Inai.. sekarang ni bukan sekadar pakai di jari untuk majlis perkahwinan dan keraian namun ia telah di pelbagaikan kegunaannya sebagai tatarias wanita masa kini. Kalau dahulu inai hanya berwarna merah tapi kini ia dipelbagaikan mengikut trend terkini. Paling best inai kini hadir dalam bentuk serbuk yang mudah sangat nak di gunakan berbanding dahulu kala di mana nak pakai inai di jari punyalah banyak dan lama proses yang perlu di lakukan. 


Inaidamia

Bercerita tentang inai moden ni,  Inaidamia Sdn Bhd, sebuah syarikat yang memasarkan produk daun inai semula jadi akan melancarkan produk baharu mereka, iaitu Inai Serbuk dan Inai Rambut Premium pada 8/3/21. Inaidamia juga menawarkan promosi prapelancaran bermula 22/2/21 hingga 7/3/21 sempena pelancaran produk-produk baharu tersebut.

Serbuk inai dan inai rambut ini dihasilkan daripada 100% inai tulen dengan kualiti premium tanpa pewarna tambahan dan bahan kimia terlarang yang diimport dari Sojat City, Rajasthan, India. 


pengasas Inaidamia


Pengasas Inaidamia, Noor Hazlinda Ridzuan menjelaskan bahawa, “Kami komited dalam menghasilkan produk inai 100% asli bagi menyediakan alternatif yang lebih selamat kepada pengguna berbanding produk berasaskan bahan kimia sintetik. Inisiatif ini juga selaras dengan misi Inaidamia untuk memasarkan produk kecantikan berdasarkan sumber semula jadi.”

“Produk semula jadi menjanjikan kualiti dan utrient yang lebih tinggi kepada pengguna. Inai Serbuk dan Inai Rambut Premium ialah respons Inaidamia terhadap permintaan pelanggan yang inginkan inai yang warnanya tahan lama di samping menyihatkan rambut. Apabila Inai Serbuk dipakai pada jari, pengguna akan mendapati warna inai tahan lama di kuku sehingga kuku habis dipotong. Apabila digunakan pada rambut, pengguna akan mendapati Inai Rambut Premium berupaya menguatkan akar rambut dan mengurangkan rambut gugur, serta menghilangkan kelemumur,” tambah beliau.


Inaidamia


Dalam usaha menarik perhatian pelanggan semasa dan lebih ramai pelanggan baharu, Inaidamia juga melancarkan reka bentuk pembungkusan baharu untuk produk mereka. Wajah baharu produk-produk Inaidamia tampil lebih moden namun masih mengekalkan ciri tradisi dan kewanitaan. Inaidamia komited dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi dan selamat digunakan, tetapi di samping itu, mereka tidak lupa untuk meningkatkan imej mereka, iaitu dengan menampilkan reka bentuk dan rancangan pemasaran yang lebih baik.


bungkusan baharu Inaidamia


Bagi pelanggan yang berminat untuk mendapatkan promosi Inaidamia sebelum pelancaran, anda boleh menghubungi ejen Inaidamia di seluruh Malaysia atau melayari laman web Inaidamia di https://inaidamia.com/produk/. Semua produk Inaidamia dibenarkan untuk dibawa solat (solah), bebas daripada bahan kimia terlarang dengan harga berpatutan. Laman web Inaidamia juga mempunyai tanda meterai BizTrust daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Bagi yang sedang tercari-cari serbuk inai atau inai rambut premium, jangan lupa carilah di Inaidamia untuk mendapatkan produk yang di percayai serta berkualiti baik. 


Tentang Inaidamia Sdn Bhd.

Inaidamia Sdn Bhd ialah syarikat yang memasarkan produk inai daun semula jadi, halal dan selamat, beribu pejabat di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Inaidamia ialah jenama terkemuka di pasaran inai semula jadi dan halal dengan rangkaian produk mesra wuduk dan bebas daripada bahan kimia terlarang. Kedai rangkaian dan pengedar produk Inaidamia terdapat di seluruh Malaysia. Dapatkan maklumat terkini di https://inaidamia.com.


6 Comments

  1. Sekarang dah mudah sangat kan kak. Tinggal tahu dengan tak sahaja benda tu ada ke tidak. Bila ada prkongsian macam ni boleh sebar-sebarkan.

    ReplyDelete
  2. sis inai ni, kalau cuci rambut dgn shampoo, turun warna tak?

    ReplyDelete
  3. hahahahah nak beli la.. sbb mmg dah lama nak color rambut haha

    ReplyDelete