Entri ini ana terbitkan khas untuk menyambut ketibaan Ramadan Kareem yang tidak lama lagi akan hadir menemui umat Islam seluruh dunia dengan izinNya. Koktail dan air-air minuman yang biasa dan ada yang agak rare untuk di cuba sebagai juadah pencuci mulut. Kita ni tak kira tua atau muda, bila masuk sahaja waktu berbuka air lah yang akan kita cari terlebih dahulu. Dan sebagai manisan sajian keluarga, sekali sekala kita sediakan koktail yang sejuk segar. 

10 resepi koktail dan air minuman di bawah adalah dari air tangan ana sendiri. Gigih mencari dan mengkompilasikannya semula dari awal-awal terbitan ana melalui blog. Bukan lah nak suruh cuba semua, manalah tahu dengan perkongsian ini dapat memberi idea untuk ibu-ibu sediakan di rumah di kesempatan waktu yang ada. Selamat mencuba naa... 


resepi koktail


10 Resepi koktail & minuman lemak manis 


1. Koktail Laici bunga telang 


air laici bunga telang


Cara buat koktail laici bunga telang


Bahan-bahannya :

1 tin laici
5 kuntum bunga telang
air gula
ais batu
air suam untuk merendam bunga telang supaya keluarkan warna birunya.

Cara buat laici bunga telang

1. Basuh bersih bunga telang dan bilas.

2. Rendamkan di dalam air suam hingga bertukar kepada warna biru. Lagi banyak bunga telang lagi kuat lah warna birunya nanti.

3. Masukkan ke dalam bekas atau jug, air bunga telang, air gula, laici dan ketulan ais.

4. Kacau sebati dah siap.


2. Homemade Cendol 


resepi home made cendol


Resepi dan cara buat cendol

Bahan-bahan buat cendol :
1 cawan tepung beras
3 cawan air daun pandan
Pewarna hijau tua
Secubit garam
Sedikit kapur masakan
Tapis utk menghasilkan bentuk cendol, ikutlah janji berlubang dan itulah bakal rupa paras cendol kita nanti

1. Mula-mula korang blend 5 helai daun pandan bersama 3 cawan air. Tapiskan.

2. Di dalam periuk, masukkan 1 cawan tepung beras dan campurkan 3 cawan air pandan tadi.

3. Masukkan secubit garam dan sedikit kapur masakan. Kacau sebati dan baharulah nyala kan api perlahan.

4. Masukkan sedikit pewarna makanan hijau tua kerana air pandan ni slow sangat warna hijaunya.

5. Masak dan kacau hingga tidak berketul dan masak seperti kita masak adunan tepung beras lain sehingga berkilat dan menghasilkan letusan-letusan kecil menandakan ia sudah cukup masak.

6. Sejukkan seketika , kemudian sediakan bahan untuk proses men cendol kannya. Letak satu tapis di bawahnya tadahkan satu mangkuk besar berisi air kosong. Ini kerana cendol yang kita tenyeh dalam tapis nanti akan jatuh ke dalam air kosong dan ia tidak akan melekat antara satu sama lain.

7. Tenyehlah adunan cendol kita melalui tapis, dan hasil bentuk cendol tu bergantung kepada jenis tapis yang di gunakan. Kalau ada tapis bulat-bulat jadilah bentuk cendol original , tapis ana ni panjang-panjang jaring nya, lain lah rupa paras cencol kami. Boleh tonton caranya di video di bawah ni :



Dah siap tu korang buatlah air gula melaka dan santan, campurkan ke dalam mangkuk bersama cendol, air gula melaka dan santan pekat. Buh ais batu dan sedia untuk di nikmati bersama keluarga. Wahh!! Pas ni mengidam cendol dan kalau rajin boleh lah buat cendol homemade di rumah ye tak? 

3. Koktail buah naga


koktail buah naga


Satukan buah naga segar yang di potong dadu , tambahkan sahaja susu cair dan letak lah ais batu. Dalam gambar di atas ana campurkan dengan lebihan agar-agar bersama buah naga. Maka terhasillah koktail buah naga yang nyaman dan sedap.

4. Koktail puding kastad



Resepi Koktail Puding Kastad

BAHAN A UNTUK PUDING KASTAD :
8 cawan air,
1 tin jagung creamer,
3/4 cawan tepung jagung,
3/4 cawan tepung kastard.
1/2 tin susu pekat.

Larutkan dulu tepung² tu dengan air supaya tak berketul. Panas dengan api perlahan. Kacau jangan berhenti sampai gelegak jap. Tuang dalam acuan.. Sejukkan.

BAHAN B UNTUK SOS :
2 tin susu cair... tambah sikit susu pekat untuk rasa manis.
Panaskan kejap tapi jangan sampai mengelegak.
Di hidangkan bersama buah-buahan mixed fruit dalam tin tu, Allahu sedapnya. Selamat mencuba naa ..

5. Cha Bang Ang


cha bang ang

Bahan-bahan cha bang ang :

1 pek cincau ( potong dadu kiub kecil-kecil )
Gula karamel ( Didihkan 1 cawan gula perang + 1 cawan air )
3 sudu biji selasih ( Rendam dalam air panas hingga kembang ) - boleh juga gunakan chia seed
Ais kiub
Susu segar full cream 2 cawan
Susu cair 1 cawan
Susu pekat manis 3 sudu besar
Esen Vanila 1 sudu teh
Garam secubit

Apa lagi campurkan semua bahan dan masukkan ais. Siap. Sedap dan sejuk pula tu.. Selamat mencuba naa...

6. Koktail tembikai bandung soda


koktail tembikai bandung soda

Bahan-bahannya koktail tembikai bandung soda:

Isi tembikai di potong dadu kecil-kecil supaya senang nak makan.
1 tin susu cair
1 botol kecil air aiskrim Soda ( masukkan air soda ketika saat akhir untuk hidangan )
Sirap merah bergula ( ikutlah kemanisan yang diingini )
Ais kiub

Caranya, apa lagi campurkanlah semua bahan ke dalam mangkuk. Masukkan ketulan ais batu. Sedia untuk hidangan di meja utama. Selamat mencuba.

7. PatBingsoo ( Bingsu dessert Korea ) 


resepi bingsoo

Bahan-bahan Bingsoo
1 kotak susu penuh krim
Aiskrim vanilla
Susu pekat
Buah-buahan sebagai topping ( ana guna anggur dan mangga )

Cara buat shaved ice Bingsoo :

1. Tuangkan susu penuh krim ke dalam plastik dan keraskannya di dalam freezer untuk beberapa jam sehingga agak beku. Ana letakkannya di dalam bekas aiskrim untuk mendapatkan bentuk segiempat bila di keraskan, tapi jangan lupa isi kan ke dalam plastik terlebih dahulu tau. Jika tidak susah nak menghancurkannya nanti.

2. Bila dah keras beku, keluarkannya dari freezer dan bolehlah di hancurkan dengan anak lesung atau pun jika ia tidak terlalu keras, korang cedukkan sahaja tekstur air ni ke dalam mangkuk.
3. Sementara itu, potonglah buah-buahan tadi bersaiz dadu ana guna buah mangga.
4. Susun buah-buahan di atas shaved ice susu dan scoop kan airkrim vanilla ke atas bingsoo korang tu.
5. Akhir sekali lelehkan susu pekat dari atas aiskrim vanila hingga ke dasarnya.. Dan boleh lah di makan. Kena sediakan semua dengan cepat-cepat tau, kalau tak ia akan cepat mencair. 

8. Koktail Lemon Laici Soda


lemon laici

Resepi Lemon Laici Bersoda

Bahan bahan yang diperlukan:

1 botol besar air aiskrim soda.
1 tin laici ~ ambil buahnya sahaja/guna longan pun boleh.
2 batang serai ~ dititik.
daun pudina ~ terpulang berapa helai.
1 biji lemon ~ dihiris nipis.
5 biji asam boi putih.
ketulan ais secukupnya.

Cara buat lemon laici bersoda ( detox ) :
-Cuci semua bahan hingga bersih.
-Hiriskan lemon nipis nipis.
-Sediakan bekas yang bersesuaian.
-Letakkan daun pudina secukupnya.
-Masukkan lemon yang telah dihiris.
-Diikuti asam boi putih.
-Masukkan buah laici / longan.
-Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
-Letakkan ketulan ais jika suka.
-Akhir sekali masukkan serai yg telah dititik.

9. Koktail sumi jelly mangga


koktail sumi jelly mangga


Cara nak buatnya amat senang, pejam mata pun boleh buat. Potong dadu mangga, masukkan sumi ke dalam bekas. Panaskan seketika susu cair dan campurkan sedikit susu pekat untuk rasa kemanisan sedikit.Sejukkan seketika, ini kerana jika kita masukkan susu panas bersama sumi, maka hilang ghaib lah sumi-sumi tersebut mencair.

Bila sejuk, campurkan susu ke dalam bekas sumi dan mangga tadi.Masukkan ais kiub dan sudulah sepuas hati. Lebihnya kalau ada lagi lah, masukkan ke dalam peti sejuk semula. Beres.Senangkan.

10. serawa kuinin / bachang / mangga


serawa kuinin

Cara buat serawa buah kuinin / bachang / pelam

Mudah sangat nak menyediakan serawa ni sebenarnya.Bahan yang diperlukan pun cukup ringkas.Ana gunakan santan , pastikan kisar kelapa parut dengan air masak yang suam supaya tidak mengalami sakit perut kelak. Kaalu guna santan kotak didihkan seketika kerana menu ni di makan mentah. Pastinyalah buah kuinin , jika tak ada musim kuinin atau bachang boleh sahaja gantikan dengan mangga masak. Gaulkan dengan gula serta secubit garam.

Kupas dan bersihkan buah, kemudian di potong kecil-kecil. Masukkan kedalam bekas, tuangkan santan pekat yang telah di tambah secubit garam. Rasakan dengan gula untuk menambah kemanisannya.Untuk lebih mengenakkannya, masukkan ketulan ais.Sedia untuk hidangan pencuci mulut.

Itulah sahaja10 resepi menu koktail yang boleh di cuba sendiri di rumah jika ada bahan-bahannya. Kebanyakan menu koktail menggunakan susu cair, santan dan air gula. Adunkan dengan buah-buahan segar atau buah dalam tin. Terpulang pada kreativiti masing-masing dan ana sekadar berkongsi idea . Semoga bermanfaat, In Shaa Allah. Selamat menyambut Ramadan 1442h dan semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat Allah swt.. Aamiin. 

9 Comments

  1. Ya Allah! Sedap-sedapnya. terbayang nanti bulan puasa, nyaman betul kalau melintasi tekak.

    ReplyDelete
  2. thank you sharing all! sbb penting tau ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. indeed bila buka puasa mesti cari dessert kan

      Delete