges Kentang 

1. Potong Kentang dalam bentuk wedges.

2. Kemudian, kukuskan kentang supaya agak-agak lembut. Lebih kurang dalam 5-7 minit.

3. Taburkan mix herbs atau serbuk rempah kari ayam . 

4. Sadurkan dengan tepung jagung atau tepung Bestari dan goreng dengan api perlahan dan tenggelam minyak. Toskan. 

Untuk menjadikannya cheezy wedges, letakan kepingan cheddar cheese beberapa keping di atas wedges dan panaskan di dalam microwave selama 1 minit dan siap untuk di nikmati. 


Sandwich cheese 



Boleh sahaja buat sandwich planta dan alas kan cheese atau kalau suka boleh juga buat sandwich telur bercheese, luncheon atau kepingan ayam ber cheese dan sebagainya. Ikutlah citarasa dan bahan-bahan yang korang ada di rumah ye tak. 

Bahan-bahan sandwich telur dan keju

Beberapa keping roti Gardenia 
Marjerin 
Telur di goreng lembut (tidak terlalu masak)
Kepingan keju (sliced cheese)
Mayo
Sos cili
Hirisan timun dan tomato

Penyediaan sandwich telur dan keju

Sapukan marjerin pada roti. Sebenarnya susunan didalam sandwich adalah penting supaya mendapat kombinasi rasa yang sedap.Ana mulakan dengan hirisan timun dan tomato, kemudian sapukan mayo di atas sayuran.Lapiskan dengan keju.Di atas keju baru letakkan telur goreng dan akhir sekali sos cili.In shaa Allah akan menikmati satu kombinasi rasa yang sedap paduan mayo,keju dan telur bersama sos cili. Siap.

Selamat mencuba semua. 

14 Comments

  1. Sedapnya..terbayang2 kunyah tu krup krup timun..aahh yums

    ReplyDelete
  2. Rasa lemaknya tu yang fuh.Sesekali ok kan kak.Kalau selalu bahaya juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak-anak kak ana suka makan cheese ni PC :) kak ana tak lalu juga

      Delete
  3. Pergghhhh! Terasa-rasadi hujung lidah menu2 lemak masin tuh! Enak banget!

    ReplyDelete
  4. Kebanyakkan menu orang muda sekarang kena ada cheese, tak sah kalau takde... saya boleh layan lah sesekali tu,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak ana pun kurang kena dengan selera orang kampung tapi anak-anak suka NM

      Delete
  5. Puas hati dpt buat dan mkn sendiri.. boleh mkn berulang kali sampai muak. Hehe

    ReplyDelete
  6. Kami anak beranak mmg suka cheese kak ana..semua yg bercheese mmg suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah wah el sekeluarga peminat cheese rupanya :)

      Delete
  7. SEDAPNYA SEMUA RESEPI BERCHEESE MMG FEVERET SANDWICH ADA CHEESE

    ReplyDelete