Resepi puding trifle
Lama juga tak mem'baking' atau men'dessert' di rumah ni. Sejak Kak Long dah mula kerja ni , Adik pula sibuk dengan kelas online, ana dah tak ada team nak teman main masak-masak kat dapur. Bukan apa, selalunya kalau masak-masak yang best sikit tu, ana nak rakamkannya dan jadikannya content untuk channel youtube dan juga ambil gambar untuk blog. Bila sengsorang tak berapa nak menjadi lah sangat rakaman bagai. Jadi masak yang biasa-biasa sahaja untuk juadah sekeluarga.
Minggu ni Kak Long cuti hari Jumaat lepas, dapatlah siapkan juga menu pencuci mulut yang lama dah tak makan dan buat. Puding trifle. Memang sedap menu puding trifle ni dan kebetulan dah siap-siap ada bahan cuma ana beli sahaja sponge cake dari pasaraya tak berbaloi juga nak buat swiss roll ni. Beli baru RM5 dah siap kan. Puding trifle ni sedap di makan sebagai dessert sejuk dan nak buat pun tak lah susah, cuma ia di bahagi kepada 4 lapisan. Jadi kena masakkan lapisan kastad dan juga jelly. Hat lain kita susun-susun sahaja dah siap. Jom kita tengok resepi mudah membuat puding trifle dari ana.
Resepi puding trifle
Bahan-bahan untuk puding trifle
Kek sponge atau ana guna swiss roll yang dah siap
1 tin buah-buahan koktail
1 cawan tepung kastad
2 cawan susu cair
1/2 cawan gula
4 cawan air
1pek serbuk agar-agar ( ana guna perisa strawberry )
Cara masak puding trifle
1. Potong swiss rool dan susun padat dalam bekas
2. Basahkan swiss roll dengan jus buah koktail. Ketepikan.
3. Sediakan lapisan kastad dengan mencampurkan 1 cawan tepung kastad, 2 cawan susu cair, 1/2 cawan gula dan 2 cawan air. Kacau terlebih dahulu biar sebati, baharu masak di atas api perlahan hingga adunan licin dan meletus-letus.
4. Tuangkan ke atas lapisan swiss rool tadi.
5. Taburkan buah-buahan koktail ke atas lapisan kastad dan ketepikan seketika sementara kita masakkan pula lapisan agar-agar atau jelly strawberry.
6. Masukkan 2 cawan air dan 1 pek serbuk agar-agar berperisa strawberry yang ada di jual di pasaraya. Kacau dan masak hingga didih. Tuangkan ke atas lapisan buah koktail dan mampatkan supaya cantik permukaannya. Sejukkan di dalam peti sejuk.
7. Siap dah puding trifle kita dan bolehlah di nikmati bersama keluarga.
Puding trifle boleh di potong atau di sudukan sahaja dari dalam bekas. Pastikan ia sejuk dan baharulah kita mendapat potongan dengan 3 lapisan sebab kalau tak berapa sejuk ia akan pecah bila di potong dan lembik. Untuk video masakan resepi puding trifle korang bolehlah tonton di bawah ni.
Sedap sekali layan selera manis-manis sejuk dengan anak-anak kan. Dan hari ini akan di umumkan samada kita akan berada dalam PKP sekali lagi. Tunggu dan redha sahajalah. Kalau terpaksa sekali lagi berkurung di rumah untuk kebaikan bersama boleh lah cari resepi-resepi dan lakukan aktiviti bersama anak-anak di rumah. Teruskan berdoa semoga semuanya akan baik-baik sahaja dan kita semua di dalam perlindungan Allah swt. Aamiin. Jangan lupa cuba naa resepimudah puding trifle dari anajingga dot com .
15 Comments
lama tk buat...fav juga dessrt trifle ni
ReplyDeleteSedapnyaaa kak ana. Feberet KakYa jugak nk
ReplyDeletenanti buatlah Lya :)
DeleteSEDAPNYA PUDING TRIFFLE ANA
ReplyDeletesedap kan PI makan sejuk2 :)
DeleteSejuk-sejuk, ngadap sorang PC boleh ni kak Ana. Sedapnya la.
ReplyDeletetu la PC sesekali makan sedap juga kan :)
DeleteSedapnya
ReplyDeleteboleh cuba nanti rabia : )
Deletemama dtg bawa piring ni. nak sikit hehe
ReplyDeleteok kak ana pass kat tingkap dapur naa hehe :)
DeletePuding fav saya sepanjang zaman
ReplyDeletekan syaz sedap buat hidangan pncuci mulut :)
DeleteWahhh nampak sedap. Mudah juga nak buat!!
ReplyDeletesedap nanti buat naa :)
Delete