Hello Ikea lover... Kalau korang peminat produk dekorasi dan barang keperluan rumah IKEA mesti korang tahu kan cara bagaimana nak pastikan barang yang korang nak beli tu ada di store atau tak sebelum pergi. Bukan apa Ikea ni tak banyak cawangannya di Malaysia ni jadi tak semua dari kita tinggal dekat dengan store. Boleh je nak beli online tapi kos penghantaran pun boleh tahan kalau setakad nak beli barang sikit je bajetnya. 

Lagi pun lain kalau ronda Ikea ni memang akan enjoy dan dapat banyak idea semasa melalui show room nya. Kalau anak-anak ana pula , selain dari beli produk depa pasti nak singgah makan di Ikea Cafe. Boleh di katakan selang beberapa bulan kami akan ke Ikea Damansara yang paling dekatlah dengan kediaman ana ni. 


Cara check stok produk IKEA sebelum pergi shopping di store

Cuma selalunya kalau kita mai dari jarak yang agak jauh pasti akan kecewa juga bila dah sampai store cari di market place produk yang kita nak tu dah ' out of stock ' atau habis . Antara yang paling payah nak dapat sekarang ni stok Lerberg ni. Dah berapa kali ana check mesti kat Ikea Damansara tak ada stok. Tunggu lah sampai ada stok baru pi ke store dan beli. Itu pun nasib juga kalau lambat dan hujung minggu contohnya, kempunan juga lah. 

Jadi hari ini ana nak berkongsi dengan pembaca, bagaimana cara kita nak check dahulu di dalam talian sama ada produk Ikea yang kita nak beli tu ada atau tidak di store dan bolehlah di jadikan panduan nak pi ke store mana yang ada. 


Cara check stok produk IKEA sebelum pergi shopping di store 


Sebagai contoh ana memang tengah nak dapatkan satu lagi rak dekorasi Ikea Lerberg ni walau pun di rumah dah ada 5 buah. 3 sederet tu ana letak di dry kitchen untuk mudahkan susun atur barang letrik dan makanan, satu kecil di ruang menonton ana letakkan dekorasi dan pokok hidup dan satu lagi dalam bilik kak long, tempat dia letakkan koleksi beg nya. Satu lagi ana cadang nak letak di dalam bilik tidur nak susun atur buku, al-quran dan sebagainya.

Memandangkan baharu sahaja ada kebenaran rentas daerah dah boleh lah nak ke Ikea Damansara atau Cheras. Tapi ana nak check dahulu ada atau tidak stok Lerberg di sana. Caranya mula-mula korang perlu lah laman web --> IKEA MALAYSIA dan ikutlah langkah demi langkah di bawah . 


Cara check stok produk IKEA sebelum pergi shopping di store

Lepas dah masuk laman web di atas tu, di kotak carian tu korang taip kan sahaja nama produk yang korang nak beli. Kalau korang tak tahu nama produk pun tak apa sebab nama-nama depa ni dalam bahasa Sweden agaknya kan negara asalnya. 

Korang boleh sahaja taipkan mengikut ruang contohnya rak dapur, ruang tamu dan nanti akan di paparkan beberapa produk yang berkaitan. Selamat men skrol .. Kalau dah tahu apa produk yang nak di cari taipkan sahaja contohnya Lerberg tu. Tapi kena pastikan ia adalah saiz dan model yang di cari kerana Lerberg ni ada 3 pilihan model dan warna.



Cara check stok produk IKEA sebelum pergi shopping di store

Seperti yang ana ceritakan di atas , ada pilihan model dan warna Lerberg ,korang pilih lah hat mana yang nak dan klik pada foto. 


Cara check stok produk IKEA sebelum pergi shopping di store


Sekiranya korang nak beli secara online masukkan sahaja ke dalam add to cart tapi perlulah sign in terlebih dahulu. Tapi untuk yang nak check sama ada masih ada stok nak pi beli sendiri klik kat bawah tu di sana dah di nyata kan store mana yang ada atau klik di bawahnya ' Check Other Ikea Store ' . 


Cara check stok produk IKEA sebelum pergi shopping di store

Keluarlah 4 store Ikea yang ada di Malaysia ni iaitu Ikea Batu Kawan, Penang, Ikea Cheras, Ikea Damansara dan Ikea Tebrau di Johor. Kat sana di papar kan mana yang masih ada stok . Korang boleh lah klik pada pilihan outlet yang korang nak pi.


Cara check stok produk IKEA sebelum pergi shopping di store


Contoh stok Lerberg yang ana nak tu di Ikea Damansara tak ada stok , sedihnya tapi di Ikea Cheras masih ada. Kalau tak ada stok dan korang nak depa update bila masuk stok , korang pilih sama ada nak terima notifikasi update melalui email atau sms. Kalau produk tu ada dalam stok korang pi lah cuba nasib beli kut-kut masih ada kerana stok ni akan di update setiap 4 jam. Kalau ada stok terus dapat kod produk dan rak mana nak cari di sana nanti.  Mudahkan. 

Tips membeli produk Ikea 


Semoga boleh di jadikan panduan untuk rakan-rakan kita yang baru nak berjinak-jinak dengan produk dekorasi Ikea ni. Ikea ni memang pilihan ramai untuk menata rias ruang rumah kerana rekabentuknya yang simple manimalis dan jenis pasang siap di rumah. Cuma korang kena pasti kan juga saiz kotak yang korang beli tu muat ke idak nak sumbat dalam kereta. Jangan syok beli bawa ke parkir tak muat masuk kereta kan naya. Kena pula uruskan penghantaran dan sedia kan kos bayaran. 

Lagi satu pastikan kod produk tu betul dan juga bilangan kotak produk. Kalau ada 1 + 2 , wajib ambil dua-dua box kalau tak tak lengkap lah perabot yang korang bawa balik nak pasang tak cukup komponen nya. 

Bagi yang pertama kali nak shoping di Ikea juga, jangan lupa berikan kad parkir ( kecuali T&G ) pada cashier untuk validation dan korang akan dapat harga parking flat rate. Bagi yang membeli barang kaca pula pi ke wrapping kaunter dan balut sendiri barang korang tu baik-baik sebelum di bawa keluar.

Sekiranya tersalah beli dan nak pulangkan semula selepas membuat pembayaran, korang pi lah ke kaunter Customer Service dan mereka akan uruskan. 

Selamat mendekorasi rumah dengan gaya Swedish Ikea yang sentiasa kemas dan cantik mengikut tema pilihan dan ruang. Hias lah rumah kita mengikut kemampuan kerana rumah itu lah syurga dalam setiap rumahtangga yang di bina. 



6 Comments

  1. saya selalu berangan nak tukar semua perabot rumah ni jadi ikea..tapi berangan je la hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan satu hari akan jadi kenyataan buat syaz, aamiin

      Delete
  2. oh cool. ray dah lama x jejak ikea ni.

    ReplyDelete
  3. selalu buat ni sbb hari tu pergi ikea tgk2 sold out :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kalau produk yang kita cari sold out memang frust better check dulu stok huhu :)

      Delete