Berbulan juga nak siapkan dapur gaya Ikea ana ni. Berbagai kekangan yang perlu ana hadapi dalam melengkapkan sampai lah ke saat ini. Baru rasa puas dan lega. Hampir ke semua adalah dari hasil job di blog yang ana beli berdikit-dikit untuk siapkan. Sebab memang dah target nak lengkap kan dengan hasil blog sepenuhnya biar nampak kata orang tua-tua ye dak.

Kadang-kadang bila dah dapat payment ada sahaja pula yang nak di beli atau di belanja kan. Lebih kurang 3 bulan juga baru dapat lengkap seperti yang di ingin kan dan tak ada apa nak tambah lagi kecuali bekas-bekas kaca casserole hehe , ada jer lagi kata suami dan anak-anak. Bila nak habis entah. Dah itu lah sifat mak-mak ye dak. 

susun atur dapur gaya Ikea

Hari ini bila dah nampak selesai kerja dan susun atur, ana nak kongsikan dengan pembaca proses dan produk-produk yang ana beli untuk susun atur ruang dapur ana ni. Sekadar berkongsi idea, bukan benda mewah pun, badget marhein sahaja. Ini kerana bila ana post di Instagram Anajingga , terdapat lebih 20 'save' dan DM bila check di Insight. Ana yakin ramai berminat nak dekor susun dapur sebegitu barangkali. 

Jom lah ana buat kan check list item dan produk di mana ana beli dan moga-moga korang semua pun boleh dapat idea khas buat yang berminat nak dekor dapur kering atau dry kitchen gaya Ikea. Tapi tak semua ana gunakan produk dari Ikea, hanya perabotnya dan beberapa balang kaca dan rak sangkut. Selebihnya ada yang ana beli dari Shopee, Kaison, Mr DIY dan juga kedai ECO .


Susun atur idea dapur gaya Ikea 

Ruang dapur ana ni tak lah luas mana. Sebelum ni ruang tersebut ana letakkan kabinet dapur kecil portable dan beberapa balang kegunaan harian. Juga terdapat periuk nasi di atasnya. Terdapat juga sebuah troli yang mana menempatkan bekas-bekas untuk bahan kering masakan. Kedua-duanya ana ubah ke luar rumah dan gantikan dengan 3 buah Lerberg Ikea 4 tingkat bersaiz besar. Setiap satu cuma berharga RM69 sahaja. 

Cuma agak payah nak dapatkan stok. Dua ana beli terus dari Ikea Damansara dan ingatkan dah cukup untuk semua barang, rupanya masih kena beli satu lagi untuk letakkan produk elektrik. Beberapa kali check secara online atau terjah ke Ikea tak ada stok. Korang boleh check dahulu sama ada produk ada di store atau tidak, cara nya di SINI . Kemudian PKP 2.0 pula dah tak boleh merentas daerah , penyudahnya ana cari di Shopee untuk Lerberg yang ke tiga. 


susun atur dapur dengan lerberg Ikea

Lerberg ni ada 3 saiz dan pilihan warna. Nak dapatkan saiz yang sama dengan warna putih biar sedondon tu pun cabaran walaupun di Shopee. Lagi satu kena cari yang original dari Ikea beli dari Personal Shopper, kerana ada juga di Shopee yang bukan ori Ikea tetapi from China. Lain sangat kualitinya nanti. 

Bila dah sampai Ikea walaupun tak dapat Lerberg idaman, terus juga beli balang-balang kaca untuk mengisi bahan-bahan masakan kering seperti gula, aneka tepung, pasta dan sebagainya. Antara balang kaca yang ana beli di Ikea adalah Korken balang yang ana isi pasta bertutup kedap udara tu berharga RM9.90 setiap satu, dan ia ada beberapa saiz dan harga yang berbeza. Bekas isi tepung yang tiga sederet sebelah bekas roti Gardenia tu pula namanya Forvar cuma RM6.90 setiap satu. Ada juga yang ana beli di Kaison harga semua pun tak sampai RM20 setiap satu. Boleh kata pantang jumpa, berkenan terus beli. 

Kat mana beli bekas roti Gardenia tu ? Hehe 😀😀 Mesti ramai berkenan kan. Bekas roti Gardenia tu hadiah dari adik ipar ana, Julia Alisya. Kalau korang berkenan dengan pelbagai produk seni decoupage boleh lah usyaa-usyaa di Instagramnya @Julia Alisya  . Boleh lah nak dekor ruang tamu, bilik atau dapur dengan gaya Inggeris pula. 


susun atur dapur


Kebanyakan produk elektrik dapur seperti Air Fryer, Bread maker,Coffee Maker, Blender, Mixer, Steamboat pot dan sebagainya juga adalah dari tajaan clients yang berkolaborasi dengan blog atau socmed ana. Alhamdulillah. Antaranya PG Mall, Shopee , Lazada, Rush Media dan sebagainya. Dan ada juga yang ana beli dengan hasil dari blog adsense dan payment review. Selalunya ana akan beli barang yang ana inginkan , maklum lah suri rumah mana ada gaji kan. 

Dalam foto di atas sekali , lupa pula nak cerita plastik shelf 4 tingkat berwarna putih bersebelahan Lerberg yang ana letakkan botol-botol sos, makanan tin dan bekas bawang tu namanya Vesken . Ana belinya juga dari Ikea dan berharga RM39.90 . Korang kena beli ori Ikea baru kukuh sebab ana ada beli satu di Shopee bentuk sama tapi bukan Ikea ori, beza kualitinya lembut dan tak kukuh. Sudahnya ana letak di bahagian laundry isikan bekas sabun, pencuci dan sebagainya. Sangat beza tau.


dapur ikea


Susun atur berderet di atas Vesken tu pula ana pasangkan rod Tisken bersama penyangkut Sunnersta juga dari Ikea. Tisken berharga RM39.90 dan Sunnersta Hook tu pula cuma RM2.90 untuk 5 keping. Ana beli 2 set hook tu dapatlah gantungkan 10 item dapur seperti sudip, senduk , tapis, whisk dan sebagainya. Ikutlah kreativiti masing-masing. 


dapur gaya ikea

Sederet bersebelahannya betul-betul di sebelah bawah adalah sinki dapur basah , ana gantungkan satu lagi rod dan letakkan 4 buah Sunnersta container yang berharga RM2.90 setiap satu. Dalamnya ana isikan sudu, garfu, pisau dan senduk plastik. Senang nak guna capai sahaja. Cuma bila dah guna peralatan, basuh dan lap kering sebelum letakkan ke dalam container semula supaya bahagian dalam container sentiasa kering dan bersih. Wajib naa. 

Dan... Jeng jeng jeng !! Wallpaper putih corak batu bata tu ana beli dari kedai Eco Shop sahaja, puan-puan. RM2.10 sekeping dan mudah sangat tampal kerana ia ada sticker. Ruang dapur ana ni asalnya berwarna kuning air, cat yang kami guna dah hampir 15 tahun, cuma nak berikan sedikit kelainan ala-ala feature wall jadi kami tampallah wallpaper Eco Shop ni sahaja. 


idea susun dapur

Bersebelahan deretan Lerberg tu ana gantungkan satu shelf putih Burhult yang berharga RM9.90 sahaja di Ikea. Tapi jangan lupa beli pendokong bawah tu yang ana tak jumpa pula namanya sebab ianya di jual berasingan. Selalu ada sahaja di sekitar Burhult tu korang akan jumpa dan pasangkan di dinding. Di ruang gantung ini , ana susun kan balang-balang plastik penutup dan isi kan rempah ratus masakan seperti rempah kari ayam, rempah kari ikan, rempah sup, rempah kurma, serbuk kunyit, garam, lada sulah dan sebagainya. 

Supaya tak tersalah bahan ketika masak,pastikan korang label kannya. Dan label hitam kecil-kecil tu ana beli di kedai Eco Shop satu set macam biasa cuma RM2.10 . Cuma tak semua bahan ada labelnya pepandailah mix & match kannya naa. Balang-balang plastik pelbagai saiz tu pula kebanyakannya ana beli dari Mr DIY. Anggaran harga bawah sepuluh ringgit lah satu ikut saiz. Satu lagi tips kemasan ruang dapur ialah cari bekas simpanan untuk setiap bahan masakan di dapur dan tak perlu pamerkan jenama produk kerana ini rumah bukan kedai runcit. Tapi kena lah label supaya tak silap ambil nanti. 

Dua karpet comel di lantai yang memberikan soft touch pada dapur berwarna hitam tu ana beli di Shopee dan harganya cuma RM9 tak termasuk pos. Memang cantik-cantik design yang ada dan ianya jenis tak bergerak bila korang pijak. Melekat kat lantai. 

Selesailah sudah serba sedikit idea yang dapat ana kongsikan dengan korang semua. Sekadar berkongsi dan bukannya peralatan mewah juga. Ikutlah bajet dan citarasa masing-masing bermain dengan kreativiti. Tak perlu yang mahal untuk nampak kemas dan cantik yang penting susun atur dan mudah di capai. Ada beberapa bekas di bahagian bawah Lerburg tu sendiri ana beli di kedai Eco Shop. Kalau kena dengan tema dan warna nya , In Shaa Allah sedap mata memandang. 

Sekadar tip hiasan ruang, tak kiralah ruang apa sekalipun, jangan bermain dengan warna yang banyak untuk nampak ringkas dan tak selerak. Cukup 3 padanan warna senada untuk satu-satu ruang, pasti tidak menyemakkan pandangan. Apapun terpulang lah pada citarasa masing-masing kerana selera kita kan berbeza. Pastikan ruang dalaman rumah kita kemas dan bersih dan didiklah anak-anak dari kecil tentang pentingnya organized ruang rumah dan jangan biarkan selerak. Agama kita sendiri menitik beratkan keindahan pandangan dan kebersihan dalam rumah agar mencipta " Rumahku Syurgaku ". Aamiin Ya Rabb. 


18 Comments

  1. baru sekali dua masuk IKEA...tu pun tak membeli sangat...sebab fokus mencari frame gambar untuk projek masa tu...
    kedai ECO tu selalu la pergi..tp banyak beli jajan anak je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk ikea ni kena plan awal-awal kan Yan buat list apa yang nak di cari kalau tak penat dah lah tak boleh patah balik jenuh tawaf hehe :)

      Delete
  2. ala rumah kita kecik..dapur muat masuk sorang. Tapi suka tengok kak AJ punya dapur..kemas gilerrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapur kak ana pun tak besar mana Kolin ni sebelah dinding tu pun buang perabot sebelum ni sebab banyak cik li huhu :)

      Delete
  3. pandainya deko dapur kemas n teratur rajin tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah tak ada anak kecil kak boleh lah susun gitu kan hehe :)

      Delete
  4. Lawanya dapur kak Ana..ekin dapur besar masih dlm proses belajar utk deko lagi..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. dua keping satu set tu RM10 je kat Shopee Ai hehe :)

      Delete
  6. suka tgk org yg dapur dia cantik mcm ni

    ReplyDelete
  7. Wah makin seronoklah duduk di dapur Kak Ana. Cantik gini mood memasak pun naik ni :)

    ReplyDelete