Dah lama dah nampak menu ikan siakap kengsom ni bila makan di kedai tomyam. Tak pernah nak cuba, sebab tak pasti rasanya macam mana. Bila dah jemu dengan menu ikan siakap asyik masak masam manis, kukus, kari, asam pedas kali ni tergerak hati nak cuba masakkan kengsom pula. Ana ke kedai Acheh cari bahan nya nanas dan sayur kangkung. Bahan lain ada di rumah. 

Bila dah siap masak, rasa , Alhamdulillah sedap sangat. Ada rasa masam manis dalam menu kengsom ni. Di campur dengan kerangupan kangkung. Kalau lihat pada bahan kisar lebih kurang resepi masakan asam rebus, di tambah dengan masam manis dari nanas yang memberikan kelainan rasa. Jom lah ana kongsikan resepi dan cara masak kengsom ikan siakap menu Thai bersama pembaca yang sudi hadir ke sini.


resepi kengsom ikan siakap


Resepi ikan siakap kengsom


Resepi ikan siakap kengsom


Bahan bahan ikan siakap kengsom


1 ekor ikan siakap - potong keping
1/2 biji nenas - potong nipis
Kangkung - ana guna setengah ikat sahaja
2 batang serai - ketuk
1 biji limau nipis
Garam 
Gula

Bahan kisar:
2 tangkai cili merah
8 tangkai cili padi
1 biji bawang besar - sederhana besar
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
1 inci kunyit hidup

Cara masak ikan siakap kengsom 



ikan siakap kengsom

1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. 

2. Masukkan nenas dan serai. Masak hingga mendidih seketika, sebelum dimasukkan ikan. 

3. Masukkan ikan siakap dan tunggu hingga masak, rasakan dengan gula dan garam.

4. Ana ikut resepi dari Azie Kitchen, tutup terlebih dahulu api baharulah masukkan daun kangkung yang di potong pendek-pendek untuk mengekalkan kerangupan nya. Kira ala-ala yong tau fu lah kangkungnya tak terlalu lembik bila di makan.

5. Akhir sekali perahkan jus limau dan sedia untuk dihidang. Boleh juga tonton di YTC di bawah cara memasaknya .




Sedap dihirup kuah kengsom ni, kerana ia masam-masam manis dan kurang pedas. Pedas tu ikut lah citarasa masing-masing, kalau nak lebih pedas, tambah lah cili api dalam bahan kisar tu. Ana ni kurang pedas kerana gastrik yang kuat bila usia kian meninggi ni. Banyak dah yang Allah swt tarik nikmat satu persatu, namun masih mensyukuri setiap kesempatan waktu yang berbaki. Boleh lah cuba naa, resepi masakan Thai ikan siakap kengsom. Semoga bermanfaat.. 

14 Comments

  1. Tak pernah buat, boleh lah masuk list lauk untuk berbuka.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. in shaa allah sedap wak masam-masam dari rasa nanas tu :)

      Delete
  3. xpernah rasa mesti sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba kan senang je rebus-rebus je semua hehe :)

      Delete
  4. ini memang sedap ni.. selamat menyambu ramadhan ye

    ReplyDelete
  5. Tak pernah rasaaaa, kengsom tu apa kak AJ? Noob sikit bahagian masak masak ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa dia masam-masam manis dari nanas tu, ermm kak ana pun task tahu apa maknanya tapi nama menu masakan ni memang kengsom menu Thai kan :)

      Delete