Di facebook ana tak banyak masuk group-group ni, yang ada pun group resepi, group peminat bunga, group-group blogger dan sau lagi group pencinta kucing. Cukup dah lah pada ana, malas nak masuk group kisah rumahtangga bagai, boleh buat stress je kan hehe. Bila berada dalam group pencinta kucing ni, pelbagai kisah kucing yang di kongsikan bersama. Alhamdulillah, ramai lagi insan-insan di luar sana yang menyayang anak-anak bulus ni khasnya anak bulus jalanan. 


MingMing, JJ dan Twinky Winky


Dua hari lepas, dengan izinNya ana sendiri melihat sesuatu yang Allah swt nak tunjuk depan mata. Ana dan Adik Ika ke kedai Acheh untuk beli lauk masak tengahari. Lepas tu ana ke pasaraya 99 Speedmart pula sebab nak beli pasir kucing. Dah beli masuk kereta sambil start enjin terpandang sebuah lori terlajak ke hadapan, kemudian undur sedikit dan berhenti di sebelah sebuah kereta yang dah lama tersadai kat situ. Keluar lah seorang lelaki , pemandu lori tersebut. 

Dia menghampiri kereta tu dan tunduk memberikan makanan kepada dua ekor kucing di bawah kereta tu. Allahu, di tangannya ada setin makan kucing, jelas terlihat tin Pro Diet. Keluarlah dua ekor kucing dari bawah kereta dan makan. Lelaki tadi kemudiannya mengambil sesuatu dari belakang lorinya . Kelihatan sebungkus makanan dalam bekas tapau plastik. Kemudian di gaulnya dengan Pro Diet dan beri lagi pada anak kucing di bawah kereta tadi. 



Terkasima seketika ana dan Adik Ika dari dalam kereta. Mengalir air mata melihat betapa mulianya hati insan tersebut memberikan makanan kepada kucing jalanan. Alhamdulillah di atas dunia ini masih ramai insan yang baik-baik. Di kawasan kediaman ana ni ada tiga pasaraya Speedmart dan selalunya ada sahaja kucing di hadapan pintu kedai. Tapi kebanyakan staff pasaraya ni akan memberi makanan kepada anak-anak bulus ni. Ada sahaja makanan kering di letakkan di tepi pasaraya. Bermakna adalah rezeki mengalas perut untuk kucing-kucing di sini. 

Bukan sekali dua Allah swt pertemukan ana dengan insan-insan yang berhati mulia ini. Sebelum ni waktu kami makan ikan bakar di Pantai Jeram, pun ada dua ekor kucing datang ke meja. Ana dan anak-anak memang akan beri makan, kami bagi isi ikan bakar dan letakkan di lantai bawah meja. Kemudian kucing-kucing ni ke meja sebelah. Ada dua remaja lelaki makan kat situ. Salah seorangnya bangun dan menuju ke kereta barang kali, kemudian datang kembali dengan sebekas Tupperware di tangan. Rupanya berisi makanan kucing, di taburkannya atas lantai kedai, dan  makanlah anak-anak bulus disini .

Satu lagi ketika ana dan suami sarapan pagi di Medan Selera Kampung Baharu, dekat HKL sana. Masa nak keluar dari medan selera ternampak sekumpulan jururawat duk kerumun di satu ruang, ingat kan apa, rupanya salah seorang rakan mereka sedang menggaulkan sebungkus nasi dan ikan yang dibelinya dan memberi makan kepada beberapa ekor kucing di situ. 

Subhanaallah.. Yang baik kita kongsikan dan semoga ianya menjadi ikutan buat insan lain. Di muka bumi ini, walaupun selalu kita dengar ada manusia menganiaya haiwan-haiwan di luar sana, namun masih ramai lagi yang berhati mulia dengan melakukan kebaikan kepada haiwan-haiwan jalanan. Didik lah jiwa kita, anak-anak kita agar ada rasa simpati dan belas ehsan sesama makhluk di atas bumi Tuhan. Mereka juga punya hak untuk hidup dan percaya lah setiap dari kita adalah ujian yang hadir setiap detik sebelum menuju alam abadi. 

Lakukanlah sekecil-kecil kebaikan kerana ianya tidak pernah akan sia-sia di sisi Tuhan dan tetap akan di audit di mahkamah akhirat. Ana selalu berpesan pada anak-anak, buatlah kebaikan di atas dunia ini kerana kita tidak akan tahu kebaikan yang mana yang akan membawa kita ke syurgaNya. Aamiin.

26 Comments

  1. alhamdulillah.. semoga dicontohi perkara yg baik ini..

    ReplyDelete
  2. Allahu Akbar! Peristiwa yang AJ ceritakan, setiap hari saya saksikan di tempat kerja. Seorang rakan sekerja akan membawa makanan kucing di dalam kereta setiap hari untuk diberikan kepada mana-mana kucing yang ditemui. Bukan itu sahaja, kalau ada tulang ayam bekas kami makan, dia kumpul dan diberikan kepada anjing. Ke mana dia pergi, kalau ada kucing, pasti akan mendekatinya. Beg yang dibawa ke sana dan ke mari, memang ada makanan kucing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. subhanaallah mulia nya hati dan pekerti insan itu amie

      Delete
  3. Setiap makhluk Allah ada rezeki yang telah dijanjikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian wak pada kucing dan anjing jalanan yang kadang-kadang jadi mangsa kesombongan manusia ni :(

      Delete
  4. Buat baik pd binatang ni best sbb mereka ikhlas makan apa yg kita bagi, dan siap doakan kita lagi. Tak dpt bela dlm umh, bagi mkn kucing di luar pun jadilah

    ReplyDelete
  5. Moga murah rezeki si pemberi. Saya sendiri pun memang standby makanan kucing dlm kereta in case terjumpa mana2 kucing jalanan bolehlah diberikan. Jemput join my GA ya! :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.Syukur sangat.Kita mahu hidup mereka juga ada hak untuk hidup kan kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dia PC merek juga punya hak di atas muka bumiNya ini

      Delete
  7. kann....semoga murah rezeki semua orang-orang yang suka membela nasib kucing jalanan kan.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah masih ramai yang berhati mulia pada haiwan jalanan gitu, kadang geram dengan orang yang bela kucing tapi bile dah tak terbela atau dah tak suka dibuang merata... kesian, di luar rumah kami memang letak 1 bekas makanan kucing dan air, mana-mana kucing yang singgah boleh makan,macam si comot kat rumah dana tu pun kucing mendatang entah dari mana... tapi nasibla dia pandai bawa diri, sampaikan beranak sekarang jadi penghuni rumah kami anak beranak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun macam tu gak dana, datang tapi akhirnya menetap beranak pinak bergenerasi dah hehe :)

      Delete
  9. Kadang orang terlepas pandang perkara kecil macam ni.
    Pengalaman sy sendiri kak ana... Sejak kami mula bagi tulang ikan/ayam kpd kucing2 jiran/stray cats terasa rezeki kami sekeluarga sentiasa smooth.. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  10. saya kalau nampak kucing kat kedai makan mesti bagi makanan and suruh diorang doakan kita murah rezeki balik :)

    ReplyDelete
  11. saya kalau nampak kucing kat kedai makan mesti bagi makanan and suruh diorang doakan kita murah rezeki balik :)

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah syukur masih ramai yg sayang haiwan mcm ni. cuma ada segelintir saja yg bersikap zalim semoga mereka insaf

    ReplyDelete