Lama dah Adik nak sangat buat Vietnamese spring roll ni, cuma ana belum dapatkan rice paper nya lagi. Jenuh juga lah mencari di Tesco dan Aeon, tak jumpa pula. Ramai yang kata cari rice paper ni di ruang mihun dan pasta. Sampai sudah tak jumpa juga. Kat NSK pun pernah cari kat area mihun dan pasta pun tak dapat. Tengok kat online ada lah jual, malas lah pula nak bayar postage bagai sebab bukannya urgent sangat pun kan. Last-last jumpa juga kat NSK selepas bertanya pada staff nya, rupanya ia duduk kat area tepung-tepung dan papadom sana. Ermm.. salah info ler kiranya. 

Dah dapat rice paper Vietnamese spring roll ni kan main suka Adik. Ana belikan sekali bahan-bahan mentahnya. Malam tu bergulung-gulung lah depa dua beradik menyiapkan Vietnamese spring roll. Dah siap buat pula sos nya. Sedap ke tidak Vietnamese spring roll yang viral sana sini ni ? Pada ana rasanya tawar sahaja kerana spring roll tu di buat daripada beras, inti pula sayur dan udang atau crab stick yang di celur. Cuma sedap bila adanya dipping sauce tu. Kesimpulannya sos kena sedap baharu lah dapat menikmati Vietnamese spring roll dengan enak. Jom ana kongsikan resepi dan cara kami buat Vietnamese spring roll. 


Resepi dan cara buat Vietnamese Spring Roll

Resepi dan cara buat Vietnamese Spring Roll

Bahan-bahan Vietnamese spring roll 


Bahan utamanya mestilah kena ada rice paper. Inilah rupa rice paper Vietnamese spring roll. Ia datang dalam pek kering macam ni dan carilah yang dengan logo Halal Vietnam, lebih selamat kan, In Shaa Allah. 


rice paper Vietnamese spring roll

Bahan inti Vietnamese spring roll

Udang - bersih , buang kulit sepenuhnya, celur dalam air panas dan toskan. 

Crab stick - celur dalam air panas dan keluarkan lah dari plastiknya. 

Salad

Timun - potong panjang-panjang

Lobak - potong nipis dan panjang 

Suhun atau mihun sebagai basenya - celur dengan air panas seketika dan toskan 

Daun ketumbar jika suka boleh masuk sebagai inti 

Cara lipat Vietnamese spring roll 


Cara lipat Vietnamese spring roll korang boleh tonton dalam video di bawah . Mula-mula sedia kan semangkuk air untuk merendamkan rice paper. Bila basah rice paper akan jadi lembut dan mudah terkoyak jadi hati-hati naa. Basahkan juga pinggan untuk meletakkan rice paper supaya ia tidak melekat.  Isikan inti sayuran dan udang serta lipat seperti di dalam video dan buatlah sehingga habis bahan. 


Resepi dan cara buat sos Vietnamese spring roll 

Dah siap boleh lah sediakan sos nya pula . 

Minyak masak untuk menumis 
Cili api - hiris halus
Bawang putih - cincang halus 
Sos Thai 
Sos ikan 
Garam 
Gula
Jus limau 
Hirisan duan ketumbar 

- Tumiskan bawang putih dan cili api.
- Masukkan sos Thai dan sos ikan.
- Masukkan air sedikit.
- Adjust kan rasa garam dan gulanya.
- Masukkan daun ketumbar dan perahkan jus limau. 

Sejukkan sos dan hidangkan bersama Vietnamese spring roll tadi. Vietnamese spring roll di makan dengan dipping sosnya. Selamat mencuba naa :) 


18 Comments

  1. wuhuuu!! bolehlah try. dari haritu lagi asik teringin nak makan VS ni tapi asal nak beli je susah nak dapat parking. since dah jumpa resipi nya minta halal ye.

    ReplyDelete
  2. Tulah, saya pun tingin nak rasa vs ni, cuma tak tau nak cari kulit vs kat mana, gi NSK..oh tidakkk..tak suka NSK

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ke nsk beli barang kering je Azi sebab harga jauh lebih murah, kalau lauk-lauk daging, ayam, ikan memang tak beli di pasaraya :)

      Delete
  3. asa spring roll tepung beras ta mcm2 cara makanan dibega org la ni ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah PI macam-macam menu sekarang ni kan :)

      Delete
  4. sedap nii. tak jemu kalau makan

    ReplyDelete
  5. tak pernah rasa lagi. nice sharing :)

    ReplyDelete
  6. setakat ni pernah cuba makan yang beli kt orang je..
    tak penah cuba buat sendiri..

    ReplyDelete
  7. Tak pernah rasa lagi vietnamese ni, Teringin nak buat sendiri... nampak sedap..

    ReplyDelete