Jemu dah nak fikir nak masak apa setiap hari .. Kak Long bagi idea nak makan sotong dalam tin , lama dah tak makan katanya. Ana pii ke kedai Acheh, tak ada pula sotong dalam tin, cuba cari di Speedmart 99 pun tak ada, sedangkan selalunya ada je. Selalu macam tu lah kan, masa kita nak tak ada, bila tak nak ada jer , hehe 😊😊. Selang beberapa hari baru jumpa sotong tin jenama REX ni di pasaraya. Ana yakin menggunakan jenama ini kerana ia mempunyai logo Halal Jakim. 

Kali ini ana masak kan sotong tin masak kicap tak berkuah. Macam masak tumis sahaja la dan ana buangkan air dari dalam tin nya, cuma ambil isi sotongnya sahaja. Jom tengok resepi olahan ana sendiri dalam menu sotong tin masak tumis kicap, mudah sangat tapi rasanya sedap kerana sotong dalam tin ni adalah sotong kembang yang bersaiz besar dan gemoks.


Resepi sotong tin tumis kicap


Resepi sotong tin tumis kicap

1 tin sotong jenama Rex
1 biji bawang besar - hiris nipis
1 biji bawang putih - hiris 
1 inci halia - hiris halus
2 biji cili api -hiris
lobak merah - hiris nipis
daun bawang-  potong kecil
sos tiram
kicap pekat manis - ana guna kicap Mudim 
garam secukup rasa



Resepi sotong tin tumis kicap


Cara masak sotong dalam tin masak tumis kicap


Resepi sotong tin tumis kicap

1. Keluarkan isi sotong dari dalam tin dan buang sos nya. Hiris sotong ikut saiz yang korang suka. Ana hiris nipis dan kecil .

2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. 

3. Masukkan cili api dan lobak merah.

4. Masukkan isi sotong dan goreng seketika.

5. Adunkan rasa dengan sos tiram dan juga kicap pekat manis. Hati-hati ketika memasukkan garam kerana isi sotong dah sedia masin. Campurkan air jika masakan terlalu pekat. Ikutlah kepekatan masing-masing untuk menu ini. 

6. Masukkan daun bawang dan terus matikan api.Gaul sebati dan siap untuk hidangan panas-panas. 

Korang boleh tonton video masakan di bawah ni :


 ~ Selamat mencuba ~