Sebenarnya ana ada task job untuk jenama kulit popia ni. Nak buat popia macam dah selalu orang buat kan, akhirnya dapat idea buat samosa. Bab inti tu mudah dah cuma nak melipat samosa ni tak tahu macam mana. Namun kita hidup di zaman IT banyak perkongsian ilmu yang ada, godek-godek tonton dan dapatlah apa yang kita ingin pelajari. 

Dan kemudian kita panjang-panjangkan lagi ilmu yang bermanfaat untuk orang di luar sana. Manalah tahu ada yang sedang mencari resepi dan cara nak lipat samosa, boleh lah dapat sedikit ilmu dari entri ini. Samosa ni kalau dapat kulit buatan sendiri lagi sedap kan, macam yang selalu di jual di pasar tani di kediaman ana, cukup sedap samosa nya, penuh inti. 


resepi dan cara lipat samosa


Tapi sekarang ni mudah dah, adanya kulit popia segera di pasaran, boleh kita jadikan juga sebagai kulit samosa. Cuma kena tahu kaedah nak melipat supaya kemas dan tak terbuka bila di goreng. Rupanya kulit samosa ini perlu kita bahagi kepada 3 bahagian sama besar,gunting kan dan sambung kan supaya jadi panjang ,maka teballah lilitan tiga seginya. Sebenarnya kan, jenuh juga ana fikir macam mana nak jadikan samosa bentuk tiga segi huhu..


Resepi dan cara lipat samosa daging

Mula-mula jom kita sedia kan inti samosa nya terlebih dahulu. Inti samosa ni perlu di sejukkan sebelum melipat supaya kulit popia tidak pecah. Barulah kemas dan padat, senang bila nak gam dan goreng pun In Shaa Allah tak pecah.

Bahan-bahan inti samosa daging


Resepi samosa daging


1 pek daging kisar - ana guna Ramly
3 biji ubi kentang - potong dadu kecil-kecil
1 labu bawang holland
1 ulas bawang putih 
1 sudu serbuk kari -di bancuh dengan air
setangkai daun kari
garam secukup rasa
minyak masak dan kulit popia 

Cara masak inti samosa




1. Panaskan minyak, tumis bawang holland dan bawang putih hingga garing. 

2. Masukkan ubi kentang dan masak hingga separuh empuk atau lembut.

3. Masukkan daging dan tambah sedikit air jika terlalu kering. Kacau sebati.

4. Masukkan bancuhan rempah kari daging dan biar mendidih. 

5. Masukkan daun kari dan garam secukup rasa. 

Sejukkan inti samosa sebelum membalutnya dengan kulit popia dan inti samosa ni jenis kering dan tidak berkuah . Dah sejuk barulah boleh melipat samosa kita dan goreng dalam minyak pada api perlahan sekejap sahaja sambil balik-balikkan, 

Korang boleh tonton cara lipat samosa di dalam video di bawah agar lebih jelas: 


Cara lipat samosa


Caranya mula-mula sekeping kulit popia segera di bahagi kepada 3 bahagian. 

Potong sama lebar. Ambil dua jurai dan cantumkan menjadi satu jurai yang panjang. Gam kan dengan air. 


cara lipat samosa


Pada hujung atas bentuk kon segitiga dan isi kan inti, kemaskan dan sumbat ke dalam kon. 

Mula melipat dari hujung bentuk segitiga atas bergilir hingga lah ke bahagian bawah. Ada lebihan lipatan sapukan dengan air dan kemaskan. 

Siap dan goreng dalam api perlahan balik-balikkan . Proses menggoreng ini sekejap sahaja kerana kulit samosa cepat garing dan inti pun dah siap masak. Sedap di makan dengan sos Thai . Selamat mencuba.



4 Comments