Dah setahun kita melalui ujian hebat kerana pendamik yang melanda dunia. Satu dunia terkesan dan amat duka lara lagi bila ia juga memberi kesan secara langsung dan tidak langsung terhadap rakyat negara kita sendiri. Di sekeliling kita sendiri kiri dan kanan, ada sahaja saudara mara rakan taulan dan kenalan yang terkesan teruk dengan pendamik Covid19 ini. 

Yang makan gaji tiba-tiba kehilangan sumber pendapatan atau dipotong gaji bulanan. Begitu juga yang berniaga ramai yang terpaksa gulung tikar malahan menanggung kerugian. Ianya melibatkan rantaian antara satu sama lain, sebagai contoh bila sesebuah syarikat gulung tikar atau mengalami kerugian, pasti pekerja yang makan gaji juga terkesan sepenuhnya. Tuhan sahaja yang tahu apa dan bagaimana untuk mereka melalui ujian hebat ini. 



Walau bagaimana sedikit demi sedikit mereka akan bangkit semula meneruskan kesinambungan kehidupan. Dengan pelbagai insentif dan bantuan dari kerajaan sedikit sebanyak membantu untuk terus berjuang. Bukan setakad bantuan kerajaan pelbagai agensi lain berganding bahu saling mendokong untuk mempastikan kesinambungan kehidupan mampu di teruskan. 


Peluang Usahawan Terkesan Ekoran Pandemik Untuk Bangkit Berubah 



Alhamdulillah RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) juga sekali lagi menyumbangkan dan menyediakan  platform bagi orang ramai terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro untuk bangkit ketika pandemik ini.

Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd, program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada Jumaat, Sabtu dan Ahad nanti dapat membantu mereka untuk menyaksikan perubahan yang lebih baik walaupun ketika pandemik ini.


Tinggal 2 hari lagi, Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup



Jelasnya, dalam tempoh mencabar ini, ada saja usahawan dapat berubah hingga saksikan pencapaian lebih baik seperti dialami ramai usahawan yang mendapatkan bimbingan bersama RichWorks. "Kami faham, pasti ada usahawan di luar sana dalam keadaan yang susah, tak tahu apa lagi perlu dilakukan, bisnes jatuh malah ada terpaksa tutup hingga timbul rasa nak putus asa

"Sebab itu, RichWorks bersama Pengasas, Datuk Wira Dr Azizan Osman menyediakan program percuma ini yang sudah terbukti berjaya ubah hidup ramai orang disamping sebagai sumbangan kepada masyarakat terutama bangsa usahawan," katanya kepada Kosmo!/Utusan Malaysia di sini hari ini.



RichWorks sebagai syarikat latihan dan bimbingan terbesar di negara telah melatih lebih 1.1 juta orang daripada pelbagai tahap bisnes sejak 2008 lagi. Bagaimanapun tambah Radz, kesusahan yang dirasai ketika ini sebenarnya bukanlah penghalang untuk bangsa usahawan kembali berkembang dan berubah jadi lebih baik lagi.

"Berdasarkan pengalaman hampir 13 tahun dalam melatih dan bimbing bangsa usahawan, RichWorks menemukan formula - perkara dan langkah-langkah yang boleh membantu mereka untuk berubah dalam bisnes dan kehidupan, insyaAllah.

"Malah pada tahun lalu saja, meskipun ketika pandemik seramai 777 usahawan PKS di bawah bimbingan kami berjaya catatkan peningkatan hingga jumlah jualan keseluruhan melebihi RM2 bilion," ujarnya.



Justeru itu, Radz menyeru agar usahawan PKS dan mikro dapat memberikan peluang kepada diri mereka walaupun perubahan ini tidak mudah yang mana memerlukan kesungguhan seseorang. "Usahawan juga boleh saja membawa kakitangan malah keluarga mereka bersama-sama belajar dan memulakan langkah pertama untuk saksikan perubahan dalam bisnes dan diri ini," jelasnya.

Ini masanya untuk usahawan kembali bangkit dengan ubah hidup dan bisnes ke arah kejayaan dalam keadaan pandemik yang semakin baik. 

Daftar Program Bina Bisnes Berjaya 

Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada 26 hingga 28 Mac ini secara percuma

 Layari laman web

 https://binabisnesberjaya.com/ 

bagi pendaftaran dan keterangan lanjut.



Jadi jangan lah terus mencari alasan dan sampai bila kita mengharapkan ehsan dan bantuan. Bangkit dari kejatuhan dengan semangat waja dan iktikad untuk terus melangkah mara ke hadapan demi masa depan insan-insan tersayang. Anggap semua ini ujian sebelum kita mengorak  maju,  lebih cemerlang dan berjaya di masa hadapan, In Shaa Allah..

2 Comments