Apa yang terbaharu dari Cosmoderm? Yezzaaa!!! Inilah dia yang dinanti-nantikan oleh pengguna setia rangkaian penjagaan wajah dan badan Cosmoderm. Hari ini, 27hb Januari 2021.. Cosmoderm melancarkan produk penjagaan muka Skin Lab Perfect Balanced. Bukan itu sahaja, Cosmoderm sendiri berwajah baru sempena tahun 2021 ni kepada warna pink. Pink pastinya warna kesukaan ramai , merealisasikan impian setiap insan yang inginkan kulit wajah yang bersih dan berseri sepanjang hari. Pink itu cantik dan sentiasa melambangkan kelembutan dan kedamaian pada jiwa yang memandangnya. Inilah dia yang terbaharu dari COSMODERM khas untuk semua penggunanya di luar sana. 


Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced

Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced


Cosmoderm Perfect Balanced diformulasikan dengan kandungan kombinasi  PREBIOTICS dan CALAMINE . Jika sebelum ini kita biasa mendengar perkataan Prebiotics dalam penjagaan sistem penghadaman tubuh , kali ini ia juga di yakini baik untuk perawatan kulit wajah dari dalam. Formulasi Prebiotics mengimbangi kondusi kulit wajah kita dalam rawatan rutin penjagaan kulit.

Calamine yang ana kenal sebelum ini sekadar untuk merawat masalah kegatalan tubuh badan, rupanya sifat antiseptik dari kandungan zink oksida dan ferik oksida dapat mengecutkan rengsaan pada kulit wajah juga akibat terdedah kepada cahaya matahari dan sebagainya. Inilah kombinasi antara PREBIOTICS dan CALAMINE sebagai produk skincare terbaru dari Cosmoderm yang diberi nama Skin Lab Perfect Balanced.Yang mana ia akan menseimbangkan kondisi wajah agar sihat dan cantik dari dalaman.


Cosmoderm Perfect Balanced

Dengan 4 langkah mudah Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced menampilkan :

1. Foaming Cleanser
2. Toning Lotion
3. Soothing Wow Cream
4. SunMilk SPF 25 PA ++

Jom kita tengok satu persatu apakah keistimewaan yang ada pada produk Cosmoderm Perfect Balanced baharu ini. 

COSMODERM PERFECT BALANCED FOAMING CLEANSER


COSMODERM PERFECT BALANCED FOAMING CLEANSER


Rutin penjagaan wajah harian pastilah memerlukan pencuci atau pembersih wajah. COSMODERM PERFECT BALANCED FOAMING CLEANSER sesuai digunakan sebagai pembersih buih wajah di waktu pagi dan malam sebelum tidur kerana ia membersih secara ' deep cleansing ' menghilangkan kotoran seperti kulit berminyak secara tidak langsung dapat menseimbangkan kombinasi kulit untuk mengurangkan dan merawat jerawat di wajah. Bila kulit wajah kita seimbang kelembapan dan kekeringan dapat mengelakkan dari terkena iritasi pada wajah apatah lagi adanya formulasi Calamine di dalam COSMODERM PERFECT BALANCED Foaming Cleanser ini. 


COSMODERM PERFECT BALANCED TONING LOTION


COSMODERM PERFECT BALANCED TONING LOTION
COSMODERM PERFECT BALANCED TONING LOTION


Langkah kedua selepas membersih wajah pastilah penggunaan penyegar wajah atau toner. Inilah dia Cosmoderm Perfect Balance Toning Lotion yang menseimbangkan kelembapan PH kulit wajah harian kita. Selepas mencuci wajah, pemakaian toner dapat meresap ke liang kulit dan membuang sel-sel kulit mati serta membantu hydrating .Bila dah bersih dan segar mudah lah untuk kita merawat dalaman kulit wajah dengan sebaiknya. 

COSMODERM PERFECT BALANCED SOOTHING WOW CREAM



COSMODERM PERFECT BALANCED SOOTHING WOW CREAM 


Bagi mereka yang mempunyai masalah kekeringan wajah sehingga mengalami iritasi keradangan boleh lah menggunakan Cosmoderm Perfect Balanced Soothing Wow Cream. Kandungan formulasi Prebiotic dan Calamine di dalam Cosmoderm Perfect Balanced Soothing WOW Cream mampu merawat dan memberikan keselesaan pada kulit wajah. Ia melegakan, melembapkan dan mengurangkan keradangan. In shaa Allah dengan penggunaan yang konsisten. 

COSMODERM PERFECT SUN MILK SPF25 PA++


COSMODERM PERFECT SUN MILK SPF25 PA++
COSMODERM PERFECT SUN MILK SPF25 PA++


Bagi mereka yang sentiasa berada di luar dan wajah terdedah pada pancaran matahari, amatlah perlu menggunakan losyen dengan kandungan SPF . Oleh itu Cosmoderm Perfect Balanced Sun Milk SPF25 PA ++ adalah pilihan yang tepat. Losyen dalam tekstur krim susu ini menyerap ke dalam liang wajah dan bertindak menghalang sinaran UVA, UVB sambil melindungi kulit wajah dari iritasi seperti kemerahan . Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan risiko jerawat dan jeragat sambil mencerahkan wajah dari terkena sunburn. Tak lah kulit terbakar ye tak. 

Menarik kan rangkaian penjagaan wajah dengan Cosmoderm Perfect Balanced ini. Jadi bagi mereka yang memerlukan penjagaan kulit wajah yang agak sensitif serta mengalami radang dan iritasi wajah, boleh lah mencuba sendiri Cosmoderm Perfect Balanced dengan 4 langkah mudah. Kesemua produk Cosmoderm boleh di beli di farmasi WATSONS berhampiran atau pun secara online di SHOPEE . Untuk keterangan lanjut bolehlah layari ke https://www.cosmoderm.com.my/


12 Comments

  1. Replies
    1. kann Cik Pya cumel je packaging baharu Cosmoderm kali ni :)

      Delete
  2. Terpikat dengan warnanya tu...macam peach macam pink juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarikkan packaging baharu dari Cosmoderm kali ini :)

      Delete
  3. Best cosmoderm new range ni...gabungan prebiotik & calamine yg bagus & sesuai untuk semua type kulit

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengguna Cosmoderm kini dah ada variant baharu kan acik :)

      Delete
  4. besa dengar calamine ni time kena chicken pox je...huhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah Sha kali ni di formulasi kan dalam merawat kulit wajah, menarik kan :)

      Delete
  5. alamak color dia pink + peach tu menawannyaaaaaa kak AJ oi :P

    ReplyDelete