Semakan & Penebusan RM150 Kredit eWallet 2021 melalui eBelia PEMERKASA
17hb Mac 2021 yang lalu, sekali lagi Perdana Menteri Malaysia memberikan ucapan khas di kaca tv. Setiap kali ada sahaja pengumuman khas, pasti rakyat tertanya-tanya apakah yang bakal di sampaikan, ada kah perubahan dalam arahan-arahan berkaitan PKP, SOP dan sebagainya dan pastilah ternanti-nanti adakah apa-apa lagi insentif yang layak untuk kita terima.
Teks ucapan lengkap PM boleh korang baca di SINI . Kali ini ana nak kongsikan salah satu insentif yang telah di bentang dari intipati Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) khas buat golongan anak muda di bawah kategori belia dan pelajar iaitu Program eBelia ( bantuan kredit eWallet ).
Apakah kredit eWallet , eBelia PEMERKASA?
Melalui Program eBelia sebelum ini, Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz melalui pembentangan Belanjawan 2021 pada akhir tahun lalu, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kredit eWallet sebanyak RM100 menerusi Program eBelia ini, di mana jumlah ini dinaikkan daripada RM50 pada awalnya.
Dan terbaharu bantuan pakej PEMERKASA, kerajaan sekali lagi telah mengumumkan kenaikan jumlah kredit eWallet daripada RM100 kepada RM150 menerusi Program eBelia.
Siapakah yang layak menerima kredit eWallet menerusi eBelia PEMERKASA ini ?
Berikut adalah kategori belia yang layak untuk membuat penebusan kredit eWallet:
1.. Belia berumur 18 hingga 20 tahun
2. Belia yang sedang belajar di IPT secara sepenuh masa sahaja
8 Comments
alhamdullilah banyak bantuan
ReplyDeletesemoga dapat membantu golongan belia sedikit sebanyak
DeleteTak masuk senarai😇😇
ReplyDeleteterlebih umur ler tu hehe :)
Deletemurah rezeki penerima
ReplyDeletein shaa allah
Deletesemmoga dimanfaatkan bantuan sebaiknya
ReplyDeleteitu yang sebaiknya kan Kak PI
Delete