Idea nak buat samosa ni datang lepas menonton youtubers SuguPavithra buat dalam channel mereka. Cadangnya nak cuba buat kulit samosa sendiri tapi kebetulan ada stok kulit popia kat rumah ni dan kemalasan yang melanda jiwa raga pada waktu itu, maka ana gunakan sahaja kulit popia instant ni untuk di jadikan kulit samosa. Maknanya cuma kena masakkan inti samosa sahaja kemudian balut dan goreng.
Rindu nak makan samosa ni, kalau sebelum pendamik ana suka beli samosa di pasar tani setiap hari Khamis di BCH ni. Tapi selepas kebenaran membuka pasar tani pun belum lagi keluar ke sana untuk membeli juadah-juadah yang sedap. Di pasar tani tu, selalunya ana suka beli nasi ambeng, putu mayam, putu piring dan samosa . Samosa adik ni jual padat isinya sedap pula tu. Jadi bila rindu nak makan juadah-juadah pasar tani ni, gigihkan diri lah mencuba sendiri di rumah. Beberapa hari lepas ana buat sendiri nasi ambeng walaupun tak cukup syarat, cuma ada ayam masak kicap, sambal goreng jawa dan suun, kerabu ulam raja dan ikan masin. Bolehlah kan sekadar lepas rindu pada nasi ambeng.
Resepi dan cara lipat samosa
Mula-mula kita sediakan inti samosa terlebih dahulu. Bahan-bahan yang ana gunakan adalah:
Ubi kentang - rebus dan lecek kasar
Isi ayam atau daging - ana guna minced meat ayam
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu serbuk kari daging - adjust ikut citarasa masing-masing
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Daun sup atau daun kari ikut suka
Bancuhan tepung gandum - untuk melekatkan balutan samosa
Kulit popia bersaiz besar
Cara masak inti samosa :
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih.
- Masukkan daging dan gaul sebati.
- Dah separuh empuk, masukkan serbuk kari daging.
- Bolehlah masukkan kentang yang dah di lenyet, rasakan dengan garam secukupnya.
- Angkat dan sejukkan sebelum membalut samosa supaya tidak pecah.
Cara lipat samosa
Korang boleh tonton visualnya di video di bawah :
1. Ambil sekeping kulit popia dan potong kepada dua bahagian memanjang.
Cara lipat samosa ( credit photo owner )
2. Isikan inti di sudut dan lipat membentuk segitiga dan terus melipat ikut susunan hingga ke hujung. Ada lebihan bahagian kulit sapukan dengan bancuhan tepung gandum dan kemaskan.
3. Sedia untuk di jadikan samosa frozen atau panaskan minyak untuk menggoreng samosa. Goreng pada api perlahan dan balik-balikkan kerana kulit popia akan cepat garing. Toskan minyak dan ready to eat.
Sedap samosa. Lama tak makan sebab dah tak jumpa penjualnya. Tengok entri ni macam rasa nak buat sendiri pulak...boleh sesuaikan rasa ikut selera sendiri.
Segala yang terkandung di dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Butiran dan informasi yang tercatat adalah pada waktu dan tarikh entri di terbitkan. Perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan .
11 Comments
Sedap samosa. Lama tak makan sebab dah tak jumpa penjualnya. Tengok entri ni macam rasa nak buat sendiri pulak...boleh sesuaikan rasa ikut selera sendiri.
ReplyDeletetry la Ujie haah adjust je ikut citarasa sendiri :))
DeleteComel kejadian samosanya. Kalau jumpa samosa begini, 10 biji pun boleh saya habiskan... ahaks! Sedap.
ReplyDeletekan amie,krup krap krup krap dah licin :)
Deletemula2 kak ana pun pening fikir nak lipat macam mana D, lepas tengok kat youtube owh camtu caranya:)
ReplyDeletebagunya ada step by step macam ni senang nak refer
ReplyDeletehaah boleh try mama :)
DeleteSelama ni tau membeli je samosa sbb x pandai nk melipat.Terimakasih share cara lipat kulit samosa,lepas ni akak nk try buat sendiri.
ReplyDeletesama lah SI , kak ana pun sebelum ni tak pandai nak lipat samosa rupanya senang jer :)
DeleteSedapnya samosa. Tapi Dina tak rajin buat. hehe
ReplyDeletealaa beli je DIna :)
Delete