Pengeluaran i-Sinar tanpa syarat
Berita yang sedang diperkatakan ramai malam ini pastilah mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP tanpa syarat . Alhamdulillah sedikit sebanyak memberi kelegaan buat mereka yang benar-benar terkesan akibat dari pendamik yang sedang melanda negara dalam masa setahun dah. Ramai sebenarnya yang benar-benar terkesan dengan kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan yang tiba-tiba hilang atau berkurangan dengan drastik. Semua ini adalah ujian hebat buat kita semua.Semoga dengan pengumuman baharu ini mereka akan menarik nafas lega. In Shaa Allah.
Pengeluaran i-Sinar tanpa syarat
Memetik laporan dari Astro Awani beberapa jam yang lalu menyatakan Kementerian Kewangan mengesahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan pengeluaran i-Sinar.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pemansuhan itu dilakukan selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan maklum balas pihak awam.
"Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19.
"Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.
"Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi," katanya dalam kenyataan.
Berikut perincian pengeluaran:
A) Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
B) Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.
Sehubungan itu, KWSP memerlukan sedikit masa untuk mempersiapkan struktur pengeluaran baharu ini.
Sabar dan tunggu lah pengumuman selanjutnya dari KWSP untuk proses selanjutnya dan semoga semuanya akan berjalan dengan baik dan gunakanlah ia untuk kegunaan perbelanjaan jangka masa panjang kerana kita sendiri tidak mampu meramalkan apa yang akan terjadi di masa akan datang nanti. Kita doa yang baik-baik, In Shaa Allah pasti Allah swt akan beri yang baik buat kita hambaNya.
Rujukan dan sumber : https://www.astroawani.com/berita-bisnes/sah-tiada-lagi-syarat-buat-pengeluaran-isinar-282519
4 Comments
tengah sabar tunggu if lulus ke tak haha
ReplyDeletehaha dah ada result kan semoga lulus permohonan AZ naa , aamiin
Deletesemoga dipermudahkan urusan
ReplyDeletein shaa allah
Delete