Rasanya ramai yang dah dapat claimed e-wallet dari ePenjana baru-baru ini. Dengan mengaktifkan aplikasi MySejahtera yang bermula 1 Ogos yang lalu. Ana pun dah claimed ke dalam Touch 'n Go eWallet. Kita boleh menebus melalui tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih untuk melaksanakan inisiatif itu ialah Boost, GrabPay dan Touch 'n Go eWallet.  Maklum lah kesemua kita menggunakan aplikasi MySejahtera untuk jejak sepanjang pendamik yang sedang melanda negara. 

Inisiatif ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun. Tempoh memohon RM50 kredit ePENJANA adalah dari 31 Julai hingga 24 September 2020, manakala tarikh akhir penggunaan ePENJANA adalah pada 30 September 2020. Jadi masih sempat lagi tu siapa yang belum membuat permohonan buat segera naa :) RM50 banyak tu ! 



Apa yang boleh di beli dengan RM50  e-wallet ePenjana ?

Korang beli apa dengan ewallet ePenjana yang korang dapat tu ? Share lah kat komen tu hehe. Memandangkan kami sekeluarga ni tak pernah lah dapat apa-apa jenis bantuan seperti BR1M atau BSH jadi bila dapat ePenjana macam seronok pula rasanya. Ana dah cadang dah nak beli sesuatu sebagai kenangan, maklum lah tak pernah dapat ye tak. Awalnya suami suruh isi minyak kereta tapi ana tak nak, Kak Long pula shopping di Lazada beli alat solek dan Adik Ika gunakan di Watson beli produk penjagaan diri. Ana ? 

Haa.. Jangan tak percaya berhari-hari ana bermastautin di Lazada mencari apa yang boleh di beli dengan nilai RM50 e-wallet tu. Penyudahnya dapatlah satu set periuk dan pan ( 2 frying pan berbeza saiz dan satu periuk comel berpenutup kaca. Sebenarnya set tu berharga RM100 lebih dan waktu tu sedang sales 80% dapatlah harga yang murah bebeno tu. Dalam RM38 lebih kurang . Kemudian nak cukupkan ana ambil satu kuali alumunium dari seller yang sama. Semua total berjumlah RM49.70 termasuk shipping. Maknanya langsai lah RM50 ePenjana ana hanya berbaki 30 sen sahaja.

Begitulah kisahnya. Ana pasti lain orang lain keperluannya dengan nilai RM50 tu. Besar nilainya bagi yang memerlukan dan boleh berbelanja sebaik mungkin untuk keperluan kehidupan seharian maisng-masing. Alhamdulillah rezeki yang di syukuri juga kan. Ada yang menggunakannya untuk perbelanjaan dapur, bayar bil dan macam-macam lagi. Ia satu inisiatif yang baik dari kerajaan dalam menggalakkan penggunaan e-wallet di mana e-wallet ni banyak memberikan rebat ke atas pembelian.  


16 Comments

  1. ewallet saya pula buat makan lunch time kerja. canteen ofis saya boleh guna ewallet

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi gak tu radhia siapa nak belanja lnch hari-hari ye tak :)

      Delete
  2. wah best tu! saya beli teh boba je hukhuk

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. kak ana try juga nak reload tng tapi tak boleh pulak CP tak pasti di mana silapnya :)

      Delete
  4. wow best t beli barang yg boleh pakai hari2..

    ReplyDelete
  5. Buat kt grab..jadi boleh buat beli makan atau boleh juga buat tambang grab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay gak tu azimah jimat gak rm50 siapa nak bagi kan :)

      Delete