Tuai salad di laman untuk menu segar
Alhamdulillah, benih salad yang ana tanam di dalam pasu belakang rumah dah boleh di petik hasilnya. Walaupun belum kembang sepenuhnya kerana ada pokok yang dah besar dan ada yang masih kecil. Mana yang dah di alih ke ruang yang lebih luas tu dah membesar dengan jayanya dan mana yang masih berhimpit tu masih kecil-kecil lagi. Silap ana juga masa tabur biji benih tu banyak sangat sebab tak sangka semua biji benih menjadi. Bila dah tumbuh ia jadi banyak dan rapat-rapat. Penyelesaian nya mana yang lebih besar ana alih ke pasu lain dan jarakkan. Jadi yang besar tu dah boleh lah di tuai sementara yang kecil tunggu turn , In Shaa Allah.

Cara tanam pokok salad
Mudah sangat rupanya nak tanam salad ni, ana beli biji benih dari kedai Eco sepeket. Ada banyak biji benih halus dalamnya. Sedia kan medium tanah dan campuran tanah bakar dan tabur kan sahaja biji benih. Ana gunakan pasu panjang dan tersilap bila tabur separuh dari biji benih yang mana ia tumbuh banyak dan rapat-rapat. Masih ada baki lagi , selepas beri pada mak masa mak datang sini sebelum pkpb dan lepas ni akan tabur terus jarak-jarakkan.
Pokok salad ni tak boleh kena direct sunlight sebab tak tahan panas ia akan layu. Ana letakkan di ruang berbumbung di belakang rumah dan wajib siram dengan menjirus bukan sembur direct dari getah paip kerana ia rapuh dan mudah patah. Kalau cuaca panas siram dua kali sehari, kalau redup sekali pun dah cukup pastikan tanahnya sentiasa lembab.
Setakad hari ini ana cuma taburkan baja dari Speedmart tu sahaja, itu pun baru sekali dalam masa sebulan lebih ni. Jadi tak perlu sangat pada baja rasanya kerana ia tetap naik subur setiap pokok. Alhamdulillah.
Hasil salad tanamana sendiri dah pun kami nikmati. Adik Ika suka makan salad jadi pagi tu dia petik sendiri dari pasu dan jadikannya garden salad, bersama tomato cerry dan telur. Dressing kan dengan thousand island, taburkan italian herbs.. Masyaa Allah segar nya krup krup rangup salad dan manis bila di makan.
Dan malam tadi depa dua beradik pakat buat vietnamese spring rolls pula dengan daun salad dari pokok sendiri. Alhamdulillah sekali lagi rasa syukur dan seronok sangat bila dah ada pokok salad sendiri, senang bila nak guna petik-petik sahaja.
Jadi bagi yang suka nak bertanam, boleh lah cuba tanam pokok salad kerana ia mudah sangat nampaknya nak hidup dan tidak memerlukan ruang yang banyak. Cuma tu laah, pastikan jarak naa masa menyemai supaya ia akan membesar dengan cepat dan tak perlu bersaing sesama sendiri. Kali kedua nanti, in shaa allah ana akan semai lagi tapi kali ni dengan sosial distancing gituew.
27 Comments
Saya dok tengah berkira2 juga nak tanam sayur2 pula sambil dok berkira2 camane buatkan space sbb dah byk sangat pokok bunga.
ReplyDeleteWow, sedapnya tengok spring roll vietnam tu, sampai terasa kerangupannya tuh, haha
bagi space sikit Azi boleh tu selit-selit kan celah pasu bunga tu hehe :)
DeleteFresh ni Kak Ana. Sedapnya buat ulam.
ReplyDeletehaha fresh PC alhamdulillah kak ana buat juga ulam cicah sambal
Deletemenariknya, AJ. salad ni pun satu impian aida ni. now sedang tunggu beberapa biji benih sayur menjadi. kacang panjang renek, sawi, bayam merah,... ada beberapa lagi biji benih aida beli dari individu di fb, satu pun tak menjadik benihnya. ni kali kedua aida cuba, AJ. langsung tak bercambah! elok plak benih beli kat ninso, ada juga bercambah :(
ReplyDeleteye aida kadang-kadang ada benih yang dah tak elok juga mungkin dah lama sangat kut, kak ana pernah terkena masa beli benih kucai 3 kali semai tak menjadi
DeleteSeronoknya dapat tuai hasil. Berbudi kepada tanah, dapat pulangan lumayan. Segar dan halalan toyyiban! Vietnamese spring roll itu sangat menggoda!
ReplyDeletehehe amie zoom ke vietnamese roll ye nanti buat naa :)
Deleteahah dah tanam jugak tapi silap percaturan hari tu. Hahha... kena hujan... sudahnya dua pokok je dapat diselamatkan.Sadis betul
ReplyDeletedia lembut dan rapuh kan anie, tak boleh jirus atau kena air hujan lebat habis ranap , tanam lagi naa dongibab :)
Deleteseronok tu tuai hasil tanaman
ReplyDeletealhamdulillah mama :)
Deletesaya nak try juga tanam salad tapi tersalah beli biji benih aritu..hehe ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeletehaha TS beli benih apa tu, nanti beli semula naa :)
Deletehaa tanam D , senang je cuba kay seronok bila ada senang petik segar terus guna dalam menu harian D :)
ReplyDeleteBestnya mkn dgn thousand island tu..tanam sendiri lebih selamat dijamin bebas dri racun serangga
ReplyDeleteitu lah cikgu segar petik terus makan alhamdulillah
DeleteSedapnya VSRoll tu.. terasa2 kat lidah ni ha.. hehe
ReplyDeletebuat jer Syaz senang kak ana dah try dah hehe :)
Deletesedapnya....
ReplyDeletesegar dari ladang
Deleteseronoknya...puas hati bila dapat tuai hasilnya kan...
ReplyDeletedoakan moga nieyl ade kerajinan mcm akk juga hehehe
aamiin Nieyl boleh tu :)
Deletebestnya kak... subur semuanya...
ReplyDeleteedy aritu tanam pak choy tapi kene dengki bekas tanah tu kene berak kucing... tak tau kucing mana lahai hahahha...
kene semai balik la jawabnya
hehe letak tinggi sikit Dana tanaman tu tak lah jadi public toilet budak2 bulus hehe :)
Deletebestnya makan makanan dari laman sendiri kan.. segar sgt
ReplyDeletealhamdulillah mama merasa dah makan hasilnya :)
Delete