Bila terjumpa sahaja gambar-gambar barang-barang lama yang satu masa dahulu pernah ana gunakan, pasti menggamit memori silam. Semua barang-barang ini pernah ana gunakan dan menjadi sebahagian dari perjalanan kehidupan di alam kanak-kanak dan alam remaja. Dunia kami dahulu tanpa gajet dan internet. Segalanya nyata dan hidup secara  manual. Namun cukup indah bagi kami waktu dan ketika itu. 

Bermain, gelak ketawa, bergaduh minta maaf semula dengan manusia sesama manusia. Bukan di alam maya seperti kini. Berhadapan berbicara, kadang-kala seronok ada kala  tercalar juga jiwa. Bila reda, kami berkawan semula, itu lah kisah realiti kehidupan kami semua. Begitu juga peralatan yang pernah kami guna, semua itu ada kisahnya. Jika mampu kami miliki andai tidak bukanlah satu keperluan sangat pun. Jom ana nak mengimbas nostalgia silam antara objek-objek yang pernah ana sendiri gunakan suatu waktu dahulu dan mungkin ada antaranya korang juga sempat menggunakannya.

Liquid paper & Thinner

Ini namanya liquid paper atau cecair pemadam tulisan pen. Dahulu kami gunakannya untuk memadam kesilapan kerja sekolah yang menggunakan tulisan pen. Ketika di alam sekolah rendah ana menggunakan pensil sebagai medium alat tulis sehinggalah masuk ke darjah enam baharu lah kami di ajar menggunakan pen dakwat atau fountain pen. Itupun kenangan juga kerana menggunakan fountain pen ni kena isi dakwat sendiri, uolls. Kalau silap isi bocor jenuh lah tumpah dakwat atas kertas. 


Pilot 30ml Ink Bottle, Blue: Amazon.in: Office Products


Liquid paper ni di gunakan untuk memadam sahaja. Dulu-dulu setiap kali beli liquid paper kena beli thinner nya sekali. Sebab apa ? Liquid paper ni cepat mengeras dalam botol, jadi bila dah keras tak boleh guna kena tuang thinner bagi cair semula. Haa.. gigih tak gigihnya murid-murid sekolah dahulu. Banyak kerja kena buat ye tak, isi dakwat pen laa.. cairkan liquid paper laa. Beza dengan sekarang, anak-anak gunakan corection tape sahaja. Roll atas kertas , settle ! 


Gulungan filem kamera



Anak-anak sekarang pasti tak tahu apakah objek nii kan. Inilah filem yang diisi di dalam kamera untuk mengambil gambar. Ada dua jenama yang masih ana ingat iaitu KODAK dan KONIKA. Satu roll boleh menghasilkan cetakan 12, 24 atau 36 keping gambar. Kalau nasib baik dapat lah extra sekeping dua dalam satu roll. Menggunakan kamera diisi dalamnya filem dan ber posing lah untuk di ambil gambar. Sekali lagi bergantung pada nasib hasil cetakan gambar sama ada memenuhi piawaian atau pun rejected . Bergantung kepada kepakaran juru gambar lah. Silap-silap bila cuci gambar sekerat, tak ada kepala, tak centre, mata merah pun boleh jadi. Boleh pula kata kalau gambar mata merah tu sebab filem masuk angin 😄😄 Kelakar sungguh lah kan .

Sekarang ni semua dalam handphone sahaja, tak jadi delete dan tak ramai yang cetak pun gambar-gambar. Upload sahaja di media sosial, sekali media sosial kena hack ataupun telefon rosak atau hilang, lenyaplah memori indah . Sedangkan gambar yang kami cuci dulu-dulu ( print lah tu ), masih kekal hingga hari ini, habis kuat bertukar warna kekuningan sahaja lah. 


Walkman



Habis hati kalau ada walkman ni. Walkman dengan kaset ni ana miliki selepas habis sekolah dan bekerja. Waktu tu kami masih menggunakan kaset untuk mendengar lagu-lagu artis pujaan. Satu kaset tu sama ada satu album seorang artis ataupun kompilasi lagu-lagu rakaman artis dari syarikat yang sama. Ana ada banyak kaset dan yang paling suka kumpul ialah kaset Jamal Abdillah, Fauziah Latif dan Ella. Korang boleh baca kat SINI kisah koleksi Fauziah Latiff. 

Okay berbalik kisah walkman ni, ianya menggunakan kuasa bateri untuk di mainkan. Dua biji bateri AA kalau tak silap. Kalau asyik play kaset jerr cepatlah habis baterinya berbanding sekadar dengan siaran radio. Selalunya ana guna walkman ni kalau dalam bas lah, bas mini ke waktu pergi balik kerja atau bas Transnational waktu balik kampung. Tak lah boring kan sambil dengar lagu. Kemudian walkman di gantikan dengan CD Man, MP3 player dan kini sekali lagi handphone mengambil alih. 


Video tape 



Kalau kaset untuk mendengar lagu , video tape ini pula adalah untuk menonton filem. Selalunya video tape ni ana sewa di kedai yang khas untuk menyewa video. Kedai video ni kami hanya perlu buka akaun dan boleh sewa tape filem-filem yang ada dalam senarainya. Nasib lah dapat video yang clear atau pun kabur pun ado. Selalunya kalau filem-filem baharu tu mesti tak clear sebab ianya curi-curi rakam. Filem yang dah agak lama baharu lah dapat menonton clear copy. Tape ni sewa dan kena pulang kan semula. Pastu tukar lah nak sewa filem apa pula. Yang penting rumah kena ada video player. 

Video tape kemudian di gantikan pula dengan CD player dan CD ni tak ada pula boleh di sewa kerana ia dijual di pasar malam pun ada. Hat tu CD cetak rompak kalau nak yang original kena beli di kedai CD di pasaraya macam Speedy . Cuma era tu ana dah tak rajin menonton filem dan lebih membeli CD untuk anak-anak sahaja macam CD kartun Barbie dan sebagainya. Kini ada astro, netflix dan sebagainya juga boleh di tonton di handphone sahaja. 


Permainan kad atau terup 




Hat ni memang lejen lah. Memang menjadi koleksi berkeping-keping membeli dan koyak-koyak kan susun tinggi-tinggi ikat getah. Kalau budak lelaki tu depa main lah benda ni tapi kami main bukan ikut terup belakang tu, kami main tepuk kad lah dan macam-macam. Siapa menang dapatlah sekeping kad tu jadi milik. Selalunya budak lelaki suka gambar-gambar perang, watak-watak superhero dan sebagainya. Kami gergirl ni suka hat gambar Barbie, princess dan yang comel-comel, tak main pun buat koleksi je simpan banyak-banyak. 




Lepas tu anak-anak beralih kepada permainan digital seperti brickgame dan seangkatan dengannya. Seketul brickgames susun batubata turun naik sampai sederet pecahnaik level. Tot tet tot bunyinya, kalau main dalam bas kami mute kannya. Tu kira canggih dah lah kan. Kemudian muncul pula game sebegini di komputer macam Solitaire dan sebagainya. Masa tu main di desktop bukan lagi di smartphone macam sekarang. Itu kira awal-awal mengenal dunia internet lah saing-saing main Farmville sebagainya. Kini pastilah anak-anak bermain game terkini di dunia internet dan ada yang sampai leka dan obses dengan game. 

Sebenarnya banyak lagi gadget kami dulu-dulu dunia tanpa internet ni. In Shaa Allah kalau terjumpa ana akan terbitkannya di lain entri. Sebagai kenang-kenangan kisah dulu-dulu yang pernah mewarnai dunia kanak-kanak dan remaja kami genarasi 1980an-1990an. Terasa lama dah usia di pinjamkan Allah swt dan syukur Alhamdulillah banyak pengalaman dalam rentetan kehidupan. Inilah namanya manusia, kita bukan malaikat, ada waktunya kita pernah leka dengan arus dunia dan mudah-mudahan kita masih diberikannya kesempatan untuk memperbaiki kesilapan dan kealpaan masa silam. Semoga semakin panjang usia di lalui, semakin menjadikan kita hambaNya yang lebih baik hari demi hari, aamiin. 







38 Comments

  1. Yee sayalah semua rasa..ada satu lagi Kak yang memang sekotak jadi koleksi saya... anak patung kertas hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah tu sampai ke anak kak ana masih ada lagi SL depa simpan tiap kali balik sekolah duk pii beli sekeping :)

      Delete
  2. Naim dah rasa semua perkara di atas . tahun 80-an dan 90-an akan mengenali semua dia atas hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Naim, nostalgia semua benda2 di atas ni kan hanya kita yang pernah melaluinya akan kembali mengimbas kenangan indah suatu waktu dahulu :)

      Delete
  3. Dahulu dapat keputusan baik baru dapat hadiah Walkman.
    Sekarang tiada walkman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok masa tu bila dapat walkman ni habis hati kan NA :)

      Delete
  4. kak, dana tak pernah lak jumpa liquid paper dengan thinner tuh... zaman dana dah yg kocak2 tuh... pastu walkman tu masa dana belajar kat U tahun 2000 memang jadi kegilaan hehehe...

    dulu kalau beria amik gambar baru perasan tak isi filem memang rasa cam nak apa,,, hahhah tak tau nak marah camne

    ReplyDelete
  5. Ammi masih ada brick game hingga sekarang kat rumah ni. Ada masa bila rasa nak simpan handphone dorang..."haaaa hambik ni main sampai muntah".

    Ammi dulu dah guna liquid paper yg mcm kita guna ni..takde dah guna yg dengan brush bagai. Tapi masa sekolah rendah penah kilometrico kot keluarkan pen dengan pemadam sekali kat atasnya. So masa tu gigih kumpul duit nak beli pen yg "canggih" tu. sekarang dah xde dah pen tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waahhh ada lagi ye Ammi brickgames ni , seronok layan tret tet tet treettttt turun susun hilang sebaris hehe :)

      Delete
  6. teringat kt sekolah siapa yang ada walkman, jalan bukan main eksen macam tak jijak tanah.... kemana-mana dengan walkman

    ReplyDelete
  7. kena semua dgn mama ni.. lebih kurang sezaman kita ni. alahai menggamit kenangan betul

    ReplyDelete
  8. Saya paling gemar guna filem roll tu, berpada-pada bila ambil gambar takut habis..hehehe filem / klise yang dah cuci simpan mana tau nak cuci lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann simpan betul2 bila nak guna baru snap tapi simpan lama-lama mata jadi merah pula kan lepas print :)

      Delete
  9. Kenangan terbaik utk gen X.. benda² ni boleh masuk muzium pasca peradaban moden

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ru Amer, coretan peredaran masa dahulu dan kini :)

      Delete
  10. Replies
    1. amat nostagia Cik Piya pada mereka yang pernah melaluinya :)

      Delete
  11. gajet releven situasi dulu2 tinggal memori

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan PI kini semuanya dah jadi memori kenang-kenangan :)

      Delete
  12. wah, yang part liquid paper pakai thinner tu saya tak sempat merasa..yang lain merasa dah..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama tu era 80-an kalau tak silap kak ana liquip paper sekali kena bawa thinner nya :)

      Delete
  13. Dulu2 kamera memang pakai filem macam tu.
    Pernah amek gambar berpuluh2 rupanya filem tak roll.
    Bila cuci semua tak jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha rasa nak nangis kalau jadi macam tu kan wak, nak nak lagi kalau time pii rombongan frust benar :)

      Delete
  14. brickgame to legend.. hehe.. dgn daun terup..pastu saidini..main2 jual rumah tanah..hehe..bnyk akal budak2 dulu kalau nak main.. kalau skrg henfon je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa Nur semua tu permainan fizikal bukan alam maya real life punya game kan :)

      Delete
  15. memang nostalgia sungguh gadget2 ni kak ana..terus teringat zaman kanak2 dulu..dan sedih kita meninggalkan zaman ini terlalu cepat huhu

    ReplyDelete
  16. betul AJ shida betul2 mengimbas zaman kecik2..kad2 tu..walkman..game tgn tu Allah...teringatt betul ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan SR mengimbas memori zaman remaja gituew :)

      Delete
  17. Haha..teringat zaman kanak-kanak. Brickgame tu kalau ada memang kira hebat la budak tu..hehe ..Saya masa umur 19 baru merasa ada walkman ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun walkman ni dapat masa dah kerja D lepas STPM buat teman dalam bas express balik kampung dari KL dedulu :)

      Delete
  18. Terus terkenang zaman kanak-kanak.Hehehehe.Indah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak yang indah-indah semuanya kan PC alhamdulillah

      Delete