Resepi kek pandan gula melaka
Memang sedap sangat kek pandan gula melaka yang ana makan waktu anniversary kami tahun lepas. Kek hadiah dari anak-anak, Kak Long dan Adik Ika. Kek tempah dengan jiran kami juga tapi memang premium lah rasa kek dari Ida Limau Purut. Ida memang pakar baking membaking siap pandai dekor kek lagi. Itulah kelebihan yang Allah swt berikan kepada setiap insan. Dengan bakat yang ada sedikit sebanyak dapat menambah rezeki keluarga.
Beberapa hari juga mencari di internet resepi kek pandan gula melaka ni. Macam-macam versi ada dari perkongsian youtubers popular. Anak-anak teringin nak makan, kebetulan tepung sponge mix ada di rumah. Ana olahkan cara mudah untuk membuat kek pandan gula melaka dalam versi Anajingga dot com. Bezanya ana gunakan tepung sponge mix untuk kek pandannya. Jom kita tengok caranya bagi yang ingin mencuba..
Resepi kek pandan gula melaka
Kek pandan gula melaka ini ada 3 langkah penyediaannya , kek sponge pandan,sirap gula melaka dan butter cream. Kita mulakan dengan menyediakan kek sponge pandan.
Bahan-bahan kek sponge pandan :
250g tepung sponge mix vanila - boleh beli di bakery
4 biji telur gred A
50ml minyak masak
50ml air
1 sudu kecil ovalette
esen pandan
pewarna hijau
Cara-cara:
Pukul telur hingga putih gebu , lebih kurang 10 minit.
Masukkan ovalette, pukul lagi 5 minit.
Masukkan tepung sponge berselang seli dengan air,teruskan mix lagi 5 minit.
Masukkan minyak dan teruskan mix sehingga 10 minit.
Akhir sekali masukkan esen pandan dan pewarna hijau. Mix sekata.
Proses mixing atau pukulan ini mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk menghasilkan kek sponge yang gebu dan lembut.
Sementara proses ini berjalan bolehlah panaskan oven terlebih dahulu.
Sapukan loyang dengan marjerin dan alaskan dengan 'baking paper' .
Bakar dalam suhu 150c sehingga masak .Lebih kurang 45-50 minit. Ini ikut saiz oven masing-masing kay, tak sama selarasan suhunya dan masa baking .
2. Sediakan sirap gula melaka
bahan-bahan sirap gula melaka :
1/2 buku gula melaka - hancurkan
sedikit air ( cukup sekadar tenggelamkan gula melaka)
sehelai daun pandan
bancuhan tepung jagung
Didihkan semua bahan hingga pekat dan sejukkan.
Sirap cantik bila di sejukkan dalam peti sejuk sebelum tuang ke atas butter cream kek ketika mendekor.
3. Penyediaan butter cream
bahan-bahan
250 butter ( AJ guna buttercup) biar pada suhu bilik
2 biji putih telur
100g gula kastor
Cara buat butter cream
Ana mengguna pakai resepi YTC Seminit resepi dari perkongsian Cik Ain yang comel tu. Menggunakan teknik double boiling, didih kan air dalam periuk kecil. Matikan api, biar tinggal wap panas sahaja.
Dalam mixer masukkan gula kastor dan putih telur.
Naikkan atas periuk kecil dan pukul dengan whisk hingga gula larut. Pastikan api dah padam kay kalau taknanti dapat telur rebus pula. Bahang wap air panas sahaja di perlukan untuk melarutkan gula kastor sambil pukul dengan whisk. Korang boleh search di YTC butter cream Seminit Resepi untuk tekniknya.
Bila gula dah larut, angkat bahan dari periuk kecil dan sambung pukul dengan mixer hingga gebu dan pekat. Sebab itu ana double boilingkannya terus dalam mangkuk mixer sahaja supaya senang kan , dari double boiling terus ke mixer.
Masukkan butter dan sambung pukul hingga mendapat tekstur butter cream yang lembut dan gebu. Tekstur yang lembut dan gebu dapat menghasilkan butter cream yang cantik bila di paip ke atas kek membentuk bunga dan sebagainya.
12 Comments
Wow menjadi! Nampak cantik dan sedap. Lepas ni bolehlah Kak Ana buat selalu :)
ReplyDeleteagak remeh juga PH kalau rajin tu mungkin la menjadi lagi nanti, kalau tak beli je lah kut hehe :)
DeleteSaya pun suka kek perisa pandan gula melaka. Sedap.
ReplyDeletehaah sekali sekala makan sedap JR
DeleteWow! Cantik dan sudah semestinya sedap!
ReplyDeletesedap sekali sekala makan Amie sebab manis juga pada kak ana huhu :)
DeleteSEDAPTU PEKAT HIJAUNYA
ReplyDeleteterlebih pewarna tu kak hehe :)
Deletehijauuuuu ! cantik .. would love to try
ReplyDeletetry naa :)
DeleteWarna hijauu tuu nampakkk cake tu lagi cantikkk. Menyerlah warnanyaaa. Rajin kak AJ buat kek, kalau saya beli je selalu hehehe.
ReplyDeletesebenarnya warna hijau kak ana ni macam terlebih sangat atiqah hehe :)
Delete