Sekarang ni tengah viral kek marble jelita kan kat sana sini. Ana dah rasa memang sedap, adik ipar ana tempah masa kami family day minggu lepas. Gebu gebas dan lembut je kek nya. In Shaa Allah ada masa nanti nak try juga buat. Tapi hari ini ana nak berkongsi dengan korang resepi dan cara buat kek marble susu terlebih dahulu. Ini penangan geng piknik jom di whatsapp group sepupu-sepupu perempuan kami ni lah. Group ini bila salah sorang dapat resepi baharu, kami semua duk pakat share resepi, teknik dan masing-masing nak try buat. Memang seronok dah macam kelas masakan pula dalam tu bersama kazen-kazen tersayang.
Resepi kek ni paling senang nak buat, sebab nya bahan tak banyak dan tak perlu guna mixer. Cukup sekadar menggunakan whisk sahaja adun-adun bahan, bahagikan kepada 3 warna dan perisa lepas tu ikut lah kreativiti masing-masing dalam melorekkan corak pada permukaan kek. Dan disini juga ana nak kongsikan cara dapatkan lapisan yang cantik pada kek marble kita. Jom..
Resepi kek marble susu
Bahan-bahan kek marble susu :
1 1/2 cawan susu pekat manis
1 1/2 cawan mentega
4 biji telur
2 cawan tepung kek ( self rising )
1 sudu esen vanila
pewarna atau perisa untuk lapisan kek ( AJ menggunakan sunquick untuk original layer, serbuk koko untuk warna coklat dan pewarna merah untuk layer merah vanila)
Cara buat kek marble susu
Macam yang ana cerita tadi sangat lah senang nak buat kek marble susu ni perkongsian dari sepupu ana, Intan.
1. Satu kan susu pekat dan mentega dalam mangkuk adunan. Gunakan whisk dan pukul hingga kembang sekejap sahaja.
2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan whisk kan lagi biar sebati.
3. Masukkan sesudu esen vanila .
4. Akhir sekali masukkan tepung kek yang telah di ayak sedikit demi sedikit sambil kaup sebatikan adunan.
5. Bahagikan kepada 3 bahagian adunan. Adunan original kek , dua lagi ikut suka nak warna kan atau perisakan nya. Ana gunakan serbuk koko untuk warna coklat dan pewarna merah untuk satu lagi adunan dan yang original kuning tu ana tambah kan sunquick.
6. Griskan loyang dan panaskan suhu oven pada suhu 160 ' , letak loyang paling bawah dan menggunakan api atas dan bawah.
7. Cara untuk melapiskan adunan kek korang boleh tonton di video di bawah ni.
8. Untuk corak di atas kek lorekkan dengan menggunakan lidi sate atau copstick. Kek yang di bakar pada suhu 160 'ni memang akan ambil masa untuk masak kerana kita tak mahu ia garing di bahagian atas kek nanti tak nampak coraknya kerana terlalu garing. Cubaan pertama ana ni agak garing juga kerana over baked . Korang boleh tengok hasil kek marble yang cantik di permukaan atas kek dari foto-foto hasil dari group piknik jom kami ni. Depa buat lawa permukaan kek nya.
corak kek marble dari Intan
corak kek marble dari Cu Ezan
corak kek marble dari Nurul
Untuk dapatkan keratan segi empat atas kek tu bila dah masak, terbalikkan kek atas redai kek dan dah sejuk terbalik semula. Selamat mencuba naa.. Kek ni memang sedap tak terlalu manis kerana kita hanya menggunakan susu pekat dan tak buh gula dah. Teksturnya pun lembut , lembab dan gebu sangat. Ana suka dan akan menggunakan base resepi ini untuk adunan kek lain juga ikut kreativiti masing-masing.
Segala yang terkandung di dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Butiran dan informasi yang tercatat adalah pada waktu dan tarikh entri di terbitkan. Perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan .
16 Comments
akak, kek ni tak pakai gula ke? atau gula akak terlupa tulis berapa sukatan nya?
ReplyDeletesusu pekat masa bila nak boh kak, sebab akak cuma tulis susu cair... dana nak cuba jugak sebab macam mudah
ReplyDeleteDana, memang tak guna gula sebab ada susu pekat manis 1 1/2 cawan. Susu pekat whisk dengan mentega. Silap awal2 tadi taip susu cair, sorry 🤗
DeleteWah tak sangka kek marble ni tak perlu banyak sangat bahan2 kena sediakan. Kena cuba juga ni nanti
ReplyDeletecubalah nanti TK sedap ni senang sangat nak buat pun hehe :)
Deletecantiknya! sayang nak makan hehehe
ReplyDeletehehe makan panas-panas sedap syaz :)
DeleteWah nampak cantik..kaler²..Saya suka yg coklat
ReplyDeleteboleh je nak marble kan dengan coklat sahaja hehe :)
DeleteSedap tu kek marble guna susu pekat. Pada saya, kek lebih lembab, manisnya pun 'standard' , tak sama macam manis gula.
ReplyDeletehaah Amie kek ni moist sangat resepi nya sedap tak manis sangat
DeleteEh sama lah entri kita. Tp ana buat hari tu kek butter marble. Next boleh cuba resipi kak AJ plak.
ReplyDeletemusim kek marble kan sekarang ni AS haha :)
Deletewaduh sedapnya.. marble susu confirm rasa dia lemak2 gitew
ReplyDeletesedap mama, cubalah nanti :)
DeleteD cuba resepi ni senang sangat :)
ReplyDelete