Sebelum ni ana ada terbitkan entri 10 resepi nasi kegemaran ramai dan salah satunya ada lah resepi nasi hujan panas ni. Ana ni memang jarang masak menu nasi-nasi ni kecuali nasi lemak, nasi goreng, nasi ayam dan nasi kerabu. Memandangkan tahun ini sekali lagi kita beraya di rumah dalam PKP 3.0 maka dah berlegar-legar di kepala nak masak itu ini untuk kami berempat beranak ni.

Raya pertama , ana masak juadah raya. Daging masak hitam dan ayam kapitan  untuk di makan dengan lemang yang suami beli. Pagi Syawal tu jiran ana, Zura dan Ida bertukar juadah dengan kami siap ada rendang ayam pencen dan rendang kerang lagi. Hikmah raya PKP saling bertukar mangkuk tingkat mengantikan ziarah. Yang penting ukhuwah masih terjaga, Alhamdulillah..


resepi nasi hujan panas


Hari raya kedua, dengan baki daging masak hitam dan ayam kapitan tu, ana cubalah masak nasi hujan panas. Cuma tambahkan acar timun dan goreng papadum sebagai pelengkap menu. Alhamdulillah sedap selera kami berempat. Jom lah ana kongsikan pula dengan pembaca resepi dan cara masak nasi hujan panas, khas buat yang baru nak mencuba macam ana ni.. 


Resepi dan cara masak nasi hujan panas 

Jom kita tengok dahulu bahan-bahan masak nasi hujan panas 

Bahan-bahan:

Beras basmati - ana guna 2 pot sahaja untuk 4 orang makan 
1 sudu planta
beberapa kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
2 ulas bawang putih 
1/2 biji bawang holland
seikat daun pandan
2 sudu besar kismis
1/2 cawan susu cair
pewarna - ana guna pewarna hijau, kuning dan merah
2 cawan air - ikut sukatan beras yang di gunakan


Resepi dan cara masak nasi hujan panas


Cara masak nasi hujan panas

1. Beras basmati di basuh dan toskan.

2. Panaskan kuali, cairkan planta dan tumiskan bunga lawang dan kayu manis.

3. Masukkan bawang putih dan bawang holland yang di dadu dan tumis hingga perang.

4. Masukkan beras dan kacau seketika biar sebati dengan tumisan. 

5. Masukkan tumisan beras ke dalam periuk nasi letrik dan tambahkan air mengikut nisbah beras. Contoh ana masak 2 pot beras jadi ana gunakan 2 cawan air. 

6. Masukkan kismis dan daun pandan, tekan pada mode cook pada rice cooker. 



7. Biarkan ia masak hingga bertukar ke mode warm . Buka tudung periuk dan buat lubang-lubang kecil pada nasi dengan menggunakan belakang sudu. Korang boleh tonton dalam video di atas. 

8. Titiskan pewarna ke dalam lubang-lubang dan biarkan nasi terus pada mode warm lagi dalam 10 minit . 

9. Kemudian buka tudung periuk sekali lagi dan gunakan garfu perlahan-lahan lorekkan nasi supaya menerbitkan warna warni pada beras kita tadi. Buat perlahan-lahan supaya beras tidak patah. 

10. Bolehlah di hidangkan dengan taburan bawang goreng. Sedap di makan dengan ayam masak merah, kari daging dan acar timun. 



Resepi dan cara masak nasi hujan panas

Selamat mencuba resepi nasi hujan panas yang mudah untuk sajian seisi keluarga. Semoga bermanfaat buat semua in shaa allah.... 

8 Comments

  1. Baru-baru ni Ai baru tau warna tu letak lepas nasi dah masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mesti AI ingat rendam beras dalam pewarna kan, dulu kak ana pun macam tu gak AI :)

      Delete
  2. tu dia sedapnya nasi ujan panas dngn lauk2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala kan mama, bila sampai mood rajin :)

      Delete
  3. Kali pertama makan nasi hujan panas ni masa kenduri kawin di Perlis. Sedap! Teringin jugak nak membuat sendiri.

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak buat nasi hujan panas.

    Seronok kan dapat bertukar-tukar juadah dgn jiran-jiran kak Ana? Sini pun sama juga...

    ReplyDelete