Beruntung orang-orang Setia Alam.. Bukan sahaja ada Setia City Mall yang tersergam indah dan mewah dan tempat lepak petang dengan lanskap yang cantik, kini Lulu Hypermarket juga telah di buka dengan rasminya semalam 31hb Mac 2021. 


Lulu Hypermarket Setia City Mall


Dapat tahu sahaja ada pembukaan rasmi pasti lah ada tawaran promosi harga yang best-best ye tak. Kebetulan suami pun cuti, kami berdua pun hadir sama di hari pembukaannya seawal jam 9:30 pagi dah gigih beratur nak masuk ke mall. Cepat sahaja queue nya hanya perlu patuh SOP dengan scan MySejahtera dan ambil suhu badan, boleh lah masuk. 


Lulu Hypermarket kini di Setia City Mall , Setia Alam


Lulu Hypermarket Setia City Mall


Ini pertama kali ana masuk ke Lulu Hypermarket. Terkasima juga lah dengan produk-produk yang ada di dalam nya. Ruang pameran cukup menarik dan eksklusif. Pelbagai produk di jual di 3 tingkat bangunan. Luas dan selesa untuk membeli belah. Penjarakan sosial pun dapat di lakukan dengan baik, In Shaa Allah. 



Kami terus ke aras 3 terlebih dahulu. Di aras 3 terdapatnya produk elektrik dan elektronik, kelengkapan rumah seperti cadar, bantal, luggage dan sebagainya. Ana lihat berderet-deret orang duk usung kotak TV besar-besar dalam troli. Rupa-rupanya sepanjang 5 hari promosi pembukaan atau di kenali dengan INAUGURAL OFFERS harga untuk sebuah smart TV Samsung 55'' cuma RM1699 sahaja. Mak aii... murah ya amat. 


Lulu Hypermarket Setia City Mall


Jadi korang yang belum ada smart TV boleh lah pi ambil satu sementara masih ada harga promosi. Bukan satu jenama sahaja, ada juga Andorid TV Sony 65" 4k pada harga RM2,999 dan beberapa jenama terkenal lain. Cepat tau hanya sehingga 4hb April sahaja dan hanya di Lulu Hypermarket Setia City Mall. 



Ana tertarik juga untuk membeli power bank jenama Remax yang di jual pada harga RM15 kerana harga asalnya adalah RM 40. Murah lah kan. Pelbagai produk elektrik dan elektronik turut mempunyai tawaran harga promosi untuk di miliki. 



Tak habis di situ, ana pusing kat kawasan bedding, pun ada beberapa produk bilik tidur yang di tawarkan dengan harga yang jauh lebih rendah. Kebetulan bilik adik belum ada lampu study lamp, ana berminat nak belikannya satu sebab harga nya cuma RM10 sahaja, yer korang, tengok tu hanya RM10 mana nak dapat, comel pula tu. 



Memang tak boleh lama duk aras 3 ni, nanti penuh pula troli kempis pula poket cik abang sayang. Kami cepat-cepat turun ke aras 2. Kat sini merupakan ruang jualan pakaian dan aksesori lelaki, wanita dan kanak-kanak. Dah nak raya tak lama lagi In Shaa Allah. Jadi kat sini boleh lah korang belek-belek pakaian tradisional dan juga moden.



Sempat suami belek seluar jeans jenama Debackers di mana dari harga asal RM99 kini di jual cuma RM59 sahaja. Pakaian kanak-kanak pun comel-comel sangat, geram tengok tapi dah tak ada anak kecil. Jalan-jalan sahaja lah sambil melihat aksesori wanita yang comel-comel dan menarik. Ni kalau ada Kak Long ni mahu dia beli gelang dan pin tudung lawa-lawa. 



Ana sempat juga lihat-lihat tas tangan wanita dan ada beberapa juga yang menarik hati. Tak pe boleh sahaja datang semula hujung minggu ni bersama anak-anak. Harga-harga promosi ni sampai 4hb April nanti. Sempat lah hujung minggu datang sekali lagi. Boleh lah cari baju raya. 

Dah selesai ronda aras 3 dan 2, terus ke aras 1 di mana di sini memang agak ramai orang sedang membeli belah produk makanan dan keperluan rumah. Memang harga tak masuk akal sangat, beras SAGA yang selalu kami beli tu harganya RM13 di jual pada harga RM9 sahaja. Minyak masaak Alif 5kg dari RM29.90 sekarang cuma RM22.90 sahaja. Ratusan lagi tawaran harga menarik untuk kita beli. 



Di bahagian tengah aras 1 ni terdapat jualan makanan Timur Tengah seperti pelbagai jenis buah kurma, buah tin dan sebagainya. Sesuai sangat untuk kita yang bakal menyambut ketibaan Ramadan tak lama lagi. 



Lulu Hypermarket juga ada ruang pasar basah atau pasar segar. Terdapat pilihan lauk-lauk segar seperti siakap, bawal mas, ayam dan daging segar. Seronok sangat bila masuk ke ruang jualan sayuran dan buah-buahan yang segar-segar dengan pelbagai tawaran harga menarik. 



Paling awesome ada sudut bakery di mana korang boleh sahaja menikmati pelbagai jenis roti, kek dan pencuci mulut. Nampak sedap-sedap semuanya. Ana paling lama duk di ruang jeruk-jeruk lah. Dah nama lagi antu asam dan jeruk ye tak. Best sangat bukan ada jeruk asam, tapi ada pula jeruk buah zaitun, jeruk timun dan yang pelik-pelik yang tak pernah ana jumpa pun ada. Jeruk mediteranean dan timur tengah. 



Boleh di katakan di Lulu Hypermarket memang sebuah pusat beli belah yang lengkap dan serba ada. Sesuai untuk korang membeli belah seisi keluarga. Sebut sahaja korang nak beli apa semua ada. Jangan lupa ikuti Facebook dan Instagram Lulu Hypermarket KL untuk pelbagai tawaran menarik yang sedang berlangsung di cawangan-cawangan yang ada. 



Selamat membeli belah dan jangan lupa patuhi SOP sepenuhnya kerana kita masih dalam PKPB dalam menangani pendamik. Kehidupan harus di teruskan dan berwaspadalah kita sentiasa. Jangan lupa naa. INAUGURAL OFFERS di Lulu Hypermarket, Setia City Mall berlangsung sehingga 4hb April dan hanya di Setia City Mall yang merupakan cawangan ke 3 di Malaysia. 



6 Comments

  1. Bila masuk mall begini, leka dibuatnya. habis masa berjam-jam tanpa disedari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan amie bahagian supermarketnya ana suka sangat semua lengkap bahan-bahan masakan hehe :)

      Delete
  2. Jom kita repeat lagi Ana jom..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi Sue penuh kan trolilah ye hehe :)

      Delete
  3. shoppinggggg dgn poket yg penuh, best

    ReplyDelete