Semua Orang Boleh Mula Berniaga Untuk Tingkat Ekonomi Diri
Ana biasa mendengar kata-kata 9 daripada 10 rezeki adalah dari perniagaan. Dan di waktu ini, tidak kira apa pun status dan kedudukan seseorang di dalam komuniti, ramai yang memilih untuk berniaga sebagai punca utama pendapatan mahupun sebagai rezeki sampingan. Jika dahulu suri rumah sekadar mengurus kerja rumahtangga tapi kini majoriti suri rumah sudah berkecimpung dalam dunia perniagaan dan ada yang berjaya dengan bangganya.
Semua itu bergantung kepada kemahuan dan usaha masing-masing. Semakin rajin kita berusaha semakin banyaklah rezeki yang bakal kita perolehi. Jaga adab dan yang penting punya ilmu dalam perniagaan yang mampu membawa ke mercu kesenangan hidup.
RichWorks lancar program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021
Bila berbicara tentang berniaga dan ilmu ana tertarik dengan kejayaan-kejayaan mereka yang terdahulu dalam pelbagai perniagaan yang di ceburi. Kebanyakan mereka bermula dari bawah dan pasti ada cabaran pahit yang harus di tempuhi untuk sampai ke satu-satu tahap kejayaan. Semua orang boleh mula berniaga dan menjana pendapatan bagi tingkatkan ekonomi diri sama ada melakukannya secara sepenuh masa atau sampingan walaupun dalam tempoh pandemik ini.
Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata, sebenarnya banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini dengan ramai orang meluangkan banyak masa secara online seperti media sosial.
Bagaimanapun katanya, sebahagian usahawan juga tidak tahu cara untuk mula berniaga dengan betul menyebabkan tak mendapat hasil seperti diharapkan.
“Ada segelintir daripada mereka ini hanya mula bisnes sebab terikut kawan ataupun nak keuntungan cepat yang akhirnya buatkan ia tidak bertahan lama. Sebab itu, ada yang tukar-tukar bisnes macam tukar baju.
“Tapi semua ini dapat diubah jika kita mula berniaga dengan asas dan prinsip yang betul bagi seseorang usahawan itu dapat menghasilkan jualan dari ratusan, ribuan, hingga ratusan ribu ringgit, insyaAllah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga .
RichWorks juga membawakan secara langsung pelancaran ini menerusi Facebook Page, YouTube dan Instagram Azizan Osman dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian usahawan selama 8 jam secara terus-menerus.
Pelancaran ini juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) dihadiri lebih 300 ahli Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor Keusahawanan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
RichWorks sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di negara yang diasaskan Azizan sejak 2008 telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara yang mana pada tahun lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion.
Tambahnya, RichWorks nak melatih dan bimbing lebih ramai orang untuk dapat membina bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan nak meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirkan ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu.
“Semua orang sebenarnya boleh berjaya dalam bisnes jika adanya formula MESTI. MESTI ini bermaksud mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian.
“MESTI ini jika diikuti sepenuhnya boleh elakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan bisnes mereka melingkup,” jelasnya.
Sehubungan itu, Radz memberitahu, program Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 April nanti ditaja sepenuhnya RichWorks tanpa sebarang pembayaran perlu dibuat oleh para peserta.
"Bakal peserta cuma perlu membuat pendaftaran menerusi laman web di www.BinaBisnesBerjaya.com untuk menempahkan tiket untuk hadir program virtual online ini.
“Mari kita beri peluang kepada diri sendiri, sertai dan dapatkan sebanyak ilmu terbukti berjaya yang dikongsikan nanti bagi bantu anda mula dalam bisnes. Mulakan langkah anda sekarang,” ujarnya lagi .
Apa tunggu lagi , bagi mereka yang telah pun mempunyai perniagaan dan ingin mengembangkan lagi terus mencapai impian menuju kejayaan inilah peluang yang hadir untuk di rebut. Dan untuk mereka yang masih dalam anganan untuk mencipta kejayaan dalam dunia perniagaan inilah pula peluang yang ada untuk merealisasikannya.
Bak kata pepatah, kalau tidak di pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya dan yakinlah setiap kejayaan perlukan ilmu dan bimbingan mereka yang pakar dalam bidangnya. Semoga kita semua akan terus cemerlang dunia dan akhirat, In Shaa Allah.
Usah ragu-ragu kerana Richworks International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Sepanjang 13 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,100,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.
Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.
Inilah peluang untuk menimba ilmu dan mengenali siapa DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN yang merupakan Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author. Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1.
Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah jualan berjuta-juta ringgit.
Untuk lebih info hubungi :
Richworks International Sdn Bhd
No. 77, Jalan Badminton 13/29
Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Selangor, MALAYSIA
Laman web: www.richworks.com
Tel: +601632346866 (Media Penghubung - Md Azrin Rosly )
+6012 696 2065 (Media Penghubung - Karini)
Emel: karini@richworks.com.my
; omkarini.rich@gmail.com
; azrin.richworks@gmail.com
8 Comments
MENGURUSKAN NIAGA DGN BETUL INSYAAALLAH MURAH REZEKI
ReplyDeletekena ada ilmu dan bimbingan kan kak :)
Deletenak berniaga kena bijak layan customer dengan cara betul .. baru close deal gitu
ReplyDeletesemua pun kena ada ilmu kan Fiera :)
Deletegood luck pada siapa yg ingin berniaga
ReplyDeleteYa All the best dan boleh ambil peluang ni kan untuk mendapatkan ilmu
Deletebagus program ni! yang paling best percuma! Rugi tak grab!
ReplyDeletebetul tu kena ambil peluang yang ada kan SG
Delete