"Minum MILO anda jadi sihat dan kuat" Korang masih ingat tak lagi lagu iklan MILO ni suatu masa dahulu. Ana ni rasanya membesar dengan MILO sampailah ke generasi anak-anak sekarang ni, kalau di rumah pasti ada MILO di dapur. Macam-macam menu minuman dan makanan kita boleh buat dengan bancuhan MILO ni kan. Kalau dahulu setakad minuman panas untuk sarapan sekarang ni boleh buat Milo ais, Milo kepal, aiskrim Milo, kek Milo pun dah ada kan. Kreatif sungguh orang sekarang ni berinovasi dengan minuman berkhasiat MILO.
Sambil mengimbas nostalgia silam tu, ana nak share lah dengan korang, jangan tak tahu waktu ini adanya design tin MILO limited edition koleksi vintage MILO edisi 1950 dan edisi 1970. Hat edisi 1950 tu ana pun baru hari ini tahu , tapi edisi 1970 tin MILO logo lama tu masih ana ingat lagi. Itulah dia rupanya logo jenama MILO zaman dahulu dan bagi penggemar dan pengumpul barang-barang antik, korang mesti suka kan kalau dapatkan edisi terhad MILO Vintage ni. Kat mana nak dapatkan edisi terhad tin MILO lama dan vintage ni ? Ana dapatkannya di PGMALL.
Korang mestilah pernah dengar
PGMALL ni kan, salah satu platform e-dagang yang tak kurang hebatnya . Kita boleh sahaja membeli belah secara dalam talian di
https://pgmall.my/ . Banyak promosi hebat sedang berlangsung dari jenama-jenama terkenal dalam dan luar negara. Haa!! Apa kata korang singgah dan usyaa-usyaa dahulu di
PGMALL pasti akan tertarik dengan pelbagai produk dengan harga yang menarik untuk di miliki.
|
Add caption
|
Ana pasti , ramai tahu bahawa MILO adalah salah satu rangkaian produk makanan dari Nestle. Dengan membeli produk makanan dan minuman dari Nestle Malaysia di PGMALL, kita juga berpeluang menyertai peraduan NESTLE AUGUST TOP SPENDER yang sedang berlangsung mulai dari 1 hb hingga 31hb Ogos 2020 ini bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia.
Hadiah-hadiah lumayan menanti anda dalam dua kategori iaitu Pemenang Bulanan akan memperolehi
RM100 + PGMALL Voucher untuk 3 orang pemenang dan kategori Pemenang Mingguan pula berpeluang memenangi
RM50 + PGMALL voucher untuk 16 orang pemenang. Wow sangat kan !! Sambil shopping produk
Nestle kita juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan voucher membeli belah. Lepas beli kita shopping lagi, yeay!! Apa lagi layari sekarang di
https://pgmall.my/nestle-top-spender-august , shopping dan menang!!
Bukan itu sahaja, dengan pembelian produk Nestle di PGMALL berharga RM80 ke atas, korang boleh dapat FREE SHIPPING atau penghantaran percuma. Untung sangat kan, beli banyak-banyak dah tentulah mahal kos penghantaran di tempat lain, tapi kali ini di PGMALL korang beli RM80 ke atas produk Nestle dapat pula penghantaran PERCUMA. Ermm.. berbaloi sungguh lah kalau nak beli MILO Limited Edition Vintage Tin macam ana punya ni kan, sekali beli dua tin 1.7kg ( tin 1.5kg percuma 200g ) terus .
Tak habis lagi promosinya... Setiap pembelian juga korang akan mendapat FREE GIFT iaitu sebungkus Maggi Sambal Tumis . Pes sambal tumis yang boleh di jadikan menu sambal tumis udang, ikan bilis, ikan dan sebagainya. Nanti ana nak cuba sendiri masak dengan pes Maggi Sambal Tumis ni buat sambal tumis udang dan petai. Yummeh!!
Jom , bagi yang sedang tercari-cari nak beli barang dapur tu singgah lah ke PGMALL dan shopping di pautan yang ana berikan di atas tu. Boleh menang peraduan, penghantaran percuma dan dapat pula hadiah percuma yang awesome. Dan kepada pengumpul barang-barang lama dan antik korang wajib dapatkan MILO edisi terhad Vintage Tin juga kerana ianya adalah limited edition. Bukan selamanya ada kay, cepat-cepat beli sebelum kehabisan stok, nangis nanti. Jangan cemburu naa, kerana ana dah pun memilikinya sambil menikmati minuman malt berkhasiat MILO yang sedap dan lazat serta memberi tenaga khasnya kesukaan anak-anak.
#PGMall #Nestle #Nestlestopspender
#Onlineshopping #Shoponline
14 Comments
Bolehlah cari nanti
ReplyDeletewahh wak minat ye tin2 lama ni , bolehlah cari di pgmall.my
Deletebaru tahu itu rupa tin milo zaman dulu2
ReplyDeletetu la dana yang edisi 50 tu baru kak ana tengok hat 1970 tu kak ana membesar dengan milo logo tu dana :)
Deletemilo always my fav la kak
ReplyDeletekat rumah wajib ada kan Kolin
DeleteKalau kawan zumal tahu mesti dia beli ni. Dia simpan macam-macam koleksi Milo, coke dan macam-macam juga
ReplyDeletewahh collector yer boleh lah cari kat PGmall Zumal
DeleteDulu, kini dan selamanya memang sellau bersama MILO. Lagi sedap kalau dapat MILO free dari lori MILO...lain macam lazatnya...hiks! Dah berusia ni, saya minum milo kosong tanpa gula atau susu ...heheeee.
ReplyDeletekann Amie, lain benar rasa Milo Tin dengan hat beli yang paket tu hehe
DeleteBaru jer beli MILO tapi dalam plastik jer la :)
ReplyDeleteMilo minuman wajib ada kan eyma
DeleteMcm ni rupanya tin milo lama.. selalu beli dlm plastik sbb kt rumah suami sorg minum milo
ReplyDeletetu laa yang 1st edition tu pun baru kali pertama kak ana tengok Nina :)
Delete