Genting Highlands pun ada strawberri di Genting Strawberry Leisure Farm
Jangan ingat di Genting Highland tak ada taman bunga dan strawberri , ada jer . Ianya bagaikan mini Cameron Highlands di sini. Ini kali kedua kami sekeluarga ke Genting Strawberry Leisure Farm ni, kali pertama pada tahun 2015 lalu yang pernah ana terbitkan entrinya di SINI . Masuk ke sini korang akan dapat menikmati pemandangan bunga-bungaan dan strawberri sama seperti di Cameron Highlands, cuma cuacanya tak lah sedingin Cameron kerana ia terlekat di Gohtong Jaya bukan di puncak Genting. Maknanya tak perlu naik cable car untuk ke sini, ia terletak di bawah sahaja berhampiran dengan Genting Premium Outlet .
Genting Strawberry Leisure Farm
Harga tiket masuk ke Genting Strawberry Leisure Farm ialah RM15 dewasa dan RM10 kanak-kanak seingat ana, lupa pula nak ambil gambar tiket. Masa kami pii nii, ada dapat voucher 1 keping gambar PERCUMA siap print macam kat atas tu. Ada photographer yang ambil dan ajar posing , nanti dalam perjalanan nak keluar tu korang boleh lah pilih gambar mana nak print atau pun boleh jer beli kalau ada gambar-gambar yang korang nak print. Memang lawa-lawa gambar yang di ambil oleh jurugambar ni.
Menarik kan, jadi boleh lah masukkan dalam list cuti-cuti Malaysia korang untuk tahun ini. Maklumlah buat masa sekarang masih tidak di buka sempadan negara jadi kita bercuti-cutilah di dalam Malaysia dan carilah destinasi percutian menarik yang mampu mengikut bajet masing-masing untuk riadah bersama keluarga. Dan yang penting jaga SOP dan banyak-banyak berdoa agar semua ini akan segera berakhir dari muka bumi Allah swt. Aamiin.
18 Comments
Cantik jugak ya kak taman tu :)
ReplyDeletecantik untuk bergambar kan syaz
DeleteSebenarnya negara kita memiliki banyak tempat menarik! Pernah dua kali ke Genting Highlands, itu pun zaman remaja dulu. Selebihnya ke CH saja dengan anak-anak.
ReplyDeletelepas ni ke genting semula amie, lama dah tu tak naik genting hehe :)
DeleteBiasa kalau sebut strawberi mesti terus terfikir cameron kan kak Ana.
ReplyDeletetuu laa PC ni kat genting pun ado :)
DeleteWah! menarik.. dah lama tak naik GH
ReplyDeletenanti plan naik genting lak Cik Pya
DeleteDah lamanya tak berkunjung ke GH
ReplyDeletenaiklah wak makan angin ke Genting pula :)
DeleteOoh..baru tau! Belum pernah ke GH lagi saya ni..hihi
ReplyDeleteplan ke genting pula pas ni Ujie :)
Deleteselalu lalu2 saja xpernah masuk pun
ReplyDeletenanti try masuk PI :)
DeleteWah cantik juga Genting ya. Belum pernah kesana. Ingat mcm tak best ja...😀
ReplyDeletesekarang dah banyak pembaharuan kak mala boleh lah sekali nanti naik genting pula
DeleteTak sempat singgah pun.. kalau ke genting mesti tuju GPO dulu
ReplyDeletebawah sikit dari GPO ni nina :)
Delete