Mengidam pula nak makan cheese cake leleh . Teringat masa reunion sekolah rendah dua tahun lepas kami buat secara potluck dan ana bawa kan cheesecake leleh ni untuk kawan-kawan. Rindu sangat nak jumpa kawan-kawan, lepak-lepak gelak ketawa. Sekarang ni bukan setakad nak jumpa kawan-kawan nak ziarah mak abah di kampung pun dah terhalang. Allahu.. semoga cepat - cepatlah pendamik ini berakhir, Aamiin. Kembali kan kami kepada kehidupan yang normal. Norma baharu ini jauh dari silaturrahim sungguh. Kita terpaksa lalui sebagai satu usaha sahaja, selebihnya kebergantungan dan memohonlah kepadaNya jua.


resepi cheesecake leleh

 

Jom sambung kisah cheesecake leleh ana ni. Setiap kali ke bakery tak sah kalau tak perabih berpuluh ringgit. Memang seronok masuk bakery ada sahaja nak beli buat stok di rumah. Anak-anak suka mem baking. Dah ada stok di rumah depa pun mula lah cari resepi dan kadang-kadang menjadi kadang-kadang tak, tapi itulah proses pembelajaran kan. Try and error kata omputih. Ana akan terus sahaja support anak-anak ni dalam proses pembelajaran mereka sama ada ilmu akademik mahupun kehidupan. Jom ana kongsikan resepi cheesecake leleh untuk pembaca semua, semoga ada manfaatnya, In Shaa Allah. 

Resepi cheesecake leleh

Resepi cheesecake leleh ni kita kena bahagi kepada dua bahagian, pertama siapkan sponge kek nya terlebih dahulu dan kemudian baharu lah buat topping nya. Proses nya mudah sahaja cuma ambil masa untuk memukul adunan sponge kek ni untuk mendapatkan hasil kek yang cantik, naik tinggi gebu geban gitu. Jom kita tengok bahan-bahannya: 



resepi cheesecake leleh


Bahan-bahan kek sponge: 

250 g sponge mix 

4 biji telur Gred A

1 sudu kecil ovalette

50ml air

50ml minyak masak

'filling' mengikut pilihan samada strawberry,blueberries dan lain-lain.


resepi cheesecake leleh

Cara-cara:

Pukul telur hingga putih gebu , lebih kurang 10 minit.

Masukkan ovalette, pukul lagi 5 minit.

Masukkan tepung sponge berselang seli dengan air,teruskan mix lagi 5 minit.

Akhir sekali masukkan minyak dan teruskan mix sehingga 10 minit.Proses mixing atau pukulan ini mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk menghasilkan kek sponge yang gebu dan lembut.

Sementara proses ini berjalan bolehlah panaskan oven terlebih dahulu.

Sapukan loyang dengan marjerin dan alaskan  dengan 'baking paper' .

Bakar dalam suhu 150c sehingga masak .Lebih kurang 45-50 minit. Ini ikut saiz oven masing-masing kay, tak sama selarasan suhunya dan masa baking . 


topping cheesecake leleh


Topping cheese leleh :

1/2 peket krim cheese (1 peket tatura seberat 250g,gunakan separuh)

1/2 cawan whip cream

1/4 tin susu pekat (ana kurangkan ikut kemanisan rasa yang dikehendaki)

1/2 cawan susu segar (sekirannya ingin menambahkan kecairan topping)

- satukan semua bahan diatas dan 'mix' seketika hingga gebu dan sebati (lebih kurang 3 minit)


cheesecake leleh

- tuang ke atas kek yang  telah diisi 'filling'nya.Parutkan cheddar cheese ke atas lapisan 'topping' sebagai hiasan atau untuk menambahkan lagi rasa cheesenya. 

Terhidanglah cheesecake leleh versi anajingga. Memang sedap moist dan mewah dengan limpahan cheese di toppingnya. Al maklumlah home baked kita buh lah ikut selera masing-masing kan. Kalau beli di bakery selalu nya sponge mix tu dalam 500g jadi boleh dapat dua biji kek untuk bahan adunannya. Cream cheese pun guna separuh sahaja kan. Selamat mencuba naa. Buat makan petang untuk anak-anak mesti seronok sambil kita menjalani pkpb ni. Nak tonton secara visual boleh je di youtube bawah ni lagi mudah kan :) 
















13 Comments

  1. Saya pun mengidam nak makan itu ini di musim PKPB ni. Setakat ini belum mengidam cheesecake leleh lagi. jamu mata dulu di sini. Memang sedap sangat tengok tu!

    ReplyDelete
  2. amboi dia punya meleleh tu..ngan kita2 meleleh air liur. hehe..AR singgah follow Ana ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak yah leleh sangat AR kak ana dah bagi resepi ajak anak2 buat naa :)

      Delete
  3. Kalau tengokkan tutorial,kiki..kat sini takdelah susah pun kan, cuma antara rajin ngn tak aje.
    Cumanya oven saya pun dah hancuss..nak buat pun nak bako dalam apa😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe senang je Azie, kena beli oven baharu dulu le nampaknya ye :)

      Delete
  4. sedapnya cheesecake sesekali rasa juga

    ReplyDelete
  5. ini antara kelemahan jiwa ni.. bukan boleh tngk toping atas banyak2 cemntu hahaha.. tergoda..

    ReplyDelete