Alhamdulillah, benih salad yang ana tanam di dalam pasu belakang rumah dah boleh di petik hasilnya. Walaupun belum kembang sepenuhnya kerana ada pokok yang dah besar dan ada yang masih kecil. Mana yang dah di alih ke ruang yang lebih luas tu dah membesar dengan jayanya dan mana yang masih berhimpit tu masih kecil-kecil lagi. Silap ana juga masa tabur biji benih tu banyak sangat sebab tak sangka semua biji benih menjadi. Bila dah tumbuh ia jadi banyak dan rapat-rapat. Penyelesaian nya mana yang lebih besar ana alih ke pasu lain dan jarakkan. Jadi yang besar tu dah boleh lah di tuai sementara yang kecil tunggu turn , In Shaa Allah. 


tanam salad


Cara tanam pokok salad 

Mudah sangat rupanya nak tanam salad ni, ana beli biji benih dari kedai Eco sepeket. Ada banyak biji benih halus dalamnya. Sedia kan medium tanah dan campuran tanah bakar dan tabur kan sahaja biji benih. Ana gunakan pasu panjang dan tersilap bila tabur separuh dari biji benih yang mana ia tumbuh banyak dan rapat-rapat. Masih ada baki lagi , selepas beri pada mak masa mak datang sini sebelum pkpb dan lepas ni akan tabur terus jarak-jarakkan. 

Pokok salad ni tak boleh kena direct sunlight sebab tak tahan panas ia akan layu. Ana letakkan di ruang berbumbung di belakang rumah dan wajib siram dengan menjirus bukan sembur direct dari getah paip kerana ia rapuh dan mudah patah. Kalau cuaca panas siram dua kali sehari, kalau redup sekali pun dah cukup pastikan tanahnya sentiasa lembab. 

Setakad hari ini ana cuma taburkan baja dari Speedmart tu sahaja, itu pun baru sekali dalam masa sebulan lebih ni. Jadi tak perlu sangat pada baja rasanya kerana ia tetap naik subur setiap pokok. Alhamdulillah. 


garden salad

Hasil salad tanamana sendiri dah pun kami nikmati. Adik Ika suka makan salad jadi pagi tu dia petik sendiri dari pasu dan jadikannya garden salad, bersama tomato cerry dan telur. Dressing kan dengan thousand island, taburkan italian herbs.. Masyaa Allah segar nya krup krup rangup salad dan manis bila di makan. 


vietnamese spring roll


Dan malam tadi depa dua beradik pakat buat vietnamese spring rolls pula dengan daun salad dari pokok sendiri. Alhamdulillah sekali lagi rasa syukur dan seronok sangat bila dah ada pokok salad sendiri, senang bila nak guna petik-petik sahaja. 

Jadi bagi yang suka nak bertanam, boleh lah cuba tanam pokok salad kerana ia mudah sangat nampaknya nak hidup dan tidak memerlukan ruang yang banyak. Cuma tu laah, pastikan jarak naa masa menyemai supaya ia akan membesar dengan cepat dan tak perlu bersaing sesama sendiri. Kali kedua nanti, in shaa allah ana akan semai lagi tapi kali ni dengan sosial distancing gituew. 



28 Comments

  1. Senang jela nak tanam nya. Tak terfikir pulak nak tanam pokok salad walaupun hari2 memang guna daun salad ni. Nanti saya pun nak beli la benih nya tu. Kawasan rumah saya ni memang redup. sesuai la nak tanam. Lagi2 sekarang ni hujan setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa tanam D , senang je cuba kay seronok bila ada senang petik segar terus guna dalam menu harian D :)

      Delete
  2. Saya dok tengah berkira2 juga nak tanam sayur2 pula sambil dok berkira2 camane buatkan space sbb dah byk sangat pokok bunga.
    Wow, sedapnya tengok spring roll vietnam tu, sampai terasa kerangupannya tuh, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi space sikit Azi boleh tu selit-selit kan celah pasu bunga tu hehe :)

      Delete
  3. Fresh ni Kak Ana. Sedapnya buat ulam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha fresh PC alhamdulillah kak ana buat juga ulam cicah sambal

      Delete
  4. menariknya, AJ. salad ni pun satu impian aida ni. now sedang tunggu beberapa biji benih sayur menjadi. kacang panjang renek, sawi, bayam merah,... ada beberapa lagi biji benih aida beli dari individu di fb, satu pun tak menjadik benihnya. ni kali kedua aida cuba, AJ. langsung tak bercambah! elok plak benih beli kat ninso, ada juga bercambah :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye aida kadang-kadang ada benih yang dah tak elok juga mungkin dah lama sangat kut, kak ana pernah terkena masa beli benih kucai 3 kali semai tak menjadi

      Delete
  5. Seronoknya dapat tuai hasil. Berbudi kepada tanah, dapat pulangan lumayan. Segar dan halalan toyyiban! Vietnamese spring roll itu sangat menggoda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe amie zoom ke vietnamese roll ye nanti buat naa :)

      Delete
  6. ahah dah tanam jugak tapi silap percaturan hari tu. Hahha... kena hujan... sudahnya dua pokok je dapat diselamatkan.Sadis betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia lembut dan rapuh kan anie, tak boleh jirus atau kena air hujan lebat habis ranap , tanam lagi naa dongibab :)

      Delete
  7. saya nak try juga tanam salad tapi tersalah beli biji benih aritu..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha TS beli benih apa tu, nanti beli semula naa :)

      Delete
  8. Bestnya mkn dgn thousand island tu..tanam sendiri lebih selamat dijamin bebas dri racun serangga

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah cikgu segar petik terus makan alhamdulillah

      Delete
  9. Sedapnya VSRoll tu.. terasa2 kat lidah ni ha.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat jer Syaz senang kak ana dah try dah hehe :)

      Delete
  10. seronoknya...puas hati bila dapat tuai hasilnya kan...
    doakan moga nieyl ade kerajinan mcm akk juga hehehe

    ReplyDelete
  11. bestnya kak... subur semuanya...
    edy aritu tanam pak choy tapi kene dengki bekas tanah tu kene berak kucing... tak tau kucing mana lahai hahahha...

    kene semai balik la jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe letak tinggi sikit Dana tanaman tu tak lah jadi public toilet budak2 bulus hehe :)

      Delete
  12. bestnya makan makanan dari laman sendiri kan.. segar sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah mama merasa dah makan hasilnya :)

      Delete