Sebulan yang lepas, ana berkesempatan bersama keluarga ke Sekinchan melihat keindahan sawah padi yang terbentang luas. Waktu itu terasa begitu kerdilnya jiwa insan bila melihat setiap butir padi yang sedang menguning menanti untuk di jadi kan beras, makanan ruji rakyat Malaysia. Terfikir di benak jiwa begini lah tingginya khasiat khazanah alam ciptaan Tuhan untuk makhluknya. Selain daripada makanan ruji kita nasi, salah satu khasiat penting daripada hasil beras ini ialah beras perang. Kandungannya amat baik untuk kesihatan dalaman manusia. 


Minuman Beras Perang Mayang


Dan dengan pengetahuan ini lah , ana terpanggil untuk berkongsi bersama pembaca tersayang mengenai satu produk dari hasil beras perang yang di formulasi kan menjadi minuman yang penuh khasiat buat kita semua. Inilah yang akan ana cerita  kan tentang Minuman Beras Perang Mayang. 


Minuman Beras Perang Mayang


Menyedari akan kepentingan keseimbangan kesihatan dan juga aktiviti seharian kita semua yang padat sentiasa, Pengusaha Minuman Kopi Beras Perang telah berusaha untuk mengeluarkan dan memasarkan jenama Mayang yang mana objektifnya adalah untuk menjadi pelopor pengeluar produk minuman berasaskan beras perang. Minuman Beras Perang Mayang diedarkan tahun 2018. Diketuai seorang ibu tunggal yang cekal dan berhati waja, Zainab Binti Sidek selaku Pengarah Urusan Perang Mayang ini akan dapat diterima dan menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia. 


minuman beras perang Mayang


Untuk ana sendiri, nasi adalah keperluan harian paling tidak pun setiap hari wajib makan sekali untuk membekalkan tenaga sepanjang hari untuk menguruskan rumahtangga dan kerja hakiki. Jadi ana yakin kandungan di dalam Minuman Beras Perang ini juga banyak khasiatnya dalam membantu diet sihat seharian kita semua.  Minuman Beras Perang ini juga amat sesuai membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan. Manfaat kesihatan beras perang sebahagian besarnya disebabkan ianya adalah bijirin penuh. Serat beras perang membantu merendahkan paras kolestrol, menggerakkan sisa melalui saluran penghadaman, menggalakkan kekenyangan dan boleh membantu mencegah pembentukan gumpalan darah. 


minuman beras perang mayang


Kajian menunjukkan bahawa individu yang makan lebih banyak bijirin penuh seperti beras perang mempunyai kurang berat badan berbanding daripada mereka yang makan bijirin penuh dengan kuantiti yang sedikit. Minuman Beras Perang juga bebas gluten yang terdapat dalam kandungan bijirin lain. 

Ana sendiri telah mencuba kedua-dua jenis Minuman Beras Perang Mayang ini dan pada ana ianya sesuai di jadikan minuman sampingan pada bila-bila masa malahan ianya enak dan sangat mengenyangkan selepas di bancuh satu sachet sehari . Terdapat dua jenis Minuman Beras Perang Mayang iaitu Kopie Perang dan My Berry Drink


minuman beras perang mayang


Untuk peminat kopi tegar, korang wajib cuba Kopie Perang sebagai minuman pagi menggantikan sarapan . Ia nya mengandungi krimer bukan tenusu, minyak sayuran, serbuk kopi Brazil, serbuk kopi madu, serbuk koko, ginseng, habbatussauda dan sebagainya. Ianya kurang manis kerana menggunakan gula stevia sebagai ejen pemanisnya. Satu paket mengandungi 10 sachet 25g Minuman Beras Perang Mayang Kopie Perang ini cuma berharga RM25 sahaja. 


minuman beras perang Mayang


Untuk penggemar minuman susu pula dan ana sendiri suka akan rasanya iaitu Minuman Beras Perang Mayang My Berry Drink. Ana mengambilnya sebagai sarapan pagi dalam seminggu ini dan ianya membekalkan tenaga kerana ada kandungan beras perang . Sedap di minum sebagai minuman sejuk. Ada rasa masam dan lemak manis secukupnya. Antara kandungan My Berry Drink adalah susu tepung, krimer bukan tenusu, minyak sayuran, campuran berry, beras perang, serbuk madu, habbatussauda, serat oat dan sebagainya. Setiap pek 10 x 25g Minuman Beras Perang Mayang My Berry Drink berharga RM27.50.


minuman beras perang mayang


Produk Minuman Beras Perang jenama Mayang boleh dibeli terus melalui rakaniaga Mayang diseluruh Negara. Juga boleh terus dibeli kedai atas talian Facebook, Lazada, Shopee atau boleh hubungi terus ibu pejabat Minuman Beras Perang Mayang. 

 Jika anda berminat untuk sihat dan menambahkan pendapatan sampingan, hubungi lah ibu pejabat Minuman Beras Perang Mayang sekarang dan mereka ada menyediakan pelan perniagaan yang dapat membantu ekonomi keluarga  disamping kekal sihat setiap masa. 


Email : infomayangbp@gmail.com 

Whatsapp Link : http://www.wasap.my/60146604247/mayang 

Telegram Group : https://t.me/joinchat/AAAAAFT6URxUXAkutjUS9Q 

Instagram / Facebook : minumanberasperangmayanghq 

Hotline : + 6014 6604247 



30 Comments

  1. Selamat pagi Ana. Senanglah nak jaga kesihatan kalau ada produk begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat pagi amie, kalau serasi elok lah kan :)

      Delete
  2. Wah! tak pernah cuba minum kopi beras perang mayang ni.
    Nanti nak carilah kat Shopee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau Mrs A coffee lover kena cuba lah kan :)

      Delete
  3. Sis peminat kopi belum pernah lagi rasa kopi perang ni.. nanti nak cuba gak le, banyak khasiat yang ada tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah cuba SL order online jer senang kan :)

      Delete
  4. wahhhh...kita belum pernah cuba lagi minuman gini tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana suka My Berry Milk tu Kolin, Sedap :)

      Delete
  5. Macam berminat juga tengok review Ana ni ,boleh nanti nk cari kat shopee.

    ReplyDelete
  6. saya penggemar kopi. dulu tinggal kejap sebab diet. Tapi suami kata minum je tapi jangan letak gula. Memula tak sedap tapi hari2 dah biasa sedap pulak kopi tak de gula

    Kopi perang ni ada krimer tu. tapi saya rasa teringin nak beli. Sekali sekala ..kan? hahah..

    Nak minum hari2 tak boleh kot. lagipun harganya ermm.. hahah. Untuk 10 pek, mahal jugak la bagi saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya D sekali sekala boleh , apa pun makanan dan minuman ni kita tak boleh berlebihan kan, ada kemudaratannya nanti.

      Delete
  7. Saya pun penggemar kopi, in shaa Allah ada rezeki bolehla cuba.

    ReplyDelete
  8. Berkali baca nak confirmkan beras perang ke gula perang. hehehe

    ReplyDelete
  9. nieyl bukan pengemar kopi, selalu asben je yg suka kopi² ni tapi nieyl suka berry tu sbb warna pink hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap Nieyl kak ana pun suka berry drinks ni :)

      Delete
  10. nina bkn penggemar kopi, 1st time tahu psl produk ni walaupun dh lama di keluarkan

    ReplyDelete
  11. pertama kali rasa kopi berasaskan beras perang, minuman beri pun sama...mmg pelik tapi sedapppp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana suka berry drinks tu sally sedap anak2 pun suka :)

      Delete
  12. festime tngk beras perang jadi minoman..
    slalu tngk orang buat masak hehe.. rare..

    ReplyDelete
  13. mama ni peminat kopi tegar.. wah wajib cuba ni

    ReplyDelete