Penghujung tahun 2020 lalu, umat Islam di kejutkan dengan isu kartel daging Halal yang membuatkan kita semua berada di dalam keraguan yang teramat. Di luar kawalan kita semua sekiranya benar apa yang di perkatakan kerana selama ini kita hanya meyakini setiap produk dengan logo Halal itu adalah halal prosesnya. Mana kan upaya untuk kita menilik sehingga ke luar negara ye tak. Dan sekiranya dakwaan itu benar, tanggunglah seberat-berat nya pada mereka yang terlibat dan syubahat dalam isu tersebut. Cuma selepas ini , kita sebagai pembeli sudah hilang kepercayaan lagi dengan produk dari luar, sehinggalah kes ini di siasat sedalam-dalamnya. 

Pagi ini dari page Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menerbitkan Senarai Penuh Logo-logo HALAL Luar Negara yang di iktiraf oleh JAKIM sebagai rujukan kita semua ketika membeli produk-produk dari luar. Bukan semua produk boleh di dapati dari pengeluaran tempatan, sedikit sebanyak kita perlu juga membeli produk makanan dan minuman atau bahan mentah dari luar negara untuk keperluan harian kita. Jadi dengan meneliti satu persatu logo Halal yang di senaraikan sedikit sebagai dapat kita mengenal pasti kehalalannya, In Shaa Allah. 

SENARAI PENUH LOGO-LOGO HALAL LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF OLEH JAKIM


SENARAI PENUH LOGO-LOGO HALAL LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF OLEH JAKIM

Dinyatakan di dalam posting tersebut : 

Sehingga 1 Disember 2020, JAKIM telah mengiktiraf 84 logo halal daripada 46 buah negara seluruh dunia. Dengan adanya logo halal ini, pengguna boleh:

✅ Mengenalpasti logo-logo halal luar negara diiktiraf JAKIM pada produk import yang dijual di pasaran.

Ia juga memberi kemudahan kepada pengimport untuk:

✅ Mengenalpasti produk yang ingin diimport masuk ke Malaysia mempunyai sijil halal yang diiktiraf JAKIM, bagi mengelakkan kerugian dan keraguan.

Selain itu, rakyat Malaysia terutamanya umat Islam yang akan melancong ke luar negara boleh:

✅ Menyimpan di telefon pintar info logo-logo halal diiktiraf JAKIM, di negara yang akan dikunjungi.

📲Pengguna juga boleh muat turun dalam format .pdf, senarai Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setakat 01 Disember 2020  : https://drive.google.com/drive/folders/1hvYRXjsfP9mpPifB_4tG2k17qi1_uZQy?usp=sharing

#YakiniHalalMalaysia

Semoga dengan terbitan ini dapat melegakan sedikit kebimbangan di kalangan kita umat Islam khasnya dalam menjalani kehidupan seharian. Mungkin pihak JAKIM boleh membuat penambahbaikan dari masa ke semasa dengan menyertakan QR Code misalnya untuk kita boleh mengakses terus sama ada ianya adalah logo yang asli atau pun sebaliknya. Bukan mudah juga untuk kita mengingati 84 logo berlainan ketika membuat pembelian, betul tak. Semoga bermanfaat buat kita semua , In Shaa Allah.