Ana sekeluarga memang peminat menu patin tempoyak. Sampai ke Temerloh kami dah Jalan Jalan Cari Makan mencari citarasa asli patin tempoyak Temerloh yang original. Kalau peminat patin ni kita dah boleh tahu dari rupa paras masakan tu sedap atau tidaknya. Kepekatan kuah masakan tempoyak tu pun dah boleh agak ia sedap atau tak. Kalau ikan patin nya pun ada banyak jenis. Suami memang tak nak beli kalau ikan patin di jual di pasaraya, selalu kalau kami nak makan patin akan cari dari kedai orang kita sama ada di pasar atau kedai Acheh kat kawasan kediaman ana ni pun tokehnya ambil patin dari penternakan orang kita. Memang tak berbau dan rasa isi pun sedap. 

Kalau nak makan kat luar pun kena tengok dulu cara masakan kuahnya dah boleh agak sedap atau tak. Kalau balik ke kampung mertua di Kuala Lipis, kami suka singgah makan ikan patin tempoyak ni di Raub. Kedai orang kita sedap masakan tempoyaknya dan isi ikan pun segar. Cuma tips nak makan patin tempoyak di luar ni kena tanya harga lah dahulu, takut juga kalau tercekik pula masa nak bayar nanti. Patin ni ada beberapa jenis, kalau yang murah tu selalunya jenis ternak dalam kolam, macam-macam isu juga yang kita kena fikirkan. Kalau yang agak mahal tu selalunya patin ternak dalam sangkar sungai. Kalau patin liar tak yah cerita lah memang tak mampu nak makan pun harganya. 


Patin tempoyak Temerloh frozen 


Patin tempoyak Temerloh frozen


Baru-baru ni jiran ana, Ida ada beri sebekas patin tempoyak frozen. Pertama kali nak makan patin tempoyak frozen ni. Adik iparnya yang jual. Simpan dalam freezer dahulu dua tiga hari dulu, tunggu suami cuti baru ana nak masakkan. Bila ana keluarkan dari dalam freezer, ada dua bahagian berasingan. Bahagian ikan yang dah di potong-potong dan nampak macam dan separuh masak sebab di saluti kuah pekat yang melekat pada ikan. Dalam seekor juga rasanya keratan ikan patin. Ada kepala, bahagian tengah dan ekor. 


Patin tempoyak Temerloh frozen

Satu pek lagi adalah pes masakan tempoyak siap di masak. Kalau ikut arahan di bekas tu kita cuma perlu masukkan air dan masakkan semula bersama pes dan ikan patin tadi. Ana masukkan dalam 2 cawan air sebab tak nak jadi cair sangat tak sedap pula nanti masakan tempoyak nya. Kacau-kacau sebatikan dengan pes dan masukkan ikan. Masak hingga mendidih. Lupa pula keluarkan awal-awal dahulu dari freezer sebelum memasak naa. 

Dari segi rasa, Alhamdulillah memang sedap, cukup pekat, ada daun kesum dan ada rasa tempoyaknya. Tak terlalu pedas secukup rasa semuanya. Isi ikan patin pun sedap tak berbau dan memang sama seperti yang kami selalu makan di kedai-kedai patin tempoyak di Temerloh sana. Harga sebekas ni kata Ida cuma RM30 sahaja. Berbaloi lah untuk seekor ikan patin yang dah siap bahan pes tempoyak. Kalau makan di kedai pun bahagian ekor atau kepala sahaja dah cecah harga RM15 ke RM16 kan. Ini dapat seekor ikan patin cuma perlu panaskan masakannya sahaja. 

In shaa Allah ada rezeki ana nak kirim order lagi dengan adik ipar Ida, Murni. Terima kasih sangat belanja kami makan menu kegemaran ni. Kalau korang teringin nak cuba , cari lah kat Instagram SuperB Patin atau ada nombor whatsapp kat gambar di atas tu. Cuba lah tanya kut-kut dia boleh COD ke kawasan korang kan. Kami kalau makan patin tempoyak ni, suka makan lauk dia sahaja bersama nasi putih dan juga ulam. Tak nak campur lauk lain, nanti kurang nikmat ye tak 😍😍 . 

10 Comments

  1. Mudah sangat ni kan Kak Ana. Rasanya ni pertama kali PC dengar ikan patin tempoyak frozen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah PC sekarang ni kalau yang di kedai2 makan pun depa jual dari yang frozen macam ni juga rasanya melainkan kedai nasi campur atau di temerloh sendiri masak ori :)

      Delete
  2. dh ada frozen mudah nk makan.. bagus la

    ReplyDelete
  3. ana pun penggemar patin masak tempoyak. boleh tgk IG super B fatin tu lah nanti.

    ReplyDelete
  4. Layan ni kak, peberet nih pastu pais patin pun sedap... kwn opis dana mak dua ada bukak kedai patin kt temerloh kalau dia blik kg mmg dia amik oder la... xpnh mengecewakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hat tu original temerloh memang paduu tu Dana :)

      Delete
  5. Mudahlah
    tak payah pegi tererloh nak makan patin tempoyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jimat wak dapat makan ikan patin ori temerloh mudah laa ni kan :)

      Delete