Idea nak buat samosa ni datang lepas menonton youtubers SuguPavithra buat dalam channel mereka. Cadangnya nak cuba buat kulit samosa sendiri tapi kebetulan ada stok kulit popia kat rumah ni dan kemalasan yang melanda jiwa raga pada waktu itu, maka ana gunakan sahaja kulit popia instant ni untuk di jadikan kulit samosa. Maknanya cuma kena masakkan inti samosa sahaja kemudian balut dan goreng. 

Rindu nak makan samosa ni, kalau sebelum pendamik ana suka beli samosa di pasar tani setiap hari Khamis di BCH ni. Tapi selepas kebenaran membuka pasar tani pun belum lagi keluar ke sana untuk membeli juadah-juadah yang sedap. Di pasar tani tu, selalunya ana suka beli nasi ambeng, putu mayam, putu piring dan samosa . Samosa adik ni jual padat isinya sedap pula tu. Jadi bila rindu nak makan juadah-juadah pasar tani ni, gigihkan diri lah mencuba sendiri di rumah. Beberapa hari lepas ana buat sendiri nasi ambeng walaupun tak cukup syarat, cuma ada ayam masak kicap, sambal goreng jawa dan suun, kerabu ulam raja dan ikan masin. Bolehlah kan sekadar lepas rindu pada nasi ambeng. 


resepi samosa

Resepi dan cara lipat samosa

Mula-mula kita sediakan inti samosa terlebih dahulu. Bahan-bahan yang ana gunakan adalah: 

Ubi kentang - rebus dan lecek kasar
Isi ayam atau daging - ana guna minced meat ayam
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu serbuk kari daging - adjust ikut citarasa masing-masing
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Daun sup atau daun kari ikut suka 
Bancuhan tepung gandum - untuk melekatkan balutan samosa
Kulit popia bersaiz besar 

Cara masak inti samosa : 


- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih. 

- Masukkan daging dan gaul sebati.

- Dah separuh empuk, masukkan serbuk kari daging.

- Bolehlah masukkan kentang yang dah di lenyet, rasakan dengan garam secukupnya.

- Angkat dan sejukkan sebelum membalut samosa supaya tidak pecah. 

Cara lipat samosa


Korang boleh tonton visualnya di video di bawah : 



1. Ambil sekeping kulit popia dan potong kepada dua bahagian memanjang.


cara lipat samosa
Cara lipat samosa ( credit photo owner  ) 



2. Isikan inti di sudut dan lipat membentuk segitiga dan terus melipat ikut susunan hingga ke hujung. Ada lebihan bahagian kulit sapukan dengan bancuhan tepung gandum dan kemaskan. 

3. Sedia untuk di jadikan samosa frozen atau panaskan minyak untuk menggoreng samosa. Goreng pada api perlahan dan balik-balikkan kerana kulit popia akan cepat garing. Toskan minyak dan ready to eat. 

Selamat mencuba .