Kami pii sini sebelum PKP 2.0 yang lalu. Dah lama suami ajak try menu-menu di Malaya Grill ni bila nampak ramai yang post di FB kawan-kawan. Suami dan anak-anak ana peminat kambing, ana jer yang tak berapa suka tapi kalau ada tu makan lah juga. Kami ke sini berpandukan waze,tapi waze pii bawa ke lokasi kedai lama Malaya Grill. Nasib baik masa lalu tadi dah nampak restorannya, cuma berada di seberang jalan, tak jauh sangat dari lokasi yang di hantar encik waze. 


malaya grill sungai buloh

Malaya Grill terletak di Pusat Komersil TSB, Sungai Buloh. Restorannya di bahagian corner lot jadi dapatlah tempat makan di bahagian luar restoran dan ada penjarakkan sosial di antara meja makan disini. Alhamdulillah. Sebagai ikhtiar kita, perlu mencari venue tempat makan yang di rasakan selesa dan selamat seperti elakkan berada di tempat sesak dan tertutup ye dak. Bila dah usaha ke arah itu, selebihnya berdoa dan bertawakallah kita kepada Allah swt, semoga di jauhkan dari segala musibah dan keburukan dari dunia hingga akhirat, aamiin.


Nasi arab Malaya Grill Sungai Buloh 


nasi arab kambing malaya grill sungai buloh


Okay bila korang maii makan di Malaya Grill ni, korang akan di bawa ke meja dan di berikan menu. Korang tulislah menu di kertas yang di sediakan kemudian pii ke kaunter buat pesanan dan bayaran dahulu. Nanti depa maii hantar menu yang dipesan. Ana cerita ni sebab 1st time makan sini, tunggu lah juga kut ada staff ambil order, rupanya depa hanya hantar menu sahaja. Kena pii order ke kaunter bayar siap-siap. 

Masa order tu cashier bagi tau kena tunggu 30-45 minit untuk set nasi arab , sebab kami memang dah nak makan sini perut pun dah berkeroncong, kami redha jer lah tunggu. Alhamdulillah tak sampai 30 dah sampai hidangan ke meja. Dah itulah dia set nasi arab kambing grill . Set talam nasi arab kambing Malaya Grill di atas harganya RM49.90 kalau tak silap ana,lupa nak ambil gambar menu masa tu. Korang boleh pii check kat FB Malaya Grill untuk lihat senarai harga menu. 

Set talam nasi arab kambing ni datang dengan nasi arab, kambing grill untuk 2-3 orang makan, kuah kari dhal, jelatah dan sos black pepper . Ana nak review pasal nasi arab depa ni, serius sangat sedap. Perapan rempah pada beras bas mati gred A rasanya saiz panjang sungguh dan sedap belum pernah makan nasi arab sesedap ni. Nasi nya sahaja memang padu. Ini bukan review berbayar kay, kami bayar makan di sini tapi ana nak kredit sangat nasi arab Malaya Grill ni 1st class pada selera kami sekeluarga. 


nasi arab ayam Malaya Grill


Ana pula ambil set nasi arab ayam. Saja lah nak merasa ayam panggang nya pula. Set nasi arab ayam roasted nya pun sedap, ayam di panggang cukup masak dan perapan yang kena pada selera ana. Set di datangkan dengan 1/4 ayam roasted, kuah kari dhal dan sos atas ayam tu rasa macam ala-ala percik pun ada dan juga jelatah. Harga maaf sangat memang tak ingat. Sekitar RM20 lebih kurang. 

Kami makan set talam nasi arab kambing grill, nasi arab ayam roasted, minuman sejuk untuk 4 orang lebih kurang RM90 lebih. Tak sampai RM100 . Ada pelbagai lagi menu dan side dishes kat Malaya Grill ni cuma tak ada pencuci mulut seingat ana. Sebab selalunya kalau makan kami akan order dessert kerana ana dan anak-anak ni penggemar dessert. 


malaya grill sungai buloh


Dekorasi dan kebersihan restoran, elok sahaja, cantik dan bersih. Yang penting kami memilih makan di luar pun masih selesa dan meja di kemas dan dibersihkan oleh staff sebelum kami duduk. Staff pun baik-baik layanannya. Dan satu lagi ruang parkir pun banyak dan percuma masa kami pii tu hari Ahad lah. Tak pasti kalau hari biasa kena bayar atau tak. Di hujung deretan lot kedai ni ada Bubble Bee kalau korang nak cari pencuci mulut. Ana pii juga tengok tapi ramai lah pulak yang queueing maka tak jadi lah nak berbaris panjang. 

Bolehlah korang nak cuba sendiri makan di Malaya Grill yang famous amos sekarang ni kalau nak mencuba menu-menu yang ada. Ada banyak lagi menu western dan tempatan yang ada di sini. In Shaa Allah sedap dan berbaloi lah dengan harganya. Mudah-mudahan pendamik ini akan berlalu pergi dan kita semua akan kembali menikmati kehidupan yang sedia kala, makan dan minum tanpa rasa takut dan beramal ibadah mengikut tuntutanNya sepenuhnya. 

14 Comments

  1. Nampak sedap dan menyelerakan menu-menunya, kak.
    Nantilah nak cuba singgah :)

    ReplyDelete
  2. Alahai..SA dah tak duduk Sungai Buloh dah...dah pindah balik ke Seremban...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. samalah mama kak ana pun penggemar nasi arab juga hehe :)

      Delete
  4. nasib baik tak lama tunggu hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan nieyl perut dah berkeroncong rezeki dapat cepat juga lah hehe :)

      Delete
  5. Nasi arab regukan dengan kambing memang ngam

    ReplyDelete
  6. Perghhh... nasi Arab! sedap tu kak

    ReplyDelete