Book Xcess kini di KL East Mall
Lepas sahaja dapat kebenaran bergerak dalam daerah lebih radius 10km waktu pkp, kami ke KL East Mall yang masih dalam daerah Gombak. Wajib lah kan ronda-ronda bila ada sahaja pembukaan mall baharu. Tapi hakikatnya mana-mana mall pun lebih kurang sahaja lah outlet yang ada di dalamnya. Cuma persekitaran sahaja yang berbeza.
Book Xcess , KL East Mall
Dalam pusing-pusing KL East Mall terjumpa lah Book Xcess. Adik Ika memang minat sangat masuk Book Xcess . Sebelum ni gigih ke Sunsuria Forum semata-mata nak ke Book Xcess yang pernah ana terbitkan di SINI . Tapi berbeza juga lah antara Book Xcess di Sunsuria dengan di KL East Mall. Kalau dari sudut insta worthy di Sunsuria Forum lagi cantik interior nya.
Di KL East Mall ni dalaman nya nampak lebih simple. Tak banyak spot-spot menarik untuk bergambar melainkan pada deko pada gantungan lukisan abstrack di dinding sahaja.Tapi kalau korang pandai mencari angle yang cantik, pasti lawa juga lah hasil foto.
Book Xcess hanya menjual buku-buku dalam Bahasa Inggeris . Terdapat pelbagai genre buku ada di sini dari bacaan kanak-kanak, remaja hingga lah profesional dan ilmiah. Ada buku fiksyen dan non-fiksyen. Untuk peminat buku-buku dalam Bahasa Inggeris di sini lah pusatnya yang korang boleh dapatkan buku-buku sebagai koleksi.
Adik Ika sempat beli dua naskah novel dari penulis kegemarannya. Ana macam biasa belek-belek buku resepi sahajalah yang ana faham. Selain dari buku-buku comel Enid Blyton zaman kanak-kanak dahulu huhu. Kalau novel Inggeris ni ana lebih suka tonton di Netflix lebih cepat habis ye tak. Macam siri Bridgeton walaupun ada naskah novel lagi syok tonton di tv jer. Cuma bagi yang memang kaki kumpul novel tu pasti akan beli juga untuk tambah koleksi masing-masing.
7 Comments
menarik, kalau ada kesempatan nak datang jenguk jugak...
ReplyDeletebanyak betul buku boleh diborong tu
ReplyDeletesesuai untuk kaki buku macam kak PI hehe :)
Deletewow besar eh bookexxess kat situ?!
ReplyDeletetersusun je tengok...
agak luas juga Ret
Deletewow!! bookworm suka ni tempat2 gini
ReplyDeletepastinya zieya kan :)
Delete