Masa mak datang ke rumah baru-baru ni, mak bawa sekali daging korban. Daging korban ni selalunya akan campurlah semua bahagian daging kan termasuklah sedikit tulang. Ana nak masakkan kari daging sahaja kali ni sebab sedap juga ada isi, lemak, tulang dan hati serta paru dan limpa. Cuma masak semua bahagian ni makan masa juga nak empukkannya. Teringat petua mak ana bila masak daging cincang atau tetel, mak akan masukkan akar pokok pandan. Ana try dan cepat juga lah empuk daging korban ni bila di masak. 

Sebenarnya ada macam-macam petua untuk cepat lembutkan atau empuk kan masakan daging ni. Sebelum ini dan yang paling mudah nak buat adalah masukkan sudu ke dalam masakan. Senang lah kan sebab sudu kan semua rumah pun ada. Ada juga petua dulu-dulu suruh letakkan daun pokok nangka, dan satu lagi yang ana pernah tengok mak buat adalah masukkan sebungkus biji selasih. Kali ni mak ajar, masukkan akar pokok pandan pula. 



Petua cepat lembutkan masakan daging 


Untuk ana mudahlah kan nak guna pakai petua ni sebab ana ada pokok pandan belakang rumah ni dan berakar kelilingnya, tapi bagi yang tak ada pokok pandan tu korang gunalah cara dan petua lain macam yang ana tulis kat atas sana tadi. Kalau yang ada periuk noxxa tu lagi lah senang kan, cepat je lembut. Tapi pada yang ada pokok pandan dan nak cuba, bolehlah cuba kan, mana tahu menjadi juga cara mak ana ni pada korang. Ana dah terbitkannya di youtube channel mudah korang tengok sendiri cara nya naa . 



Korang potong dalam 5 inci lebih kurang akar pokok pandan dan basuh bersih-bersih. Masukkan akar pandan ni semasa merebus daging atau selepas menumis masakan. Kemudian masakkan macam biasa ikut resepi masing-masing. Tapi jangan lupa nanti asingkan dan buangkanlah akar pandan dari masakan korang tu, tercekik pula kalau termakan ye tak :) Sebab tu ana potong panjang-panjang senang nak cari balik nanti . 

Nak kata cepat sangat pun tak lah tapi dalam masa 1 jam dah selesai masak serta empuk dah bahagian dagingnya. Kalau yang pada tulang tu dah boleh tanggal masa kita makan. Kalau tak jika sekadar merebus sahaja, ambil masa 2 atau 3 jam juga nak empuk sesetengah bahagian daging ni kan. Kecuali lah daging batang pinang cepat empuk nya. Lagi satu ia tidak merubah rasa masakan kita, kerana akar pandan tak ada lah rasa  pelik nanti pada masakan. Selamat mencuba naa, semoga bermanfaat , In Shaa Allah


18 Comments

  1. ada petua suruh letak garpu nak bagi daging empuk tapi kalau ada pressure cooker lagi senang dan cepat nak masak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kalau ada tak payah petua2 lagi dah TS kan senang sangat dah :)

      Delete
  2. Pernah dengar orang letak penadol pun ada nak bagi cepat empuk... tapi saya masukkan dlm noxxa jer semua daging, lepas lembutkan baru frozenkan jika tak terus masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau guna panadol risau pula ganggu rasa nya kan NM :)

      Delete

  3. Dulu sebelum guna ada pressure cooker kinah guna sudu je kak ana. Rupanya ada lagi petua lain nak lembutkan daging. Boleh try nanti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kinah kak ana pun masukkan sudu je dulu :)

      Delete
  4. Bolehlah cuba nanti
    tapi petua gunakan periuk noxxa tu yang paling berkesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye wak kalau ada noxxa tak payah petua bagai dah hehe :)

      Delete
  5. orang tempat kak nak lembutkan daging depa masukkan betik muda..di hiris kecil nak mkn pun boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh tak pahit ke rasa gulai nanti kak PI ye :)

      Delete
  6. ini pertama kali dana dengar guna akar pokok pandan, kat rumah mmg ada pokok pandan... nnti boleh cuba jugak ni kak.. cuma itulah dana biasa pakai noxxa je mls nk pening2 ehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana dah ada noxxa tak yah petua bagai dah dana :)

      Delete
  7. CP tau petua ni daripada arwah mak :)

    ReplyDelete
  8. first time dengar guna akar pokok pandan ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalau ada boleh lah gunakan nanti Ili :)

      Delete