Pejam celik pejam celik dah masuk bulan ketiga tahun 2021. Mulai minggu ini juga anak-anak dah mulakan sessi persekolahan secara bersemuka mengikut tahap-tahap tertentu. Pasti ada kelegaan di hati ibu bapa kerana pembelajaran secara maya sebelum ini banyak masalah dan ketidak serasian yang di hadapi oleh guru, murid dan ibu bapa. Beza sangatlah ilmu yang di sampai kan secara interaksi maya dengan belajar secara fizikal di sekolah. Apapun semoga semua pihak anak-anak, warga sekolah dan kita semua akan terus mematuhi SOP yang di tetapkan dengan ikhtiar kita untuk mengelakkan penularan pendamik Covid19 ini dan semoga ianya akan berakhir. 


Cara daftar online sekolah murid tahun 1 ambilan 2022-2023


Mulai 1 Mac 2021 ini juga, permohonan Pendaftaran Sekolah Anak Murid Darjah 1 Ambilan Tahun 2022-2023 telah dibuka. Ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak / jagaan yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016 dan 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017 boleh mendaftarkan anak jagaan masing-masing ke sekolah bagi kemasukan tahun satu (1) ambilan 2022 dan 2023.

Permohonan pendaftaran anak ke darjah 1 ambilan tahun 2022 dan 2023 mengikut pilihan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang rasmi Sistem Pendaftaran Dalam Talian KPM.


Permohonan Pendaftaran Murid Darjah 1 Tahun 2022 Dan 2023


Pengumuman terkini dari laman sesawang rasmi Sistem Pendaftaran Dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) tarikh permohonan pendaftaran dibuka adalah pada 1 Mac 2021 hingga 30 April 2021.

Sistem Pendaftaran Dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM)  adalah bagi memudahkan Ibu Bapa dan Penjaga membuat permohonan tanpa perlu mengisi borang manual selain menjimatkan masa ibu bapa dan penjaga dari berulang-alik ke pejabat sekolah untuk membuat permohonan.

Bagi Ibu Bapa dan Penjaga yang pernah menggunakan Sistem Pendaftaran Dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) untuk membuat permohonan terbaharu, mereka hanya perlu Daftar Masuk (Log In) ke dalam sistem berkenaan.


Cara daftar online sekolah murid tahun 1 ambilan 2022-2023

Cara Permohonan Online Daftar Murid Tahun 1



1. Sila layari laman sesawang rasmi Sistem Pendaftaran Dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) , klik -->  https://public.moe.gov.my/


Cara Permohonan Online Daftar Murid Tahun 1


2. Pengguna pertama kali (ibu bapa penjaga) perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna sistem SPATKPM, klik pada butang “Pengguna Baru” dalam ruangan Daftar Masuk. Bagi ibu bapa / penjaga yang pernah menggunakan sistem SPATKPM hanya perlu log in ke sistem dengan menggunakan No Kad Pengenalan dan Katalaluan yang didaftarkan sebelum ini, kemudian klik butang “Daftar Masuk"

3. Pengguna baru perlu melengkapkan maklumat diri yang diperlukan bagi mendapatkan katalalun untuk mengakses sepenuhnya sistem SPATKPM.


Cara daftar online sekolah murid tahun 1 ambilan 2022-2023



4. Sebarang pertanyaan lanjut dan masalah mengenai pilihan sekolah ataupun masalah pendaftaran akaun pengguna (ID Pengguna dan Kata Laluan). Ibu bapa / Penjaga (pengguna) boleh menghubungi no telefon dan emel pegawai e-daftar mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan. Klik pautan di SINI 

5. Ibubapa / penjaga yang telah berjaya membuat pendaftaran permohonan perlu cetak butiran maklumat permohonan online. Tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan akan diberitahu dalam sistem SPATKPM.

Dokumen yang diperlukan semasa pengesahan pendaftaran sekolah tahun 1


Ibubapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara atas talian dengan mengisi butiran diperlukan dalam Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) serta mencetak bukti permohonan online berkenaan perlu hadir ke pejabat sekolah yang dipohon untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen dalam tempoh pendaftaran dibuka iaitu 1 Mac 2021. Sila bawa bersama dokumen berkaitan / dokumen yang mana berkenaan seperti berikut (dokumen yang diperlukan tertakluk kepada pentadbiran sekolah negeri yang dipohon)

1. Sijil lahir anak berkenaan (asal dan 1 satu salinan)

2. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (asal dan 1 salinan bagi kedua-dua ibu bapa)

3. Surat nikah / surat cerai (asal dan 1 salinan)

4. (Bukti alamat tinggal) salinan bil elektrik / bil air / cukai pintu / perjanjian jual beli bulan Januari atau Februari (yang terkini) – sah laku sehingga anak tuan / puan masuk tahun 1

5. Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)

6. Laporan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)

7. Cetakan borang permohonan online.  Sila rujuk dengan pengurusan sekolah yang dipohon atau dalam senarai semak permohonan online bagi mendapatkan keterangan lanjut berkaitan dokumen yang diperlukan.

STATUS PENDAFTARAN MURID TAHUN 1

Status samada berjaya atau tidak dijangka boleh dibuat bermula tarikh Ogos 2021 (tarikh yang tepat akan dikemaskini) melalui sistem aplikasi yang sama. Bagi yang berjaya perlu mencetak Surat Penempatan dan hantar ke sekolah berkenaan (bawa sijil lahir asal kanak-kanak)


kredit info/sumber : 
https://www.infosentral.my/daftar-sekolah/ & https://www.mysumber.com/daftar-murid.html

4 Comments