Resepi cheesecake leleh
Mengidam pula nak makan cheese cake leleh . Teringat masa reunion sekolah rendah dua tahun lepas kami buat secara potluck dan ana bawa kan cheesecake leleh ni untuk kawan-kawan. Rindu sangat nak jumpa kawan-kawan, lepak-lepak gelak ketawa. Sekarang ni bukan setakad nak jumpa kawan-kawan nak ziarah mak abah di kampung pun dah terhalang. Allahu.. semoga cepat - cepatlah pendamik ini berakhir, Aamiin. Kembali kan kami kepada kehidupan yang normal. Norma baharu ini jauh dari silaturrahim sungguh. Kita terpaksa lalui sebagai satu usaha sahaja, selebihnya kebergantungan dan memohonlah kepadaNya jua.
Jom sambung kisah cheesecake leleh ana ni. Setiap kali ke bakery tak sah kalau tak perabih berpuluh ringgit. Memang seronok masuk bakery ada sahaja nak beli buat stok di rumah. Anak-anak suka mem baking. Dah ada stok di rumah depa pun mula lah cari resepi dan kadang-kadang menjadi kadang-kadang tak, tapi itulah proses pembelajaran kan. Try and error kata omputih. Ana akan terus sahaja support anak-anak ni dalam proses pembelajaran mereka sama ada ilmu akademik mahupun kehidupan. Jom ana kongsikan resepi cheesecake leleh untuk pembaca semua, semoga ada manfaatnya, In Shaa Allah.
Resepi cheesecake leleh
Bahan-bahan kek sponge:
250 g sponge mix
4 biji telur Gred A
1 sudu kecil ovalette
50ml air
50ml minyak masak
'filling' mengikut pilihan samada strawberry,blueberries dan lain-lain.
Cara-cara:
Pukul telur hingga putih gebu , lebih kurang 10 minit.
Masukkan ovalette, pukul lagi 5 minit.
Masukkan tepung sponge berselang seli dengan air,teruskan mix lagi 5 minit.
Akhir sekali masukkan minyak dan teruskan mix sehingga 10 minit.Proses mixing atau pukulan ini mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk menghasilkan kek sponge yang gebu dan lembut.
Sementara proses ini berjalan bolehlah panaskan oven terlebih dahulu.
Sapukan loyang dengan marjerin dan alaskan dengan 'baking paper' .
Bakar dalam suhu 150c sehingga masak .Lebih kurang 45-50 minit. Ini ikut saiz oven masing-masing kay, tak sama selarasan suhunya dan masa baking .
Topping cheese leleh :
1/2 peket krim cheese (1 peket tatura seberat 250g,gunakan separuh)
1/2 cawan whip cream
1/4 tin susu pekat (ana kurangkan ikut kemanisan rasa yang dikehendaki)
1/2 cawan susu segar (sekirannya ingin menambahkan kecairan topping)
- satukan semua bahan diatas dan 'mix' seketika hingga gebu dan sebati (lebih kurang 3 minit)
- tuang ke atas kek yang telah diisi 'filling'nya.Parutkan cheddar cheese ke atas lapisan 'topping' sebagai hiasan atau untuk menambahkan lagi rasa cheesenya.
Terhidanglah cheesecake leleh versi anajingga. Memang sedap moist dan mewah dengan limpahan cheese di toppingnya. Al maklumlah home baked kita buh lah ikut selera masing-masing kan. Kalau beli di bakery selalu nya sponge mix tu dalam 500g jadi boleh dapat dua biji kek untuk bahan adunannya. Cream cheese pun guna separuh sahaja kan. Selamat mencuba naa. Buat makan petang untuk anak-anak mesti seronok sambil kita menjalani pkpb ni. Nak tonton secara visual boleh je di youtube bawah ni lagi mudah kan :)
13 Comments
Saya pun mengidam nak makan itu ini di musim PKPB ni. Setakat ini belum mengidam cheesecake leleh lagi. jamu mata dulu di sini. Memang sedap sangat tengok tu!
ReplyDeleteAmie tengah diet kan hehe :)
Deleteamboi dia punya meleleh tu..ngan kita2 meleleh air liur. hehe..AR singgah follow Ana ye
ReplyDeletehaha tak yah leleh sangat AR kak ana dah bagi resepi ajak anak2 buat naa :)
Deletememang meleleh air lio nenguknya
ReplyDeletejangan wak kempunan lak nanti hehe :)
DeleteKalau tengokkan tutorial,kiki..kat sini takdelah susah pun kan, cuma antara rajin ngn tak aje.
ReplyDeleteCumanya oven saya pun dah hancuss..nak buat pun nak bako dalam apa😅
hehe senang je Azie, kena beli oven baharu dulu le nampaknya ye :)
Deletesedapnya cheesecake sesekali rasa juga
ReplyDeleteya PI sesekali boleh lah selalu jangan :)
DeleteYummilicious meleleh air liur.
ReplyDeletehehe habis lah meleleh leleh TK :)
Deleteini antara kelemahan jiwa ni.. bukan boleh tngk toping atas banyak2 cemntu hahaha.. tergoda..
ReplyDelete