CARA DAFTAR, RENEW LESEN & BAYAR ROADTAX ONLINE di Portal mySIKAP (JPJ ONLINE)
Ketika negara masih bergelut dengan pendamik yang belum pasti akan berakhir ini, segala langkah pencegahan sebagai ikhtiar kita bersama perlu kita lakukan untuk kesinambungan kehidupan. Setiap kali ke luar rumah dah rasa tak selamat apatah lagi nak berada di tempat-tempat tumpuan awam tidak seperti sebelumnya. Mujur jugalah ujian ini hadir di zaman segalanya boleh di capai di hujung jari. Dari persekolahan, pengajian, urusan kerja dan segala urusan kini lebih selesa di lakukan dari rumah atau dalam istilah secara online. Dan satu lagi kaedah atau kemudahan yang ana jumpa dari perkongsian di Facebook adalah cara menghidupkan roadtax atau cukai jalan, lesen memandu dan tempahan plat nombor secara online sahaja. Dalam kata lain kita tidak lagi perlu ke pejabat JPJ untuk urusan-urusan tertentu.
Jom kita lihat bagaimanakah cara untuk renew lesen memandu malahan menghidupkan roadtax secara online sahaja melalui portal mySIKAP ( JPJ Online ) . Semoga ianya bermanfaat buat pengetahuan kita bersama dan segala urusan rasmi atau pertanyaan korang perlulah ke laman web rasmi JPJ kerana mereka lebih arif untuk menjelaskan dalam pentadbiran JPJ sendiri. Artikel ini sekadar memberi panduan dari rujukan di internet dengan sumber yang di yakini.
CARA DAFTAR, RENEW LESEN & BAYAR ROADTAX ONLINE di Portal mySIKAP (JPJ ONLINE)
Berikut adalah antara transaksi yang boleh dilakukan secara online di Portal MySIKAP adalah seperti berikut:-
1. Urusan Kenderaan :
- memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM),
- memohon atau membatalkan kenderaan anda sementara waktu,
- pindah milik sukarela,
- membatalkan pendaftaran kenderaan untuk berpindah ke negara lain serta
- kemaskini atau memohon untuk memperolehi pek maklumat kenderaan.
2. Lesen Memandu :
- Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa,
- rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh,
- penukaran lesen dari asing / tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia,
- kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh
3. Kesalahan dan Penalti :
- Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian.
- Selain itu, semakan-semakan lain yang boleh dilakukan adalah status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen.
4. Pengurusan Profil :
- Pengemaskinian butir-butir peribadi anda dan menukar kata laluan.
5. Perkhidmatan Lain :
- Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj,
- kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan PUSPAKOM.
Untuk pendaftaran kali pertama, orang awam boleh mendaftar sebagai pengguna Standard tanpa perlu hadir ke JPJ.
Cara Daftar MySikap Untuk Pengguna Kali Pertama
Terdapat 2 jenis pengguna iaitu eID Standard dan eID Advanced.
eID Standard:
Pengguna tidakk perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan hanya urusniaga tertentu sahaja boleh dilakukan ini bermakna kita TIDAK perlu hadir ke JPJ untuk daftar
eID Advance:
Perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan semua urusniaga yang tersenarai boleh dilakukan. Ini bermakna ada sesetengah urusan di mySIKAP pengguna PERLU hadir ke JPJ termasuk JPJ UTC untuk mendapatkan no rujukan.
Dan dengan eID Advance pengguna boleh menggunakan kesemua 38 perkhidmatan di Portal JPJ Onlineberbanding hanya sebahagian urusan secara online yang boleh di lakukan dengan eID Standard.
Agak melegakan kerana urusan yang seperti renew lesen JPJ online (Lesen Memandu), roadtax (Lesen Kenderaan Motor), tempah no plate kenderaan (Tempah Nombor Pendaftaran), semuanya boleh dilakukan oleh pengguna eID Standard. Alhamdulillah semua ini boleh di lakukan secara online sahaja lah kan.
Cara pendaftaran mySIKAP JPJ Online
Cara Login MySikap Kali Pertama
Cara Renew Lesen JPJ Online Di Portal MySikap
1. Login ke portal MySikap https://public.jpj.gov.my/2. Pilih menu Lesen Memandu
4. Isikan maklumat pembaharuan lesen
8 Comments
kalau faham, cara begini lebih mudah. lebih menjimatkan masa dan tenaga gitew..
ReplyDeletehaah dalam waktu2 pendamik ni kan Anie :)
Deletebaru terfikir2 susah nak renew lesen dah nak tamat tempoh ingat nak kena gi jpj dah . boleh la tengok sini .. tq kak ana sharing..
ReplyDeletesemoga bermanfaat wani :)
Deletetq kak ana sharing ni nanti nak bagi suami la
ReplyDeletetry nanti naa Ekin :)
Deletethank you sharing
ReplyDeletemost welcome AZ
Delete