Ana percaya setiap dari kita impikan berat badan ideal untuk tampil sihat setiap masa. Ada orang yang bertuah kerana mungkin faktor keturunan bersaiz kecil sederhana dari muda hingga lah ke hari tua. Ada pula yang begitu konsisten dalam penjagaan diet dan senaman sebagai langkah pencegahan dari bertambahnya berat badan. Dan tak kurang juga yang langsung tidak mengambil berat masalah berat badan. Semua itu terpulang pada diri sendiri.

Cuma pada pendapat peribadi ana, kita bukan sahaja perlu kan berat badan yang ideal ni untuk kelihatan cantik dan sihat tetapi penting juga dari aspek kesihatan dalaman dan penjagaan sekiranyan tiba-tiba kita hilang upaya untuk mengurus diri. Ana sendiri melihat situasi sebegini waktu menjaga mak di wad baru-baru ini di mana sukarnya jururawat atau waris penjaga menguruskan bila pesakit berbadan besar ni. 


KITSUI COCO XsLite


Pada usia ana sendiri sekarang ni, ana amat mengambil berat mengenai kesihatan fizikal dan dalaman. Bimbang sangat kerana bila usia kian meningkat, kadar imunisasi badan kian menurun dan mudah mendapat penyakit. Kerana itu ana sentiasa menjaga pemakanan, bersenam mengikut kemampuan dan mengambil supplimen yang selamat dan bersesuaian. Alhamdulillah sehingga hari ini masih mengekalkan berat badan yang ideal, tidak lah terlalu kurus dan mudah-mudahan tidak cepat naik.

Ingin berkongsi dengan pembaca setia , satu produk yang baik untuk mereka yang ingin mengekalkan berat badan tanpa membahaya kan diri dan in shaa Allah selamat. Ana sendiri telah mencubanya selama seminggu dan nampak berkesan bila ia berjaya mengurangkan rasa lapar untuk kerap makan. Yang ana maksudkan ialah KITSUI COCO XsLite


KITSUI COCO XsLite



KITSUI COCO XsLITE


Selepas mengambil satu sachet setiap hari , kesan paling ketara pada ana ialah ia memberi rasa kenyang yang lebih lama dan pastilah ini baik untuk mengawal berat badan ye dak. Tidak lah kita asyik nak mengunyah kerap kali. Ana juga yakin dengan KITSUI COCO XsLite  ini kerana kandungan bahan-bahan natural di dalam nya yang amat membantu penurunan berat badan dengan pengambilan secara konsisten. Ia tidaklah menjanjikan kurus dalam masa beberapa hari yang mana overclaimed seperti ini amat bahaya pada tubuh badan kita untuk jangka masa panjang. 

KITSUI COCO XsLite juga bebas dari bahan terlarang dan merbahaya seperti hormon, pengawet, gluten, GMO, antibiotik serta bahan kimia berbahaya. Alhamdulillah ianya di sahkan HALAL dan sesuai juga untuk Vegan . Lebih menyakinkan kerana ia telah memenangi beberapa anugerah antarabangsa. 








Kebanyakan dari kita ni menghadapi masalah makan secara berlebihan yang akhirnya menjadikan kita sakit perut, sakit kepala, tekanan, kembung perut dan paling ketara cepat letih dan mengantuk. Macam ana sendiri lah lepas makan mata pun mulanya nak lelap. 

Inilah antara sebab yang membuatkan berat badan kita naik tanpa terkawal akan memudaratkan. Gaya hidup yang tidak sihat seperti suka makanan berlemak, kurang pengambilan serat, tiada masa bersenam dan gemar makan sepanjang masa juga antara faktor penyebab.


KITSUI COCO XsLite


Kandungan & cara pengambilan KITSUI COCO XsLITE 

3 bahan utama yang diformulasi dalam satu sachet KITSUI COCO XsLITE adalah :

1. L-Carnitine : membakar lemak berlebihan, meningkatkan metabolise yang dapat membakar lebih banyak kalori.

2. Konjac : menyekat selera makan berlebihan dan mengenyangkan , membuang toksin dalam badan.

3. Coco : membantu mengatur penggunaan tenaga dan metabolisme sambil meningkatkan rasa kenyang. Rendah kalori dan karbohidrat kaya dengan sumber vitamin B12, niacin, riboflavin, Vitamin E dan mineral seperti fosforus dan zink.

Kesemua kandungan bahan-bahan ini berfungsi untuk membantu mengurangkan berat badan, membakar lemak berlebihan, meningkatkan metabolisme untuk membakar lebih banyak kalori , menyekat selera makan berlebihan dan mengenyangkan dan akhirnya ia juga membuang toksin dalam badan. Dengan RM2.38 sehari, kita boleh mendapatkan berat badan yang ideal. 


KITSUI COCO XsLite


Cara pengambilan KITSUI COCO XsLITE cuma perlu campurkan 1 sachet ke dalam 150ml air suam. Goncang sehingga larut dan terus minum. Waktu pengambilan yang di sarankan adalah sebelum makan tengahari. Jangan lupa minum air yang secukupnya untuk kesan terbaik. Sachet yang bersaiz kecil ini juga mudah di bawa ke mana-mana pada bila-bila masa. 


KITSUI COCO XsLITE

Untuk keterangan lanjut produk dan testimoni korang boleh lah layari ke mana-mana pautan yang ana berikan di bawah : 






KITSUI COCO XsLITE boleh di beli di farmasi 

WATSON & GUARDIAN 

atau di SHOPEE  

Khas untuk korang , dapatkan diskaun 5% 
dengan menggunakan kod

 KITSCOCO 

di Shopee Mall Link :SINI 



#Kitsui #Kitsuimalaysia #Kitsuilovers #kesehatan 
#watsonsmalaysia #guardianmy #cocoxslite




9 Comments

  1. sedap..SA suka dan rasa kenyang yang agak lama kan kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan SA tak lah makan memanjang bagus untuk diet :)

      Delete
  2. ala.. tingin nak kuwus gak ni

    ReplyDelete
  3. ada rasa koko mmg feveret tu

    ReplyDelete
  4. Kena dengan tekak ni sbb ena xminat air coklat. Hehe. So far ok x sembelit. Bagus kitsui coco

    ReplyDelete