Punya lah lama ana simpan agar-agar tali ni, cadangnya nak buat agar-agar kelapa muda. Sampai ke hari ni belum lagi jumpa kelapa muda dengan isi nya , last-last semalam Kak Long ajak buat agar-agar santan jer. Memandangkan ada seketul gula melaka di dapur, ana olahkan menjadi agar-agar santan gula melaka. Resepi ni pun ana belajar dari anak buah belah suami, Ujie. Sebelum ni ada juga buat agar-agar santan tapi siap buat dua lapisan nak bagi berkepala. Rupanya ada cara yang lebih senang, masak sekali gus je dia akan naik berkepala dengan sendiri. Rasa pun sedap dan lemak manis. 


Resepi Agar-agar santan gula melaka


Resepi Agar-agar santan gula melaka


Resepi Agar-agar santan gula melaka


Agar-agar ni sedap kalau ia nya lembik kan tapi tak cantik pula untuk di potong kalau terlalu terlebih air. Jadi kena sedang-sedang sahaja tak terlalu keras dan tak terlalu lembik. Sebenarnya ana kurang suka juga masukkan telur dalam adunan agar-agar, tapi ikut kan resepi Ujie ni kena letak telur jadi ana masukkan daun pandan supaya hilang kan rasa telur tu. Dan korang juga perlu pecahkan telur dan dadar perlahan dalam santan, kalau tak nanti nampak sebiji-sebiji telur rebus dalam agar-agar, kan tak menyelerakan rupa parasanya. Meh laa ana kongsikan di sini resepi dan cara masak agar-agar santan gula melaka .

Bahan-bahan agar-agar santan gula melaka

1 paket agar-agar tali
1 kotak santan 
1 buku gula melaka
1 jag air lebih kurang 1 liter
1 cawan gula putih atau ikut lah kemanisan masing-masing
secubit garam
1 biji telur
seikat daun pandan

Cara masak agar-agar santan gula melaka korang boleh tonton di youtube di bawah : 



1. Didihkan air dan masukan agar-agar tali, masak hingga mendidih.

2. Masukkan gula melaka yang di pecahkan terlebih dahulu dan campurkan gula putih. Ini kerana gula melaka ni tak begitu manis, kan. Kena campurkan gula putih sedikit.
 
3. Masukkan seikat daun pandan. Masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya tidak meruap dan membuak nanti. 

4. Dalam mangkuk lain, tuangkan sekotak santan dan masukkan sebiji telur, dadar perlahan jangan pukul kuat naa. Nanti jadi telur dadar pula ia berbuih hehe :) 

5. Masukkan santan ke dalam agar-agar dan kacau seketika sampai ia naik berkepala. 

6. Tuang kan ke dalam loyang atau acuan, sejukkan dahulu pada suhu bilik kemudian bolehlah sejukkan dalam peti ais. 

7. Siap untuk hidangan sejuk. Selamat mencuba naa :) 


22 Comments

  1. Tiba-tiba rasa teringin pulak nak makan agar-agar santan gula melaka. Sedapnya! Nyaman jew lalu kat tekak.

    ReplyDelete
  2. enak kak oii.. dah lama tak buat. Tengok kak Ana wat nie... macam nak buat jugaklah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa apa lagi anie, pii buat senang je ni :)

      Delete
  3. sedapnya! teringat nenek saya, dia selalu buat ni dulu

    ReplyDelete
  4. Akak kalau buat agar2 santan ni memang fail tapi suka makan.Sama lah akak tak suka kalau masukkan telor dlm agar2 tapi tulah resepi agar atau puding sedap2 ni mesti letak telor kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya SI saya tak berapa suka masukkan telur dalam dessert tapi dah resepi nya gitu, nasib baik tak berasa sangat telur nya :)

      Delete
  5. Simpan dalam esbok
    Sejuk2 baru makan
    sedapnya

    ReplyDelete
  6. dap tu makan agar2 sejuk musim panas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah PI cuaca panas ni sedap pekena agar-agar: )

      Delete
  7. yaya pernah buat sekali lama dulu..tapi resepi tu letak 2 biji telur..nampak tak cantik sebab lapisan jernih tu nipis jer..ni tengok kak ana share teringin pula nak buat lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. try YAYA resepi ni sebiji telur je in shaa allah jadi tu :)

      Delete
  8. Saya tak pernah lulus buat agar-agar ni.Tak tau la pasaipa. sampai sekarang tak lulus2. Padahal agar2 ni kegemaran saya nih..

    ReplyDelete
  9. Favourite ni. Bulan puasa selalu cari kat bazar

    ReplyDelete