Isnin lepas duk menonton rancangan Majalah 3, ada segmen khasiat bunga telang. Setahu ana bunga telang ni hanya di gunakan untuk warna asli biru untuk nasi kerabu, rupanya ada juga pelbagai menu yang di jadikan dari bunga telang. Kandungan khasiatnya pun di katakan baik untuk kesihatan dalaman tubuh badan. 


air laici bunga telang

Di belakang rumah ni memang ada pokok bunga telang di tanam jiran Cina ana, Ngan. Dia memang dah pesan awal-awal kalau nak apa-apa pokok belakang tu ' angkat saja' , tak payah tanya dah katanya. Sama lah dengan pokok-pokok ana pun dengan jiran-jiran memang dah pesan kalau nak guna dalam masakan ambil sahaja lah. Mudah kan. 


bunga telang

Cuba juga ambil biji benih bunga telang ni nak tanam sendiri di laman belakang , tapi tak hidup lah pula. Tak apa lah kan ada lagi pokok Ngan tu kita ambil sahaja lah, lagi pun bukan selalu nak guna. Setakad nak masak nasi kerabu pun setahun sekali pun belum tentu, sebab banyak step nak kena buat, beli jer ler di gerai yang biasa kami makan, dah tentu sodap ye dak.

Panjang lak bebel, meh la sambung cerita air laici bunga telang yang ana tonton di rancangan Majalah 3 minggu lepas. Kak Long beriya suruh ayahnya belikan se tin laici nak try buat air laici bunga telang ni. Petang semalam, ana petik kan beberapa kuntum bunga telang, tak banyak pun dapat dalam 5 kuntum sahaja. Cari juga di internet cara nak buat air laici bunga telang , tak jumpa laa pulak. Last-last ana buat je ikut citarasa sendiri. Bukan susah mana pun. 


air laici bunga telang

Cara buat air laici bunga telang 

Bahan-bahannya :

1 tin laici

5 kuntum bunga telang

air gula

ais batu 

air suam untuk merendam bunga telang supaya keluarkan warna birunya. 

Cara  buat laici bunga telang 

1. Basuh bersih bunga telang dan bilas.

2. Rendamkan di dalam air suam hingga bertukar kepada warna biru. Lagi banyak bunga telang lagi kuat lah warna birunya nanti.

3. Masukkan ke dalam bekas atau jug, air bunga telang, air gula, laici dan ketulan ais. 

4. Kacau sebati dah siap. 


air laici bunga telang

Bagaimana rasa air laici bunga telang ni ? Sedap ke idak? Rasanya lebih pada rasa air laici sahaja. Cuma istimewanya ia berwarna biru macam air laut gituew. Ada nilai estatik kata Adik Ika. Korang kalau nak cuba bolehlah, kalau ada bunga telang di rumah. Kalau nak beli , ana pun tak pasti di mana ada jual bunga telang ni, di kawasan sekitar ana tak pernah lagi nampak ada orang jual. Selamat mencuba naa.. 


8 Comments

  1. sedap tu laici dgn warna telang

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunga telang tu macam tak ada impact rasa sangat kak PI cuma di katakan ada khasiat tertentu.. Waallahu a'lam

      Delete
  2. kalau di siam macam-macam menu mereka buat dengan bunga telang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan DANA dipelbagaikan menu dengan warna biru asli bunga telang ni :)

      Delete
  3. wahhhhh kak ana memang ada pokok bunga telang ya? ada jugak tengok kat majalah 3 aritu... ada jual benih nya tak akak? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. benihnya biji bunga tu jer anamizu ada kut jual kat shopee hehe :)

      Delete
  4. Wah menarik Ana.. nanti nak cuba juga lah.. hehehe..

    ReplyDelete