Siapa pencinta bunga orkid wajib kena baca sampai habis entri ana kali ini. Wajib tau sebab apa yang bakal ana share ni korang mesti suka punya lah. Kat mana  korang boleh beli pokok orkid yang siap di gubah dalam satu pasu , orkid hidup tau bukan orkid hiasan ? Haa! Kat sini lah tempatnya. World of Phalaenopsis . Galeri jualan dan taman orkid hidup yang menjual pelbagai spesis pokok orkid siap di gubah dalam sebuah pasu. Bukan setakad itu sahaja, kalau korang nak pokok orkid tanpa gubahan pun ada kat sini. Cuma ana terpegun jugalah melihat deretan gubahan pokok orkid hidup yng sangat-sangat cantik berwarna warni dalam spesis yang berbeza . Sekali pandang macam gubahan bunga orkid hiasan tapi ia adalah orkid hidup naa . 



World of Phalaenopsis , Ulu Yam Bahru, Batang Kali

Ana dapat tahu tentang lokasi ni pun dari Facebook bila Kak Long ajak kami ke sini. Tempat ni tengah viral katanya sebagai insta worthy bergambar. Banyak perkongsian di media sosial mengenai lokasi taman orkid viral di Ulu Yam Bahru ni. Tak lah jauh mana dari kediaman kami pun, malahan memang selalu lalu lalang pun di persimpangan jalan simpang utama masuk ke sini. Kalau korang biasa laluan dari Rawang ke Kuala Kubu tu, ada satu persimpangan belah kiri menghala ke Ulu Yam, haa masuk je simpang tu , dalam 5 km sampai ke World of Phalaenopsis  ni. Tapi apa susah kan, waze jelah, sampai dengan mudah In Shaa Allah. 




Kawasan ni terletak dalam perkampungan Melayu. Mula-mula rasa macam betul ke tidak jalan masuknya sebab memang dalam kampung Melayu. Kami singgah solat Zohor pun di hadapan lorong masuk ada sebuah surau papan. Masuk terus ke dalam nanti nampaklah deretan kereta di hadapan pintu masuk World of Phalaenopsis . Parkir kereta pun agak terhad kalau hujung minggu kat sini, pandai-pandai cari selit- selit di laman rumah orang, jangan halang laluan orang dah la ye. 




Kena bayaran ke nak masuk ke World of Phalaenopsis, Ulu Yam Bahru ni ? Idak aih, masuk sini Percuma sahaja. Cuma waktu pendamik ni kena lah scan QR Code, sanitized dan jangan lupa penjarakkan fizikal serta pakai facemask. Nak masuk galeri dan cafe pun kena bergilir dalam satu-satu masa, 6 orang sahaja di benarkan masuk. Sabar naa 😊😊




Di dalam World of Phalaenopsis ni terdapat dua buah galeri jualan gubahan orkid berhawa dingin di sebelah kiri dan kanan. Di dalam ini lah korang boleh melihat pelbagai spesis bunga orkid hidup yang di gubah di dalam pasu besar untuk di jual, tapi tidak di benarkan kita mengambil gambar atau video dalam galeri kaca ni. Lawa-lawa. Harga pun mengikut saiz dan jenis tapi bukan setakad itu sahaja, di luar galeri pun ada di jual pokok-pokok orkid tanpa gubahan pada harga yang mampu beli. Semua pun mengikut saiz, spesis dan jenis saiz pokok orkid. 










Cantik-cantik kan gubahan pokok bunga orkid di atas ni. Sekali pandang ana ingatkan bunga hiasan awalnya. Kuntuman bunga orkid dia besar-besar dan segar sangat rupa parasnya. Tapi di luar gelari pun ada banyak lagi jualan pokok bunga orkid. Hat luar ni murah sedikit lah harganya dari yang dalam galeri. Cuma ana ni bukan pencinta orkid jadi tak lah tahu sangat salasilah varian dan spesis bunga-bunga orkid ni. 














Dari pengamatan ana, hat pokok benih orkid yang belum berbunga dan kecil ni murah lah harga nya kan. Kena tahu lah teknik dan cara penjagaan pokok orkid untuk mendapatkan bunga yang cantik macam kat sini. Sebab tu ana kurang berminat dengan pokok orkid ni ianya agak kena jaga dengan betul untuk dapatkan pokok yang selalu berbunga. Selalu yang ana tengok orang bela orkid ni lepas sekali bunga tinggal pokok je lama baru dapat lihat bunganya kembali mekar, kan. Ana ni suka pokok bunga yang sentiasa berbunga, haa jadi tak boleh guu lah dengan pencinta orkid yang perlu sabar menanti hehe . 










Ana lihat orkid-orkid ni ada pelbagai spesis dan bentuk bunga dan turusan pun macam-macam kan. Cuma kebanyakan bunga orkid ni berwarna ungu, ada yang ungu cair, ungu pekat, tak pun warna pink-pink sikit, dan juga putih. Itulah antara yang banyak ana lihat di sini. Walaupun ada juga yang berwarna merah, jingga, kuning dan sebagainya tapi tak banyak lah. Bagaikan senada jer warna-warna orkid yang ana lihat. 




Di World of Phalaenopsis ni juga ada sebuah cafe. Ramai yang beratur nak masuk cafe ni jadi kami tak masuk pun. Tak pasti apa menu yang di jual di dalamnya dan majoriti nya kaum Cina yang ramai kat sini. Maklum lah depa kan penggemar pokok orkid. 





Luar cafe tu ada sebuah kolam ikan dan cantik kalau nak bergambar disini. Ada beberapa ekor itik berenang-renang dan ada ayam kampung juga. Menarik kan. Korang kena pusing lah satu tempat ni baru puas hati. Nak kata luas sangat pun tak lah juga. Kalau nak lihat gambarannya secara visual boleh lah layan video di bawah ni, lagi jelas kan . 










Selain orkid ada juga jualan dan dekorasi pokok-pokok tanaman hiasan lain disini. Di sini lah ana jumpa pokok fittonia berbunga yang ana kongsikannya di SINI . Jadi kalau korang teringin nak sampai ke sini boleh lah plan, seronok juga lah . Ana ke sini tak adalah beli apa-apa pun sekadar menjamu mata sahaja. 

6 Comments

  1. Puas hati dapat ke sini cuci mata kan kak

    ReplyDelete
  2. Ya Allah cantik2 nya orkid kat situ

    ReplyDelete
  3. ummi tag kak ana ya utk GA ;)
    https://nurasyiqin201.blogspot.com/2020/08/merdeka-giveaway-by-eknsofi.html

    ReplyDelete