Keenakan jelly , puding & agar-agar kelapa muda
Cuaca panas-panas ni selera pun nak ke hala yang sejuk-sejuk jer kan. Terbayang dah keenakkan air kelapa muda buat penyegar diri di kala panas mentari di tengahri terik. Memang padu di minum terus dari buah kelapa muda yang di tebuk. Original kata kan.
Buah kelapa muda kalau hat yang betul-betul masih muda tu bila kita korek isinya dan masih lembut , itu yang paling win. Tapi susah juga nak dapat kat kawasan kediaman ana ni. Kalau ada pun yang isi dah keras sikit. Jadilah dari tak ada kan. Harga pun sebiji dalam RM4.50 .
Hari tu rezeki ana menang Giveaway di Instagram anjuran WellB.Hq . Siap di hantar depan rumah hampir 10 biji kelapa muda dan juga jelly serta puding kelapa muda. Memang sakan dapat minum air kelapa muda, ana kongsikannya dengan jiran terdekat sebab banyak kan.
Puding kelapa dan jelly kelapa dari WellB Hq |
Yang dalam foto di atas ni adalah jelly kelapa muda dan juga puding kelapa muda. Jelly kelapa muda WellB ni memang lembut sangat rasa asli air kelapa muda bersama jelly sejuk. Sama juga dengan puding kelapa muda tu di campur dengan susu cair kalau tak silap ana, rasanya pun sama lemak manis dari air kelapa muda . Paling awesome kerana kedua-dua sajian ni masih dalam sebiji kelapa, sedapnya menyudu hingga ke isinya bila dah habis jelly dan puding.
Jelly kelapa muda WellB Hq |
Ada lebihan kelapa muda, ana minta suami belah dan ambil airnya serta sudukan isi kelapa. Ana jadi kan agar-agar kelapa muda. Kerana ana menggunakan agar-agar tali bukan serbuk jelly jadi ia agak keras sedikit berbanding dengan yang ana makan jelly kelapa dalam kelapa dari WellB hari tu. Mungkin ana perlu lebihkan air agaknya untuk mendapatkan tekstur agar-agar kelapa muda yang lembut. Kalau lembut pasti kena guna bekas lah kan untuk di makan dengan sudu dan tidak boleh menggunakan acuan.
Bagi yang nak mencuba resepi agar-agar kelapa muda yang ana hasilkan , boleh lah dapatkan resepinya di bawah. Korang juga boleh tonton sahaja video masakan ana di youtube .
Resepi agar-agar kelapa muda
Bahan-bahan dan cara masak agar-agar kelapa muda
1 biji kelapa muda - ambil air dan sudukan isi kelapa muda ke dalam bekas
1 pek agar-agar tali
1 jug air
2 senduk gula - boleh adjust ikut kemanisan masing-masing
Cara masak agar-agar kelapa muda
1. Didihkan air , masukkan agar-agar tali dan biar hingga larut.
2. Masukkan gula di ikuti oleh air kelapa dan isi nya. Biarkan sekali didih lagi dan padamkan api.
3. Tuang ke dalam acuan atau bekas-bekas kecil , sejukkan seketika di suhu bilik sebelum masukkannya ke dalam peti sejuk.
4. Sedia untuk di nikmati sebagai menu pencuci mulut yang sedap dan menyegarkan. Alhamdulillah... Rezeki yang di syukuri.
Kalau korang teringin nak minum air kelapa muda serta beberapa menu dessert kelapa muda bolehlah beli secara online dan akan di hantar ke rumah. Singgah lah ke :
Instagram : WellB.Hq
atau
Facebook : WellB HQ
18 Comments
perghhh panas2 dapat plak air kepala muda sejuk.. mmg nikmat nyaa!!
ReplyDeletenikmat di syukuri AR
DeletePanas lit lit sekarang ni.... macam masuk syurga rasanya kalau dapat jelly puding agar-agar kelapa! Sejuk dan nyaman jew masuk tekak!
ReplyDeletekan Amie nyaman dan segarrr
DeleteNampak sedap dan menyegarkan
ReplyDeletesedap wak kan :)
DeleteSue suka sangat jelly kelapa dari WellB tu Ana.. semua sedap. Nanti boleh lah cuba resepi Ana nie pulak..
ReplyDeletesedap kan Sue :)
Deletesedapnya jelly kelapa muda segarkan tekak
ReplyDeletesedap kan kak
Deleterefreshing ni kalau makan time2 panas
ReplyDeletekan segarr kan tekak
Deletesedapnya, teringin pulak rasanya
ReplyDeletebuat lah Syaz senang je ni hehe :)
DeleteSedapnyaaa
ReplyDeletesedap kan Rabiah :)
Deletesedapnyaaaa emmm lama tak makan jelly kelapa :)
ReplyDeletejom buat jelly kelapa :)
Delete