Sekarang ini semua sistem pengendalian dan operasi lebih efisyen dan selamat dengan data yang di guna pakai melalui sistem dalam talian atau pun online. Kebanyakan urusan rasmi kerajaan dalam pelbagai pentadbiran adalah secara dalam talian. Hari ini ana nak berkongsi dengan pembaca mengenai satu lagi portal modul di dalam Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu EOperasi KPM . Apakah dia EOperasi KPM ini ? Bagaimana kah cara untuk log in ke EOperasi KPM




EOperasi KPM 

eOperasi adalah merupakan salah satu antara 3 Modul Pengurusan Guru yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diselia di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Modul pengurusan e-Operasi melibatkan pengurusan data-data berkaitan guru dan bukan guru yang didalam kategori seperti:

- Pentadbir Portal E-Operasi (pegawai pengurusan peringkat Negeri, Daerah, Zon dan Sekolah)

- Pengguna Portal eoperasi Malaysia (guru dan bukan guru)

Paparan utama laman e-Operasi memaparkan beberapa maklumat penting mengenai portal ini seperti Pengumuman, Log Masuk, Bantuan dan Paparan Ralat. Pengguna portal eoperasi, guru dan bukan guru, boleh memperoleh update terbaru mengenai e operasi kpm dari ruangan pengumuman.


Cara log in eOperasi KPM




Cara log in untuk pengguna utama portal eoperasi iaitu pentadbir sistem dan pengguna (guru dan bukan guru): 

- Pengguna – ID yang telah didaftar dengan Pentabir Sistem sahaja dibolehkan untuk login modul portal e-operasi ini.

- Pentadbir Sistem – Pentadbir sistem adalah mereka yang dilantik secara rasmi oleh pihak KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia)

1. Pengguna pertama kali perlu isi maklumat diatas dengan betul dan tepat terutamanya Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel.

2. Kemudian masukkan kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu ditulis supaya lebih mudah untuk ingat.

3. Lepastu tekan butang SIMPAN untuk terus proses pendaftaran.

4. Kemudian anda boleh terus ke ruangan LOG MASUK sistem eOperasi menggunakan butiran login anda tadi.

5. Setelah berjaya masuk login portal, semak butiran anda seperti nama, no kp dan lain-lain dan pastikan ianya betul.

6. Bagi mereka yang perlukan panduan manual pengguna boleh download seperti dalam gambar dibawah. Seandainya terdapat maklumat tidak tepat, anda perlulah memaklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk kemaskini.

Untuk keterangan lebih lanjut dan pautan ke portal rasmi eOperasi boleh lah klik ke Eoperasi  . 

Sebenarnya banyak infomasi dan panduan penting dan terkini boleh kita perolehi dengan melayari ke laman sesawang Portal Malaysia . Mungkin ramai di antara kita yang ingin mendapatkan info-info mengenai Bantuan Sara Hidup (BSH), eOperasi, egumis, adpm, saps ibubapa, epenyata gaji dan sebagainya. Semua info-info ini boleh di akses terus ke pautan yang berkenaan dengan singgah ke PORTAL MALAYSIA . 




Di paparan Portal Malaysia ini juga kita dapat mengakses info dan maklumat mengenai urusan-urusan penting sama ada dalam sistem pentadbiran kerajaan, permohonan pelbagai sektor dan juga info-info semasa terkini. Contohnya bagaimana untuk kita dapatkan info dan akses pautan ke portal rasmi kerajaan seperti SSO KPM Login , eSPBT , SSM MYDATA Online, LPPSA MyFinancing , Cara Bayar PTPTN Guna Potongan Gaji dan pelbagai lagi boleh di perolehi di Portal Rasmi .

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mereka yang tercari-cari info yang diperlukan dan boleh membantu dalam menjawab pelbagai persoalan yang timbul. In Shaa Allah. 

 

10 Comments