Keistimewaan Minuman Beras Perang Mayang Untuk Seisi Keluarga
Sebulan yang lepas, ana berkesempatan bersama keluarga ke Sekinchan melihat keindahan sawah padi yang terbentang luas. Waktu itu terasa begitu kerdilnya jiwa insan bila melihat setiap butir padi yang sedang menguning menanti untuk di jadi kan beras, makanan ruji rakyat Malaysia. Terfikir di benak jiwa begini lah tingginya khasiat khazanah alam ciptaan Tuhan untuk makhluknya. Selain daripada makanan ruji kita nasi, salah satu khasiat penting daripada hasil beras ini ialah beras perang. Kandungannya amat baik untuk kesihatan dalaman manusia.
Dan dengan pengetahuan ini lah , ana terpanggil untuk berkongsi bersama pembaca tersayang mengenai satu produk dari hasil beras perang yang di formulasi kan menjadi minuman yang penuh khasiat buat kita semua. Inilah yang akan ana cerita kan tentang Minuman Beras Perang Mayang.
Minuman Beras Perang Mayang
Menyedari akan kepentingan keseimbangan kesihatan dan juga aktiviti seharian kita semua yang padat sentiasa, Pengusaha Minuman Kopi Beras Perang telah berusaha untuk mengeluarkan dan memasarkan jenama Mayang yang mana objektifnya adalah untuk menjadi pelopor pengeluar produk minuman berasaskan beras perang. Minuman Beras Perang Mayang diedarkan tahun 2018. Diketuai seorang ibu tunggal yang cekal dan berhati waja, Zainab Binti Sidek selaku Pengarah Urusan Perang Mayang ini akan dapat diterima dan menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia.
Untuk ana sendiri, nasi adalah keperluan harian paling tidak pun setiap hari wajib makan sekali untuk membekalkan tenaga sepanjang hari untuk menguruskan rumahtangga dan kerja hakiki. Jadi ana yakin kandungan di dalam Minuman Beras Perang ini juga banyak khasiatnya dalam membantu diet sihat seharian kita semua. Minuman Beras Perang ini juga amat sesuai membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan. Manfaat kesihatan beras perang sebahagian besarnya disebabkan ianya adalah bijirin penuh. Serat beras perang membantu merendahkan paras kolestrol, menggerakkan sisa melalui saluran penghadaman, menggalakkan kekenyangan dan boleh membantu mencegah pembentukan gumpalan darah.
Kajian menunjukkan bahawa individu yang makan lebih banyak bijirin penuh seperti beras perang mempunyai kurang berat badan berbanding daripada mereka yang makan bijirin penuh dengan kuantiti yang sedikit. Minuman Beras Perang juga bebas gluten yang terdapat dalam kandungan bijirin lain.
Ana sendiri telah mencuba kedua-dua jenis Minuman Beras Perang Mayang ini dan pada ana ianya sesuai di jadikan minuman sampingan pada bila-bila masa malahan ianya enak dan sangat mengenyangkan selepas di bancuh satu sachet sehari . Terdapat dua jenis Minuman Beras Perang Mayang iaitu Kopie Perang dan My Berry Drink.
Untuk peminat kopi tegar, korang wajib cuba Kopie Perang sebagai minuman pagi menggantikan sarapan . Ia nya mengandungi krimer bukan tenusu, minyak sayuran, serbuk kopi Brazil, serbuk kopi madu, serbuk koko, ginseng, habbatussauda dan sebagainya. Ianya kurang manis kerana menggunakan gula stevia sebagai ejen pemanisnya. Satu paket mengandungi 10 sachet 25g Minuman Beras Perang Mayang Kopie Perang ini cuma berharga RM25 sahaja.
Untuk penggemar minuman susu pula dan ana sendiri suka akan rasanya iaitu Minuman Beras Perang Mayang My Berry Drink. Ana mengambilnya sebagai sarapan pagi dalam seminggu ini dan ianya membekalkan tenaga kerana ada kandungan beras perang . Sedap di minum sebagai minuman sejuk. Ada rasa masam dan lemak manis secukupnya. Antara kandungan My Berry Drink adalah susu tepung, krimer bukan tenusu, minyak sayuran, campuran berry, beras perang, serbuk madu, habbatussauda, serat oat dan sebagainya. Setiap pek 10 x 25g Minuman Beras Perang Mayang My Berry Drink berharga RM27.50.
Produk Minuman Beras Perang jenama Mayang boleh dibeli terus melalui rakaniaga Mayang diseluruh Negara. Juga boleh terus dibeli kedai atas talian Facebook, Lazada, Shopee atau boleh hubungi terus ibu pejabat Minuman Beras Perang Mayang.
Jika anda berminat untuk sihat dan menambahkan pendapatan sampingan, hubungi lah ibu pejabat Minuman Beras Perang Mayang sekarang dan mereka ada menyediakan pelan perniagaan yang dapat membantu ekonomi keluarga disamping kekal sihat setiap masa.
Email : infomayangbp@gmail.com
Whatsapp Link : http://www.wasap.my/60146604247/mayang
Telegram Group : https://t.me/joinchat/AAAAAFT6URxUXAkutjUS9Q
Instagram / Facebook : minumanberasperangmayanghq
Hotline : + 6014 6604247
29 Comments
Selamat pagi Ana. Senanglah nak jaga kesihatan kalau ada produk begini.
ReplyDeleteselamat pagi amie, kalau serasi elok lah kan :)
DeleteWah! tak pernah cuba minum kopi beras perang mayang ni.
ReplyDeleteNanti nak carilah kat Shopee
kalau Mrs A coffee lover kena cuba lah kan :)
DeleteSis peminat kopi belum pernah lagi rasa kopi perang ni.. nanti nak cuba gak le, banyak khasiat yang ada tu..
ReplyDeleteboleh lah cuba SL order online jer senang kan :)
Deletewahhhh...kita belum pernah cuba lagi minuman gini tau
ReplyDeletekak ana suka My Berry Milk tu Kolin, Sedap :)
DeleteMacam berminat juga tengok review Ana ni ,boleh nanti nk cari kat shopee.
ReplyDeletecarilah Saniah mana tahu serasi kan :)
Deletekena cuba ni :D
ReplyDeletecuba Syaz :)
DeleteSaya pun penggemar kopi, in shaa Allah ada rezeki bolehla cuba.
ReplyDeletenak cuba order online jer azimah naa : )
DeleteBerkali baca nak confirmkan beras perang ke gula perang. hehehe
ReplyDeleteberas AI hehe :)
Deletenieyl bukan pengemar kopi, selalu asben je yg suka kopi² ni tapi nieyl suka berry tu sbb warna pink hehehe
ReplyDeletesedap Nieyl kak ana pun suka berry drinks ni :)
DeleteNak kena cuba ni. Nampak sedap.
ReplyDeletejomss cuba CP :)
Deletenina bkn penggemar kopi, 1st time tahu psl produk ni walaupun dh lama di keluarkan
ReplyDeletehaah dah lama di pasaran kan :)
Deletepertama kali rasa kopi berasaskan beras perang, minuman beri pun sama...mmg pelik tapi sedapppp!
ReplyDeletekak ana suka berry drinks tu sally sedap anak2 pun suka :)
Deletefestime tngk beras perang jadi minoman..
ReplyDeleteslalu tngk orang buat masak hehe.. rare..
kann rare kopi ni kena cuba CT :)
Deletemama ni peminat kopi tegar.. wah wajib cuba ni
ReplyDeleteharrussss mama kena cuba ":)
DeleteYa D sekali sekala boleh , apa pun makanan dan minuman ni kita tak boleh berlebihan kan, ada kemudaratannya nanti.
ReplyDelete