17hb Mac 2021 yang lalu, sekali lagi Perdana Menteri Malaysia memberikan ucapan khas di kaca tv. Setiap kali ada sahaja pengumuman khas, pasti rakyat tertanya-tanya apakah yang bakal di sampaikan, ada kah perubahan dalam arahan-arahan berkaitan PKP, SOP dan sebagainya dan pastilah ternanti-nanti adakah apa-apa lagi insentif yang layak untuk kita terima. 

Teks ucapan lengkap PM boleh korang baca di SINI . Kali ini ana nak kongsikan salah satu insentif yang telah di bentang dari intipati  Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) khas buat golongan anak muda di bawah kategori belia dan pelajar iaitu Program eBelia ( bantuan kredit eWallet ).


Semakan & Penebusan RM150 Kredit eWallet 2021 melalui eBelia PEMERKASA

Apakah kredit eWallet , eBelia PEMERKASA?

Melalui Program eBelia sebelum ini, Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz  melalui pembentangan Belanjawan 2021 pada akhir tahun lalu, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kredit eWallet sebanyak RM100 menerusi Program eBelia ini, di mana jumlah ini dinaikkan daripada RM50 pada awalnya.

Dan terbaharu bantuan pakej PEMERKASA, kerajaan sekali lagi telah mengumumkan kenaikan jumlah kredit eWallet daripada RM100 kepada RM150 menerusi Program eBelia.


Siapakah yang layak menerima kredit eWallet menerusi eBelia PEMERKASA ini ? 

Berikut adalah kategori belia yang layak untuk membuat penebusan kredit eWallet:

1.. Belia berumur 18 hingga 20 tahun

2. Belia yang sedang belajar di IPT secara sepenuh masa sahaja


Bilakah tarikh Penebusan eBelia Wallet ?

Dalam pembentangan Pemerkasa tersebut, Perdana Menteri memaklumkan bahawa pelaksanaan Program eBelia ini akan dilaksanakan mulai Jun 2021.

Bagaimanakah cara Penebusan / Permohonan eBelia PEMERKASA eWallet ?


Sehingga waktu entri ini di terbitkan, pihak kerajaan masih belum memaklumkan cara untuk membuat penebusan kredit menerusi Program eBelia ini. Walau bagaimanapun, penebusan dijangka boleh dibuat seperti kaedah sebelum ini, iaitu menggunakan aplikasi eWallet seperti:
Touch n Go eWallet
Boost
Grab Pay

Untuk mmaklumat lanjut mengenai eBelia PEMERKASA ini akan dimaklumkan dan dikemaskini oleh Kementerian yang terlibat dari semasa ke semasa. Sila layari laman web https://www.mof.gov.my/ untuk mengetahui bantuan-bantuan Pemerkasa yang lain.

Selain e-wallet,  ada beberapa lagi inisiatif yang boleh dimanfaatkan oleh golongan belia melalui pengumuman PEMERKASA.

~ New Gen Entrepreneur Online Bootcamp diperkenal bimbing 2,000 usahawan belia berniaga dalam talian

~ RM10 juta dana tambahan bagi perluas program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB), manfaat 1,800 peserta

~ Kerajaan perkenal Skim Pembiayaan Mikro PEMERKASA-BELIA bantu mereka ceburi bidang perniagaan

~ Pendaftaran SSM percuma untuk belia di bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)


Semoga bermanfaat buat semua, In Shaa Allah.

8 Comments