Inilah dia aktiviti Kak Long kat rumah, macam-macam menu viral dia nak cuba buat sendiri. Ada ajer pun sampai kan ana sendiri tak pernah dengar dan tahu pun kewujudan menu-menu orang sekarang ni, tapi depa tahu ajer. Beriya suruh ana beli pisang nak buat popis katanya. Ingatkan apa bendalah popis tu rupanya singkatan untuk popia pisang 😐 Masa dia ikut ana ke pasaraya hari tu, dia dah awal-awal beli kulit popia sebab ana nak buat samosa ikut resepi Sugu Pavithra ada lebih tu lah dia buat popis ni pula. Bagus juga lah kan, ada lah bahan untuk ana terbitkan di entri blog dan youtube. Benda baik kita kongsikan supaya ada juga manfaatnya, In Shaa Allah. 


Resepi dan cara buat popis  ( Popia Pisang )

Resepi dan cara buat popis  ( Popia Pisang ) 


Resepi dan cara buat popis  ( Popia Pisang )


Bahan-bahan untuk buat popis 

Kulit popia segera ( spring roll ) 
Pisang 
Minyak untuk menggoreng
Bancuhan tepung gandum untuk melekatkan balutan
Untuk topping boleh sahaja gunakan coklat masakan dan taburan ikutlah pilihan masing-masing seperti parutan cheese, peanut butter, cornflakes dan sebagainya. 


Resepi dan cara buat popis  ( Popia Pisang )

Cara buat popis  

1. Buang kulit pisang dan potong dua atau belah ikutlah pilihan masing-masing nak saiz mana popis korang.

2. Balut dengan kulit popia. Cara balutan boleh korang tonton di youtube di bawah :


3. Panaskan minyak dan goreng dalam api perlahan hingga garing.

4. Toskan. 

5. Cairkan coklat masakan secara double boiling dan paipkan di atas popis yang dah siap di goreng. 

6. Taburkan dengan apa-apa topping yang korang nak, ikut lah kan. Kak Long cuma letakkan coklat sahaja di atasnya. 

popis



Selamat mencuba resepi popis buat kudapan anak-anak.